Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
Luna’s Sponsor
ShoutBox

Archive for October, 2004

Harini dah brp hari puasa ntah
Ada hari yg aku puasa, ada yg malas puasa (Hua Hua)
Ingatkn bulan poser ni, turunla sikit berat
Mmg la badan rasa ringan masa tengari
Lepas berbuka jer, badan rasa berat balik!
Mulai harini aku takmo la tido lepas berbuka
Aku akan tidur sepanjang hari dan bangun semasa berbuka je!

Menu yg paling sesuwei utk aku di bulan poser ni ialah telur & kicap
Aku dah try makan spageti & nasi ayam
Tapi semuanya tak berapa lalu
Spageti tu aku makan 3 urat jer
Sebabnyer, sebab aku tak suka benda kurus2 panjang2
Aku suka makan benda putih, kecil dan lembut (nasi)
Nasi ayam tu aku tak makan sbb kuku abang yg jual tu panjang & kuning
Huk..masa dia nak pulangkan balance baru perasan
Haru .. haru..
Abah hantar sms kata baju tempahan dah siap
Ntah cemaner la rupenyer
Sebab masa tempah tu aku malas nak cakap bebanyak
Aku cakap “Auntie buatla mcmana yg auntie suka ”
Kalau dia suka cheongsam, macamana?
Mak aku pulak telepon cakap hamster aku kat kampung dah beranak!
Whats make me so surprise?
Ada dua jantan dalam cage tu
Dan aku berdebar nak tengok, anak sapa la agaknya!
Hua Hua Hua..Pervertnya aku

Aku main The Sims 2 mcm org gila
Female adult, flirtatious Xue, representing Leo
Sakit anak mata aku neh mengadap monitor demi merealisasikan her aspirations!
Bukan satu dua kemauan dia, tp sebanyak yg mungkin
Bila dia smelly, aku kena mandikan
Arahkan makan, minum pakai baju
Tapi aku takde sapa pun mandikan!
Wpun Xue tu mengomplicatedkn life aku, tapi sebenarnya dia yg menyelamatkn mental aku
Skrg Xue tu pregnant pulak, tak berapa larat nak flirt
Jalan skjap, dah nak duduk
Mcm pregnant betul2 plak, padahal game jer!

Citer mental aku plak
Someone had told me before
Friendship is much more complicated than Hi & Bye (bukan lagu Ezlyn ha)
After my second thought
Some people may think that they were born sensitively
While some may spread towards people that they are not so fragile & easy going
Everyone of us are different
But it doesn’t mean, you can abandoned others feeling to fulfill your anger
It’s not fair, never!
We’re not live alone in this world
Nor we can’t expect others to please ourself
Antara kita tiada puteri

Esok mula berpuasa
Tak terasa kelaparannya sbb dah biasa jalani pencatuan makanan sebelum2 nih
Bab sentimental, bila Ramadhan & Syawal menjelma
Yg kita rindukan ialah sanak saudara yg telah pergi lebih awal menemui-Nya
Adik, kakak selalu mimpikan adik
Tak besar2 pun, tinggi lagi kakak!
Atok, pergi 8 Ogos, masa kecit2 atok simbahkn air mandi sunat hari raya
Bila dah besar gemuk mcmni
Mandi sehari sekali pun malas!
Del, harini aku rindukan ko
You have never done like this to me
Mungkin sbb aku selalu buli ko dulu
Harini org lain lak menyampah tengok aku
Ceh…cam baik jer aku
Aku pun nyampah kat diri aku
Nikan pulak org lain, si gemuk!

“Donut Strawberry ader?”
“Habis la Sue, Raspberry ada la, nak?”
“Boleh la, kasi satu yer”
“Lembutnya Kak Sue…”
Hu..lembut?Aku order donut pon lembut?
Bukannya aku menari inang kat depan dorang!

Aku pon tak sedar cemaner aku leh jadi camni(Lembut?)
Komen kritikan semer org buat aku confuse gak sebenarnya
Bila time aku badmood dan malas senyum
Org tetap tak paham, dan nak sembang2 jugak ngan aku
Aku takde peluang utk bad mood

Imbas balik masa aku umur belasan tahun
Selalu gaduh ngan scoolmate
Tapi kire aku gaduh sorang2 sbb aku balik buku teks kat muka dia
Dia diam jer
Sebabnya aku pon tak ingat
Adala benda yg dia buat aku sakit hati

Pastu my old friend, do remind me
Suatu masa dulu, aku penah tengking sorang budak mintak dia jangan muncul depan batang hidung aku
Dan mmg dia tak muncul la selama (2 hari jer)
Kes tak berani balik bilik!

Imbas zaman dulu2, aku tak ramai kawan
Sebab aku suka marah diorang kot
Kalau diorg berjanji dan kemudian tak dapat tunaikan
Memang aku bengang,air naik kepala
Manalah ada org nak kawan ngan aku!
Takde toleransi & kompromi langsung

Aku suka
Dok koperasi fikir pasal kenaikan harga barang
Atau dok bilik komuter, abihkan ink printer pastu mintak duit kat kerani nak beli ink baru!

Kesimpulannya, aku memang lepas laku
Dan tak lembut seperti yg digembar gemburkan
Tak mempunyai ramai kawan

Bila masuk MMU, aku pun mula mengawal kemarahan aku
Karang takder saper lak nak register subject sama aku
Kawan bersama kawan kawan
Sampaila ke harini
Semua org tulis yg tulis testimonial
Cakap aku lembut, manja, sensitip, peminin
Maybe I’ve turned into a young lady

How I missed all the bad days
When people surrounds do hate me a lot

It’s has been seven month,Puteri Dalila leave us
She was my best buddy, and she passed away on 29 February suffering of SLE
Al-Fatihah..

