Betul ke apa yg dilihat tida sama dgn apa yg didalam?
Betul ke bahasa tida melambangkn budi bahasa?
Betul ke org yg kasar, hatinya comel cute halus tulus kudut(s)?
Kalau org cakap “Lahabau kau, celaka jer aku tengok..”
Sebenarnya dalam hati dia berbisik “Alahai si cantik manis, geram betul aku tengok ko rasa mcm nak cium cium!”
Ada kemungkinan..
Kalau org tu asyik tinggi suara bila bercakap dgn kita, mungkin dia sakit tekak .:herpms:.
Mungkin kalau dia cakap perlahan, bimbang suara tak keluar .:hermps:.
Kenapa aku ne not a morning person?
Sbb sepanjang mlm masa org lain enak dibuai buaian
Setiap saat daripada 8 jam waktu tidur aku, aku manfaatkan utk semua org
Tak percaya?
Aku pun mula2 tak percaya ..
Kalau sebelum tidur, aku tak puas hati dgn seseorg
Mimpi : Bergaduh, bertengkar, sampai berpisah
Kalau sebelum tidur, aku tengok TV
Mimpi : Aku sambungkan plot drama tu supaya jadi lebih menarik
Kalau sebelum tidur, aku lapar
Mimpi : Jalan jalan cari kedai makan sampai penat
atau
Mimpi : Makan sampai pensan!
Kalau sebelum tidur, aku dengar masalah org
Mimpi : Sambung bagi nasihat sampai esok pagi, siap settlekan masalah dia
Kalau sebelum tidur, aku iron baju
Mimpi : Sumaiyah pijak pijak baju ngan tudung yg aku nak pakai tu (siap sapu mulut lepas makan coklat!)
Kalau sebelum tidur, aku main dengan budak2
Mimpi : Tak sempat la mimpi! Sampai ke subuh aku main ngan budak tuh, tak tidur!
Kadang aku takleh bezakan yg mana mimpi dgn realTV!
Contoh situasi :
Aku : Nah, baju yg ko nak pinjam
Org : Ha, bila aku cakap?
Aku : Huk..ko tak cakap ek.Takpela, aku mimpi kot..(sambil berlalu)
Org : (Menggaru garu kepala..)
Haha..Dejavu? Tak heran da..
Bila aku bgn pagi dan masam, bukan sebab aku tak ceria menikmati bayu pagi
Tapi mungkin sbb aku masih terfikirkn hal mimpi smlm
Bukan aku saja saja..tapi ia hadir di luar sengaja!
Tapi di malam hari, aku ceria…ceria sangat..
Suraya = Bintang Tujuh (in Arabic)
Bila ada satu masa korg tengah mengira bintang
Dan malam tu hanya ada 7 bintang
Aku la kot bintang tu (hik hik..)
Ada org cakap “Patutlah hidup saya cerah je lepas jumpa awak!”
(Awak jangan tipu saya teruk sgt wak, sekadar bintang takkan mampu cerahkan hidup awak kalau tak swith on lampu!)
Hu hu..
Huda, ingin jadi bintang?
Bintang mungkin cantik dari jauh..tp siapa tahu hatinya sepi?
Org yg disukainya ada dibumi, hanya melihat dari jauh
Jika dia diberi pilihan, mungkin mahu menjadi batu jalanan
Berada dibumi, walau tida dipeduli tapi dekat dgn insan yg dia sayangi..
Related posts:



