Israel

Saya jarang baca paper, tengok berita mahupun masuk bod Current Issue
hidup saya sekadar kerja, zikry & suami
tapi saya tahu sikit sikit
pasal serangan Israel terhadap Palestin
saya tak berapa faham kronologi kisah sebenar

Yang saya nampak, nyawa bagaikan tiada nilai di Palestin
yang saya rasa, anak kecil yang cedera
ibu yang menangis, lelaki lelaki yang meninggal dunia terkena serangan bom

saya orang biasa, status biasa yang takkan mampu mengubah pendirian mana mana negara
mungkin ianya benda remeh halus, tapi tiada kecil manakan datang besar kan?
kalian,klik link ni untuk melihat senarai produk daripada Yahudi

belek belek apa yang kita beli ya..
antara produk bayi yang menyumbang kepada modal senjata Israel ialah:

kehidupan itu milik semua..

14 Dis 2008

hari Ahad kami gigih bangun pagi untuk kenduri di Teluk Intan pula
(majlis pihak lelaki)
saya tak suka gambar saya ni, tudung senget2
tapi sebab gambar iki tengah senyum lebar, maka saya merelakan dengan hati terbuka
gambar acik tudung senget senget dipaparkan disini…hihi acik pasrah

kami suami isteri berpakaian serba hijau
iki warna biru petak2 kuning….(biru+kuning = hijau)
kalians, dalam gambar di bawah cam isteri solehah kan saya
yela, muka ala ala inesen gitu..hihihih

pst..raya 2009 saya dah tau nak pakai kaler apa
since baju melayu hijau suami dah ada
tinggal beli baju kurung saya & baju melayu iki :sengeh lebar:
(baru tadi cakap solehah)

sejak zikry dah umur setahun, dia dah mula makan macam macam selain bubur
jadi,bila saya malas tak berapa sempat masak bubur
iki makan roti sendiri :)

ayah, pandang depan dan drive..jangan pandang kamera taww..

kami melalui Pekan Parit tempat Ta’in berlakon
kejap kejap “eh inila tempat Ta’in keje tu”
“iye..kedai biskut..”
pastu “inila tempat Ta’in dating dengan ostazah”
“ini tempat Ta’in tunggu bas nak gi KL”
hihi..besar kan pengaruh kakbab Ta’in pada mommy & ayah iki

sesampai di Teluk Intan, kami melalui jalan shortcut
masa ni emi sangat menyesal sebab pakai high heel..haha
kasut saya memang ini sahaja, comfortable di kaki dan senang dipadankan dgn baju
(padahal baju kaler hijau pun pakai kasut ni
baju kaler kaler pelangi pun pakai kasut yang sama :P )

laju pengantin jalan sebab dah nak hujan masa tu
sampai tertinggal penantin wanita
*kalau saya, malam tu harus merajuks..hihi

mekap penantin wanita harini daripada Butik Chinta juga

berjalan beriringan ke rumah pengantin

kalian ingat tak papanizi yang curi curi ambil gambar saya tu
ini gambar beliau..

ini niji & intan (pengantin baru 2 minggu)
semasa gambar diambil, niji tengah pujuk iki main parit…prfff
intan sopan santun tegur “ish awak nih…”
saya “woi woi,sepak kang..sukahati”

kalau kalian lihat gambar dibawah betul kan
anak anak gadis cilik tu tengah ambil gambar zikry guna handphone masing masing
dari mula kami datang sampailah kami nak balik
diorg duduk depan kami dan snap gambar zikry banyak2
penuhla memory card handphone papa diorang..hihi

sekeping gambar kakyong & suami sebelum rombongan kami pulang ke Kuala Kangsar

cek entri iki di Teluk Intan

13 Dis 2008 (Part Two)

kalian, gambar gambar ni ihsan dari suami saya
dan copyright by kakyong & abg hasif
tapi saya curik juga sebab kakyong shanteksss sangat :)
*kalau gambar saya yang kalian nak amek, pastikan kurus & shanteks macam kakyong ni ye
:macam biasa, naik lif tekan sendiri:





