It’s has been seven month,Puteri Dalila leave us
She was my best buddy, and she passed away on 29 February suffering of SLE
Al-Fatihah..
Aku jumpa dia masa secondary school
Sebilik, sekelas for 4 years, tapi kami tak pernah rasi
Chemistry tak sama jadual kot
Dia suka panggil aku “Rayer..!!”
Aku tak faham kenapa org lain pelik
Tapi dia selalu memahami org lain terutamanya aku
Dalam Bawang Putih Bawang Merah, dialah watak baik & aku sebaliknya
Watak jahat mestilah tak suka dgn watak baik kan?
Dia baik, manja, selalu sakit & suka baca buku physco
Aku tak nak rapat dgn dia sbb nanti dia physco aku
Dia caring kat semua org termasuklah aku
Sampai aku terpaksa sound mintak jangan teka hati & perasaan aku
Sebab aku tak suka!
Kan, terserlah lagi kejahatan aku
Kemudian kami 2 org jer dari SERATA masuk MMU
Dan kami serumah, sebilik lagi kat Taman Dahlia
Dia slalu merendah diri, sedih dan mcm2 lagi behaviour yg tak dapat diterima akal aku
Aku dgn Watie kepala bengong, wayar kaler biru tercabut
Gelak gelak tgh malam, org lain nak tidur mestilah bengang
Masuk Beta Level, aku pindah Taman BBU
Aku slalu singgah rumah dia tumpang menangis
Kalau nak pegi rumah dia, aku bawak bantal busuk aku skali
Takder la basahkan bantal dia lak nanti
Masa Baya & Elyn gi praktikal (Trimester 1)
Dia dok umah aku, temankan aku
Bercerita sampai hilang suara
Main game The Sims sampai dapat anak ramai giler
Dia mesti nak ikut aku gi mana mana
Gi kampus, nak study sama aku
Gi jalan-jalan, baru cakap jer dia dah siap pakai tudung nak ikut
Gi dating pun aku bawak dia skali, hehe..
Birthday dia,Ken kasi dia hamster
Siap gaduh ngan aku, aku paksa kasi nama Badawi & Tunku Kurshiah
Dia namakan Nini & Kiki
Rupanya dua-dua hamster dia tu jantan!
Hua hua…Dah meninggal pun hamster tu disebabkan kuaci beracun
Dua hari sbelum raya(last year), aku ajak dia dtg rumah aku
Abah bawak kami shopping kat KL
Apa yg abah beli utk aku, dia pun dapat
Masa tu aku moody la sikit sbb aku ni tak ada adik beradik pompan
Tak biasa share barang
Pastu lak, abah aku suka dia dari aku
Bersungguh2 dia beritahu abah aku,dia nak beli Kembara
Abah aku bagi galakan, siap kasi price list Perodua
Kalau aku,sebut je pasal Kancil, terus potong suh aku habiskan blajar dulu!
Manala aku tak moody!
Seminggu raya, aku telefon dia & adik dia kata dia kat HKL
Dari Perak ke Melaka, aku singgah KL melawat dia
Aku bawak sekuntum bunga ros pink utk dia
Dia nampak lemah,tapi dia tetap Del yg aku kenal
Tetap ceria bercerita itu & ini
Aku jer diam sikit sbb aku benci hospital!
Dia makan ubat & muntah
Boleh tu buat2 lawak, yg dia sakit AIDS la..hehe
Akhir2 sem 3, aku kelam kabut cari rumah sebab Elyn & Baya dah habis
Aku call dia berbual pasal cari rumah
Tak bual panjang sbb suara dia lemah
Bila aku tanya, dia cakap dia dah OK
Aku dgn suara kanak kanak Tadika berkata “Bye, Del.Jumpa sem depan tau,Sue tunggu.Mwah Mwah Cup Cup”
Malam tu aku dpt msg , dia tulis dia nak serumah,sebilik dgn aku
Dua hari lepas tu(Selasa) Ken beritahu aku,Del koma di Hospital Selayang
Aku melawat dia Khamis lepas mid term exam
Ada wayar2 berselirat di sana sini kat tubuh dia
Turun naik hospital hari Khamis, Jumaat & Sabtu buatkan aku sesak nafas
Hari Sabtu malam,sblum aku balik Melaka, aku bisik dekat telinga dia
“Del,Sue nak balik Melaka.Sue tunggu Del dekat Melaka.Nanti malam2 kita jalan2 Kelebang macam selalu”
Dr beritahu Del boleh respons guna kerdipan mata atau gerakan jari
Aku tau dia respons pada aku, aku tahu!
Sampai di Melaka, aku dpt msg yg Del dah meninggal dunia 12.30 am
Aku tak ada kata kata yang sesuai utk describekan perasaan waktu itu
Sbb aku tahu, dia sakit & biarlah dia pergi
Aku iringi jenazah sampai Sitiawan,Perak
Sebelum balik ke Melaka, aku hadiahkan Al-Fatihah di kubur Del
“Del, Sue tak tau bila Sue boleh dtg lagi.Kalau Sue tak dtg skalipun, Del tetap dalam hati Sue”
Masa nak melangkah, aku hiba
Mungkin sbb Del selalu takut tinggal sorang kalau aku gi kampus
Walaupun sebenarnya dia bukan seorg, hanya pulang kepada Pencipta
Selepas hari itu, aku belum menangis
Sbb bila tiap kali aku sedih, aku tonggengkan kepala kat bawah, kaki kat atas
Susah sikit airmata nak keluar kalau buat camtu!
I wont forget her,never! But I let it go
She would always be where she belonged, in my heart
Sometimes the pain would flare, But each time it will be less
Dia tetap puteri di hati aku
16 September lepas, ibu Del Raja Salasiah meninggal dunia
Kebumikan sebelah pusara arwah
Al Fatihah..
Related posts:






alang..ayg jumpe hobi br..membaca semula entry2 alang yg terdahulu..dan nampak gayanya ini entry terawal..ayg sgt sedey.. masih terngiang2 lg suara arwah masa bercakap tentang persada n pum..arwah mmg seorng yg baik..alfatihah..*alang, jgn thn tangisan, boleh menyebabkn ‘kesakitan dlmn’..*
ayg,alg baru perasan ayg ada hobi neh pada 11 January 2008.