Archive for January, 2005
Nanti sesetengah perkara, yg bila disebut2
Akan jadi sensitif, bila tak disebut, tak sensentip pulak..hehe
Perkara yg mcm tu la yg aku nak citer ne
Ada 2 orang anak yatim kat rumah aku ne
Hari pertama lahir, ayah derang terkorban
Mujur ada ibu tempat derang menumpang kasih
Geram tengok derang 5 beradik bergumpal gumpal main gusti lengan
Dalam yg 5 org tu, sorang jer ikut kulit bapa
Kurang la rasa terkilan aku dgn sbb kematian bapa derang ne
Mementangla mereka semakin aktip, 3 orang main kat luar rumah pastu sesat tak jumpa jalan balik!
Aku pulak tak jumpa jalan mereka keluar
Maksud aku, memang tak jumpa dah lepas tu…
Daripada ada Along, Angah, Alang, Achik dan Adik
Tinggal la Achik & Adik (Aku agak jer sbb yg kecik mestila takut main lompat2 sangkar)
Ibu derang dipulangkan kepada tuan punya (sbb haritu aku pinjam utk breed jer)
Dan kedua beradik tu skrg ada dalam bilik, tengah tido
Comel…memang comel… Cuma tida bernasib baik
Bangun dan gi kelas tapi B2 tengah renovate & kelas ditukar ke satu tempat yg tak best utk belajar (yeitu old library)
Lalu balik dan gi rumah lama amil barang yg tertinggal
Harap2 lepas amil sumer barang, tak ada la apa2 memori aku kat ruma tu
Biar semuanya pergi dgn angin kus kus kus semangat
Sampaikan karpet buruk pun aku angkat sekali
Bukannya nak pakai lagi, tapi sajer
Sajer taknak tinggalkan utk org yg pentingkan diri sendiri pakai
Encik, lainkali kalau ada apa masalah
Cakap leklok dengan saya
Apa apa yg tak puas hati..saya boleh perbaiki
Takyah la campak2 kain yg saya dah basuh atau hempas2 pintu!
Dalam Quran bukan tulis bab sembahyang, puasa jer tau
Bab jaga silaturrahim dengan kawan pun ader..!
Aduih…haru haru…!
Sesaper yg clash bulan ne bolehla guna lagu Glen-Januari buat lagu tema
Kalu dah termasuk bulan depan, tukarje lyric pada February
Kasihku sampai disini cinta kita
Jangan tangisi keadaannya
Cinta kita, berakhir..di ______ (Masukkan la bulan berapa,ikut bulan omputih boleh,bulan Islam pun okay)
Ada banyak jual2 kat CLC
Ada Secret Recipe, ada jual cd, ada anting2
Yang paling menarik perhatian, ada jual beg!
Beg kala itam, kala pink, kala orange…Bestnya kalu dapat beg!
Boleh la buh payung, botol air oren, purse oren, coklat, gegula..
Lagi besar lagi bagus, leh buh Sumaiyah (anak jiran) ne skali gi kelas
Giler comel..bila gi campus, mesti nak cepat balik sebab nak main dengan Sumaiyah
Dah macam anak aku pulak!
Rasa nak bawak kulu kilir
(Ah Watie, ko mesti tak suka dengan entry aku ne!)
Hua hua hua…
Esok nak gi Shah Alam lagi
Nak hantar sikit2 barang sebelum meninggalkan bumi Melaka ne buat selama lamanya
Ni aku amek dari blogger org lain letak kat sineh
Lamer dah isi, malam ne baru post
Gip me one word, only one word..then I ll elaborate it..
1. [ RED ] : Watie (Asal baju ko semer warna merah ha?)
2. [ BLUE ] : Masa sekolah, rumah sukan aku mesti biru!