Aku jumpa dia masa secondary school
Sebilik, sekelas for 4 years, tapi kami tak pernah rasi
Chemistry tak sama jadual kot
Dia suka panggil aku “Rayer..!!”

Aku tak faham kenapa org lain pelik
Tapi dia selalu memahami org lain terutamanya aku
Dalam Bawang Putih Bawang Merah, dialah watak baik & aku sebaliknya
Watak jahat mestilah tak suka dgn watak baik kan?
Dia baik, manja, selalu sakit & suka baca buku physco
Aku tak nak rapat dgn dia sbb nanti dia physco aku
Dia caring kat semua org termasuklah aku
Sampai aku terpaksa sound mintak jangan teka hati & perasaan aku
Sebab aku tak suka!
Kan, terserlah lagi kejahatan aku

Kemudian kami 2 org jer dari SERATA masuk MMU
Dan kami serumah, sebilik lagi kat Taman Dahlia
Dia slalu merendah diri, sedih dan mcm2 lagi behaviour yg tak dapat diterima akal aku
Aku dgn Watie kepala bengong, wayar kaler biru tercabut
Gelak gelak tgh malam, org lain nak tidur mestilah bengang

Masuk Beta Level, aku pindah Taman BBU
Aku slalu singgah rumah dia tumpang menangis
Kalau nak pegi rumah dia, aku bawak bantal busuk aku skali
Takder la basahkan bantal dia lak nanti

Masa Baya & Elyn gi praktikal (Trimester 1)
Dia dok umah aku, temankan aku
Bercerita sampai hilang suara
Main game The Sims sampai dapat anak ramai giler
Dia mesti nak ikut aku gi mana mana
Gi kampus, nak study sama aku
Gi jalan-jalan, baru cakap jer dia dah siap pakai tudung nak ikut
Gi dating pun aku bawak dia skali, hehe..

Birthday dia,Ken kasi dia hamster
Siap gaduh ngan aku, aku paksa kasi nama Badawi & Tunku Kurshiah
Dia namakan Nini & Kiki
Rupanya dua-dua hamster dia tu jantan!
Hua hua…Dah meninggal pun hamster tu disebabkan kuaci beracun

Dua hari sbelum raya(last year), aku ajak dia dtg rumah aku
Abah bawak kami shopping kat KL
Apa yg abah beli utk aku, dia pun dapat
Masa tu aku moody la sikit sbb aku ni tak ada adik beradik pompan
Tak biasa share barang
Pastu lak, abah aku suka dia dari aku
Bersungguh2 dia beritahu abah aku,dia nak beli Kembara
Abah aku bagi galakan, siap kasi price list Perodua
Kalau aku,sebut je pasal Kancil, terus potong suh aku habiskan blajar dulu!
Manala aku tak moody!

Seminggu raya, aku telefon dia & adik dia kata dia kat HKL
Dari Perak ke Melaka, aku singgah KL melawat dia
Aku bawak sekuntum bunga ros pink utk dia
Dia nampak lemah,tapi dia tetap Del yg aku kenal
Tetap ceria bercerita itu & ini
Aku jer diam sikit sbb aku benci hospital!
Dia makan ubat & muntah
Boleh tu buat2 lawak, yg dia sakit AIDS la..hehe

Akhir2 sem 3, aku kelam kabut cari rumah sebab Elyn & Baya dah habis
Aku call dia berbual pasal cari rumah
Tak bual panjang sbb suara dia lemah
Bila aku tanya, dia cakap dia dah OK
Aku dgn suara kanak kanak Tadika berkata “Bye, Del.Jumpa sem depan tau,Sue tunggu.Mwah Mwah Cup Cup”

Malam tu aku dpt msg , dia tulis dia nak serumah,sebilik dgn aku
Dua hari lepas tu(Selasa) Ken beritahu aku,Del koma di Hospital Selayang
Aku melawat dia Khamis lepas mid term exam
Ada wayar2 berselirat di sana sini kat tubuh dia
Turun naik hospital hari Khamis, Jumaat & Sabtu buatkan aku sesak nafas
Hari Sabtu malam,sblum aku balik Melaka, aku bisik dekat telinga dia
“Del,Sue nak balik Melaka.Sue tunggu Del dekat Melaka.Nanti malam2 kita jalan2 Kelebang macam selalu”
Dr beritahu Del boleh respons guna kerdipan mata atau gerakan jari
Aku tau dia respons pada aku, aku tahu!

Sampai di Melaka, aku dpt msg yg Del dah meninggal dunia 12.30 am
Aku tak ada kata kata yang sesuai utk describekan perasaan waktu itu
Sbb aku tahu, dia sakit & biarlah dia pergi
Aku iringi jenazah sampai Sitiawan,Perak

Sebelum balik ke Melaka, aku hadiahkan Al-Fatihah di kubur Del
“Del, Sue tak tau bila Sue boleh dtg lagi.Kalau Sue tak dtg skalipun, Del tetap dalam hati Sue”
Masa nak melangkah, aku hiba
Mungkin sbb Del selalu takut tinggal sorang kalau aku gi kampus
Walaupun sebenarnya dia bukan seorg, hanya pulang kepada Pencipta

Selepas hari itu, aku belum menangis
Sbb bila tiap kali aku sedih, aku tonggengkan kepala kat bawah, kaki kat atas
Susah sikit airmata nak keluar kalau buat camtu!
I wont forget her,never! But I let it go
She would always be where she belonged, in my heart
Sometimes the pain would flare, But each time it will be less
Dia tetap puteri di hati aku

16 September lepas, ibu Del Raja Salasiah meninggal dunia
Kebumikan sebelah pusara arwah
Al Fatihah..

Related Posts with Thumbnails