halo…sangat la shanteks penantin baru
berseri seri…
masa ni tengah koling2 “abg dah sampai mane? mekap dah cair dahni”
again : dialog saya reka sendiri :)

masa sebelum kenduri kan kalian, kami wisau pasal langsir ni
risau kakyong tak menyerlah ditepi langsir..hihi
rupanya masih shanteks meletz jua….masih nampak penantin yang menyerlah
(ku tatau nape ku nak sebut pelat pelat..bajet comelkah)

ha, yang bawah ni tak tahan kan…menyengehnya saya*sibuk je tepi penantin
manalah tau berpindah seri penantin kepada saya
*nah plestik*

eh simpan plestik tu, ada lagi gambar yang memerlukan kalians guna plestik tu nanti
hihihi..

perkahwinan itu sangat indah
walau atas dasar apa pun ianya dibina
selagi disandarkan pada kuasa & takdir-Nya
insyaAllah semuanya akan selamat, Amin untuk semua pasangan suami isteri di dunia :)

adoyai…ni gambar suami saya sorang2
apa fungsi gambar ni bang…tak nampak apa pun…
tak sampai motif bergambar ni bang..

pengantin dah sampai..
*dan pegang payung sendiri..hihi

penantin wanita menanti di pintu gerbang red carpet

gambar bersanding yang tak nampak muka penantin
*ada banyak lagi gambar lain, tapi saya ambil yang ni pula..
nape ye
(sangat berseni & artistik la saya ni kan kan..)

ha tepi tepi semua, acik dokong anak nak merenjis
sebenarnya kalian, ada beras,bunga rampai dan air mawar utk direnjis
tapi saya ambil beras je..
supaya rumahtangga kakyong & suami murah rezeki dan diberkati
*sebenarnya saya risau iki capai bekas bahan2 tu..tergolek nanti, takde can org lain merenjis dipilis

gambar sekeluarga atas pelamin kakyong
baju melayu suami saya jadi begitu
sebab dia kata senang nak buh lens dan flash dalam poket ..isk..

kemudian kakyong & suami ada sesi bergambar sekeliling Kuala Kangsar
saya tak ikut sebab nak mandi & tidurkan zikry
*saya cilok sekeping gambar kakyong & suami berposing

malam buka hadiah (selepas birthday celebration iki)

iki & pengantin baru

buat kak yong yang bukan sahaja kakak iparku
tapi best fren, kawan gi keje, gi jalan, mengumpat berkongsi rasa
berkongsi segalanya …
tahniah :) muahh…

13 Dis 2008 (Part One)

Pagi Sebtu pagi kenduri 13 Dis ada majlis berkhatam Quran
disertai oleh kumpulan berkhatam, 2 orang sepupu dan penantin wanita (pengantin tapi saya sebut dengan nada sehabis manja..ihiks!)

macik macik suami saya (macik saya jua) menanti di luar rumah
yang baju lain itu maid saya yang sudahpun dihantar balik Indon
kami sedang menanti maid baru sampai
mungkin mengambil masa yang agak lama berbulan bulan :mode tunggu:

tengok ni anak anak dara tunggu depan makanan!
ishk…tak senonoh je tau nape tak ajak kak sue?






ini pacik suami saya
antara orang penting yang sering terlibat dalam proses merisik, meminang etc etc
dialah yang merisik saya dulu
(maksud saya, dia wakil semasa sidia merisik saya..hihi)

iki & pakcu..
geramnya saya bila dia buat muka begitu
(dah memang mukanya default begitu :P )

walaupun bekas jerawat saya jelas kelihatan
saya tetap nak bergambar dengan banyak

oh ya, baju melayu iki dijahit oleh mak teh suami saya
terima kasih mak teh..