3. [ YELLOW ] : My umbrella with tulisan ‘Rain,rain go away’ Mmg go away sungguh la hujan itu
4. [ GREEN ] : Epal hijau cicah garam
5. [ PINK ] : Suka (sangat!) Tapi barang Siti(my x romert) lagi banyak pink
!
6. [ WHITE ] : AVON (Pt White) Bila aku nak putih ne?
7. [ BROWN ] : Koko..Coklat..Milo..
8. [ BLACK ] : Shazwan (Awak suka hitam?)
9. [ PURPLE ] : Baju raya 2003 sedondon Watie & pasangan (Ha ha ha)
10. [ ORANGE ] : Zahid,Nemo,Belt,Shoe (Org kata tulis satu je!)
11. [ DICTIONARY ] : Oxford (Beli masa Form 2,baru guna masa tahun akhir)
12. [ CALENDAR ] : Gambar pompan seksi atas kereta (Ada lagi ke skrg ne?)
13. [ BED ] : Bantal busuk (Bau dia dah mcm aromatheraphy pada aku)
14. [ TV ] : Eh apasal TV kiter tak keluar gambar ne? Dengar bunyi jer..
15. [ CAT ] : Pasir penyahtinjaan kucing ‘CATSAN’
16. [ HANDYPHONE ] : Motorola (Kalu nak call, call byk kali sbb bunyi pelan sangat)
17. [ LOVE ] : Nak bantal love merah (tkyah yg ada tulisan nanti gatal kena muka)
18. [ EYE ] : Eye_z? Ajis, ne aku tulis YID ko ne..Jangan sedey2 lagi ne
19. [ WATER ] : Botol air oren tertinggal kat Perak
20. [ EXAM ] : Lambat lagi
21. [ FISH ] : Nemo
22. [ TOMATO ] : Tomato Mato..Ha,kopok bulat2 perisa Tomato!
23. [ SHAMPOO ] : Saper punya shampoo dalam bilik air ne?
24. [ BURGER KING ] : Kena marah ngan dreber Transnasional sbb makan burger ne la dalam bas dia!Ceh..takdepun sign Dilarang Makan?Dilarang Berkelakuan Sumbing ada la..Utak tol!
25. [ McDONALD ] : Celup French Fries dalam Strawberry Icecream .:meleleh:.
26. [ KFC ] : Original Spicy? Gif me the mix one ha..
27. [ TEA ] : C-Tea Geranium..Hermph sedap!
28. [ SOUP ] : Elyn salu masak mushroom soup..Rendu..
29. [ CAR ] : Gen 2 pun comel
30. [ FRUIT ] : Suke pisang, manggis, temikai, jambu..
31. [ POWER PUFF GIRLS ] : Kiki, kasi la kak Sue jadi Blossom.Kiki jadi Bubble yer?
32. [ NESCAFE ] : Caffein..caffein
33. [ AVRIL LAVIGNE ] :My Happy Ending..They said I’m difficult?
35. [ SUPERSTAR ] :Beyonce Knowles nyer perfume
36. [ BURN ] :Burn AF?
37. [ FLOWER ] :Sunflower..Rasa ada bunga matahari dalam perut..
38. [ TATTOO ] : Heroin Meteor Garden ada tatoo ros kat belakang leher. Mcm best jer..
39. [ HOLIDAY ] :Suda lama tak g holiday kerana sengkek..
40. [ BYE ] :Baizura, baizura…bye!Rendu..
41. [ DREAM GIRL ]
iri senderi menjadi orang lain
42. [ DREAM GUY ] :Takder mendreamkn sesaper :p
43. [ SURVEY ]:Apa kata survey?Rancangan kuiz dulu dulu..
44. [ NAIL POLISH ]:Isk,takyah polish2 la.Saya ada masa potong kuku pun dah cukup elok.
45. [ FRIENDSTER ]:Testis?Testis?Yeah..New Friend Request? Ne kawan lama ne..jumpa balik!