saya letakkan gambar di bawah kerana ada yang bertanyakan tentang adik beradik saya
yelah kan, dah syiok2 cerita pasal diri sendiri..keke
ini adik seibu sebapa saya, namanya Najeeb
beza 2 tahun 6 bulan dengan saya dah sudahpun bekerja di Shah Alam

ini gambar kami sekeluarga,mak, ayah, Najeeb, Ikhwan & Iki

entry sebelum ni ada saya tempekkan bunga tangan kakyong kan
kami tempah lain bunga tangan kerana bunga tangan butik ini kurang shanteks
ihiks..jadi mainan zikry lah nampaknya

leka zikry dengan bunga tangan butik ni

sambil umi iki siapkan hantaran buahan
mommy iki suapkannya strawberry
(em pst pst pihak belah laki perasan kah, strawberry kurang? hihi)

prfff…penatnya berblog
saya berhenti minum sirap dulu ye

jemput kalian…

pagi sebelum kenduri

masa sibuk2 membuat persiapan kenduri minggu lepas
iki ada tolong membantu belek bunga pahar umi kan?
pagi kenduri, inilah kumpulan bunga bunga yang dah siap
wah..jenuh sungguh saya tengok kakyong & cousin2 lain buat
kecil kecil halus halus macam saya bunganya
tapi kami puas hati dengan hasil & rupanya :)


goodies bag utk tetamu sudah disusun shanteks2
senang nak sambar bila tetamu datang nanti

ini adik2 yang diimport khas dari Putrajaya utk membantu menjayakan majlis kakyong
banyak betul jasa baik dan sumbangan tenaga yang diberikan mereka sepanjang kenduri
shanteks2 pula tu…ikut kak sue diorang agaknya
(ehem ehem najwa, emi & fuzah, kaksue tengah buat promosi..hihi)

inilah keadaan ruang tamu pagi Jumaat sebelum majlis pernikahan
zikry sentiasa dalam dukungan saya
*sebelah dukung iki, sebelah pegang kamera utk ambil gambar sendiri orang buat kerja



di bahagian luar, canopy & pelamin sedang dipasang
solekan & pelamin dari Butik Chinta Ipoh
baju songket sendiri, yang berminat boleh konteki saya ya :)

gambar ihsan dari suami
diambil di atas meja makan VIP

hidangan buah utk tetamu
bila dah shanteks begini, jadi sedap pula betik tu..hihi

ini adalah bunga di tangga
*saya agak sebab nampak kepala tangga

dan ini bunga tangan kakyong utk majlis persandingan nanti

mari tengok hantaran, nak?

ha…senang kan kerja saya sebagai blogger
tak perlu tulis, tempek gambar je banyak banyak ..ihih

bunga dah siap, hantaran dah siap,
katil siap, meja makan siap
puteri acik nak bersiap, jumpa anda sebentar lagi!

tangan kiri pegang baju utk dipakai
tangan kanan pegang lampin anak, buku anak, tuala mandi anak, baju kotor anak
anak?
serius saya tak tahu di mana anak saya masa tu..hihi

12 Dis 2008

ini kisah saya & iki sepanjang majlis pernikahan kakyong pada 12 Disember 2008
walaupun dah hampir sebulan kakyong bernikah
tapi saya macam belum boleh menyesuaikan diri lagi dengan status baru kakyong
(aiceh, apa mengenanya saya pula kan kan)
selama ni sukahati menggediks dengan beliau ke sana kumari
tapi kini perlu meng’ekjas’ apa yang patut dan tidak digedikkan :)

Petang Jumaat lepas Zuhur kakyong dah mula disolekkan
jurusolek ialah orang Ipoh,saya tak ingat apa namanya
kalau ada orang Perak yang berkenan, beritahu ye nanti saya carikan no phone nya
(haip qas, awak org Johor, awak cari jurumekap ekin mawi ye)
berseri seri kakyong kan?

bukan kakyong saje, macik2 pun join melawa
(alolo, nak cakap saya pun tengah melawa la tu kekdahnya)

majlis pernikahan akan di adakan di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar
masa tu dah start syahdu syahdu teringat kenangan dolu dolu

Ammar Zikry ditidurkan dahulu sebelum bertolak ke masjid
*gigih tidur pakai kasut
(supaya nanti senang mommy nak bergambar bagai, takla dia meragam..keke)

Ini adalah semasa naib kadi meminta both pengantin perempuan dan ayah
untuk membaca memorandum ape ntah
(bukan memorandum la :P persetujuan utk berkahwin dan mewalikan)
acece, nak nak dara time entri ni mesti berdebar debar kan?
saya selaku mak dara pun nerbes je rasa nya :D betul…

pengantin lelaki haruslah lebih debarannya
takut tersalah sebut namakah
terkurang sebut jumlah hantarankah
tertinggal IC kah


zikry? zikry tumpang berdebar juga
dia ceria sangat sangat semasa di masjid



merangkak seluruh masjid sambil membebel tegur tetamu yang hadir

saya cuba juga halang iki sikit sikit
tak mahu ada yang berbisik2 “anak sapa la tu..”
(sebenarnya saya tak kisah pun bisikan2 manja itew :P serius..)

pst..saya bagi kalian lihat gambar saya dari jauh dulu
kasi warm up utk melihat lebih banyak gambar jelita menggedik di hehujung entri

sekejap zikry merangkak ke arah tok abahnya

tak lama lepas tu dia bergayut pada baju ayah
tak merasa lah ayah jadi photographer bebas sbb iki tak benarkan mu bebas
saya muka senyum senyum pada sedara mara panggil zikry dari jauh “sini…sini…”

saya terpaksa umpan zikry dengan handphone kalau nak dia duduk diam diam



dalam gambar di bawah, sebenarnya zikry tengah berbual dengan saya
saya amik gambar dari tepi macam jurugambar terlatih tengah merakamkan event

dari sudut kepala zikry,kita boleh nampak umi iki yang sedang menanti dengan sabar
(kalau acik mesti tak sabar dah…hihihi)

kalian boleh klik utk besarkan gambar (kalau kalau nak tgk jerawat iki)

ini anak cousin suami saya
birthdaynya sama tarikh dengan saya
sebab tu saya selalu puji “baiknya farhana, lembutnya..memang macam kak sue dia”
hihihi..farhana ni memang lembut kalians..
suara pun ala ala halus..semua yang lahir 16 Ogos memang begitu rasanya (hempph..)
pst erl, memangla kan… kan..

saat yang dinanti

“pacik, ni jumlah hantaran kurang satu lagi digit 0″
(sumpah, dialog acik reka)

ini gambar semasa sesi menyarung cincin
ala shanteksnya la kakyong kan kalian..

selaku anak yang taat, iki duduk diam diam menyaksikan the moment
*dan interprem dalam gambar sesepatutnya (macam mommy selalu buat)

orang keliling sibuk tengok pengantin
saya bisik kuat2 “abg, abg, amik gambar mommy!”

kemudian sesi bergambar sopan santun
saya, mak mertua & kakyong
saya nampak gemuk?
ooo..tu sebab baju saya besar tu
(uwaaaa…sebenarnya memang naik berat badan pun…uwaaa)

bergambar seisi keluarga
saya dah paksa dah suami makai baju nikahnya
dia “pakai baju melayu kena pakai sampin”
saya “pakaila…”
“maneleh, pengantin je pakai sampin”
“ayah tu pakai sampin”
“ayah tu ayah pengantin..”
“sukahati abg la, janji pink”

lagi pun dia nak ambil gambar saya pengantin
tak sesuai bersampin bagai kan..
ha, adapun sekeping gambar suami semasa bergambar satu family ..hihihi
tengah tengah tu pengantin baru
yang belah kiri tu pengantin baru tahun 2007

gambar kami berdua ada sekeping
tapi kan…saya sengeh saaaaangat besar
dan parut jerawat saya saaaaaangat nampak
ini barulah namanya sengih nampak gusi sampai ke telinga :D

asal anak2 dara ni nak bergambar, saya terkinja kinja join
betul kalian, penuh kamera diorg dengan gambar saya
sampai rumah, diorg delete/edit

pengantin perempuan dikelilingi anak anak dara
(mode pandang kiri kanan buat buat takde salah cakap)

ni sebenarnya bergambar di meriam
tapi meriam tak seberapa nampak sebab nak masukkan gambar kami kami yang perasan vogue ni

ha, kan..saya mudah lupa
entri ni untuk pengantin, tapi gambar saya selambak penuh

ini gambar pengantin baru utk tatapan kalian
faiz, sabar…sabar…lagi sebulan ++ je :)

yang bawah ni memang acik pura pura tak faham
apa fungsinya bergambar gedik begini
depan masjid pula tu!

selepas sesi gambar2, kami bertolak ke Kuala Kangsar Rest House untuk menikmati jamuan minum petang

Saya gembira, kakyong sudahpun disatukan dengan insan tersayangnya
semoga rumahtangga kakyong & cik abg sentiasa dalam keadaan sakinah & barakah..amin…
“successful marriage requires falling in love many times, always with the SAME person”

lunatots update

kalian, kalau kalian jumpa saya sekarang ni kan
mesti kalian otomatis terjuih juih terkejut lihat keadaan saya
dengan tudung wajib senget senget sengaja keluarkan anak rambut mcm Datin Siti
bag mata (eye bag) dek kerana tidur lewat
dan fikiran terganggu dengan memikirkan pelbagai perkara (kerja, rumah, anak,keluarga tak lupa juga kawan)

Announcement
Mulai 1 Januari 2009 Luna Online Store beroperasi di www.lunatots.com
Bagi existing customer, anda boleh login di www.lunatots.com menggunakan ID & password yang sama.
Dan bagi new customer, kecik tapak tangan iki, tapak tangan mommy satu family ditadahkan kalau2 sudi shopping di Lunatots Online Store.

Dan www.diyaluna.com akan kekal sebagai Diary Luna (that’s what DiyariLuna stands for)
Semoga dengan pengkhususan sebegini, Lunatots akan lebih maju
dalam memberi servis dan nasihat laktasi kepada semua bakal2 ibu dan ibu yang sedang menyusukan.

Dan Diyaluna lebih gediks berilmiah dalam menyampaikan info kepada pembaca, insyaAllah :)

untuk suami dan teman,
doakan saya..doakan saya berjaya dalam apa yang sahaja yang sedang saya lakukan
mungkin saya agak selalu degil & menonong
dan dari jauh nampak macam tak pedulikan sesiapa sambil merampus rampus bila web ilang & tak buat backup
ala ala meroyan bila semuanya tak goes like what is expected in my heart mind (I’d messed it up!)
dan kalian (ala, to be exact : suami :P ) akan tertanya tanya “apa sue nak buat ni sebenarnya”
terima kasih, saya cuma ingin mencuba
dah gemuk lelah nanti, saya duduk la diam diam (sekurang2nya saya dah pernah mencuba berkali kali..hihi)

Growth Spurt-Beralih bulan

Terpanggil untuk bersharing is caring dengan semua mengenai ‘Growth Spurt’ atau dipanggil juga ‘Beralih Bulan’ sebab info ini amat berguna kepada saya semasa saya mula mula menyusukan iki
(masa tu selalu kompius2 dan tertekan)

Growth Spurt terjadi kepada baby yang berusia di bawah usia satu tahun.
Biasa berlaku semasa usia baby 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan and 9 bulan (berbeza mengikut baby anda - more and less).
Growth spurt akan berterusan sehingga bayi anda menjadi toddler dan seterusnya teenagers.
(terjawablah persoalan kenapa saya makan banyak selalunya pada masa masa tertentu..;P )
Ianya juga berlangsung selama 2-3 hari dan kadang kadang sehingga seminggu.

Apa yang berlaku ialah, baby lebih kerap menyusu dan lebih fussy daripada biasa.
Dan biasanya bila ‘orang lama’ nampak, mereka akan kata bayi tak kenyang kenyang minum susu ibu dan perlu ditopup dengan susu formula.

Tapi sebenarnya apa yang berlaku ialah, bayi anda memerlukan lebih susu untuk tumbesaran fizikal dan skills (seperti merangkak, berpusing setempat,membebel berbual dan tersenyum)

Dan susu anda sentiasa ada dan cukup untuk sikecil :D Magisnya, susu anda akan semakin bertambah mengikut keperluannya.
Sila educate pasangan anda mengenai Growth Spurt supaya bila baby anda fussy melampau, anda dan pasangan akan lebih tenang faham “oh oh, anakku sedang mengalami Growth Spurtnya..”

Jangan terburu buru memberinya susu formula mahupun makanan tambahan (sebelum usianya 6 bulan).
Makan dan minum secukupnya untuk memberikan (dan menghasilkan) yang terbaik utk anak kita..:loveliness:

Pstt..skemakah acik?

birthday iki

hari ini zikry dah hampir berusia setahun 2 minggu
tapi kisah birthday setahunnya tak habis cerita lagi

(kalian, sbb itulah anak anak memerlukan ibu-untuk mengingati birthday sebenar anak
tidaklah terhantar sms Happy 24th Birthday semasa anak berusia sweet 22-ini kisah benar!)

begini kisahnya, semasa menanti kehadiran tetamu
iki main vacuum atok dulu

masa tu lagi moodnya dah tak berapa baik
sebab dikejutkan dari tidur
iki biasanya tidur jam 8 malam sehinggalah 7.30 pagi
tapi pukul 10 mlm saya gediks kejutnya utk birthday celebration
disebabkan dia sedikit meragam, saya biarkan je dia main vacuum sesuka hati nya
jangan kata vacuum, kalau iki nak main tangki air pun mommy tak kisah..hihiĀ 

gambar gambar kalini ihsan dari ayah iki
(menjawab soalan kenapa gambar ayah iki tiada, gambar mommy pula penuh satu blog)

banner kecil dah dah pasang, belon dah diterabur teraburkan
lilin pun dah pasang
nyanyian Allah selamatkan kamu pun sudah
(klik utk besarkan gambar dibawah,besarnya saya gelak)
*mungkin saya harus pertimbangkan braces utk memperelokkan barisan gigi?

bila tiba masa utk iki tiup lilin
iki meragam pula
(kebetulan gambar org dalam TV tu mcm nak tiup lilin kan)
dan saya default menyengeh saje, sbb sudah menjangkakan iki akan meragam :D

jadi pada mereka yang mahu melihat gambar iki tiup lilin
tada…
iki tiup lilin bersama mak su nina
birthday mak su nina yang ke-4 ialah pada 21 disember
kegembiraan lebih terasa bila dikongsi kan
kek pun lebih sedap bila makan ramai ramai
dan birthday pasti lebih meriah bila meniup lilin bersama sama..hihi

lepas tiup lilin, potong kek pula
muka iki dah bosan sesangat
nak ajak mommy tidur tapi mommynya sibuk dengan kek

lepas tu penyampaian hadiah
waha..macam hari penyampaian hadiah sekolah kan
(terasa macam guru besar yang besar tengah sampaikan hadiah)

iki dah mula seronok dengan macam macam toys
tengs semua

tengok ni..mak su nina mengendeng hadiah iki
saya tengah terangkan “yang ni iki punya, yg sana tu nina punya”

sekeping lagi gambar iki dan mommy menyengih :)

gambar sekeluarga, tapi atuk tiada dalam gambar

Ammar Zikry, mommy doakan Zikry sentiasa dalam peliharaan Allah
semoga sentiasa sihat dan selamat

Zikry nak tulis apa apa pada pembaca?
“ikijijiiiiiiooooiouuuuuuftr ebtdfd fmnr5gb”
maksudnya : terima kasih semua

serius muka iki bangga gila bila buat pertama kalinya saya berinya pegang keybod laptop dan benarkannya menaip
maklumlah, dah setahun :)


kekeke

lihatlah kalian..
telatah cousin dan anak anak sepupu ku..
bukan main seronok diorg dengan cermin mata birthday Iki tu..
kekeke…

gambar birthday iki ada dalam si putih..
belum sempat upload lagi, saya cuba harini ye?