46. [ PEANUT ]:Dulu kawan nama Sapina panggil Sapinat
47. [ BALLPEN ]:Bebola pen?Pen berbentuk bola.
48. [ FISHBALL ]:Tak suka.Fishcake pun tak suka.Suka Cheese cake.
49. [ DIVISORIA ]:Erk..Divisor..ria..divisor..
50. [ MANOK ]:Manok?Manok…manok..
51. [ CHOCOLATE ]:Kit Kat pun jadi la..suker coklat
52. [ YM ]:Lai lai..chatting2 bersama .:snsuraya:.
53. [ STARBUCKS ]:Tempat minum kopi..Kawan Watie ada kejer kat sine
54. [ POWDER ]:Baby powder ialah bedak Sumaiyah.Jangan buh bedak Avon nanti dia gatal
55. [ TIME ]:Gip me time, gip me..
56. [ MOUSE ] :Mickey Mouse, Mouse kecil utk laptop
57. [ HEAVEN ]:You’ll never get to Heaven, if your scared of getting high :p (Red Blooded Women)
58. [ HELL ]:Nauzubillah..
59. [ JUICE ]:Apple Juice (Dia guna epal merah ke epal hijau yer?)
60. [ HIM ]:Uhuk huk..herm..herm..
Dah lama tak ada apa2 dalam pkran aku
Waktu org2 di Acheh sibuk memikirkan masa depan diorg
Aku pun tumpang sibuk sekali memikirkn masa lepas aku (Cuma aku tak masuk paper)
Nak bawa ke mana sangatla amarah aku ni kan?
Tapi kalau diingat2 balik, memang darah ni menyentap kat kepala otak, kepala lutut
Hal yg kecil (sgt2 kecil pada aku, tak tau la pada dia [Dia ialah 'kawan' aku. Kawan? Bolehla dikategorikn..])
Aku dah pernah tulis entry pasal dia ne (Entry ke 3, pasal ‘Antara kita tiada puteri’)
2 minggu lepas,dia mintak tolong aku hantarkn dia g kedai komuter (Aku memang boleh tolong tapi masa tu aku belum mandi pagi lagi)
Jadi 15 menet sebelum gi kelas, bila dah siap mandi
Aku pun ajakla dengan happy “Jom!!”
Dia kata “Tak payah la..”
Aku “Huu?Kata nak pergi,jom la..”
Dia “Tak payahla, kedai tu dah tutup dah” (Hu..awal ek tutup..Baru pukul 1.45 pm?)
Aku “Taknak sudah..bye!” (Aku tanpa prasangka apa apa terus gi kelas)
Seminggu lepas itu dia tak mahu tegur aku
Aku tanya pun dia pandang tempat lain (Aku rasa sebab suara aku lemak merdu jadi dia tak dengar!)
Tapi aku meneruskn hidup seperti biasa
Anggap shj dia tak mempunyai pengaruh dalam hidup aku
Tapi 8 hari selepas tu, dia memang cari pasal dengan aku
Ni la kisahnya..(Krik krik..bunyi filem rolling)
5 Jan 2005 (Buat spoil tahun baru aku jer!)
Aku tak ambil tau, dia gi kelas ker atau ke mana mana pada hari itu
Bangun pagi, siapkan basuh baju dan mandi
Lepas mandi aku bersiap ke kelas, masa nak sidai tuala
Aku nampak kain yg aku basuh tadi ada atas lantai (Ni darah baru sampai telinga)
Jue & Ct ada dlm bilik aku (Bila pulak diorg ne keluar kan?)
Aku pun tanya direct kat dia “Apesal ko campak baju aku kat lantai?”
Dengan suara nyaring dia jawab “Ko tu tak bukak pintu utk aku!” (masa ni taik telinga dah cair, darah sampai ubun2)
Erk..apa patut aku buat? Gelak? Ketawa? Bila mengenangkn betapa kanak kanaknya jawapan dia!
Tapi aku tertengking “Ko bangang apa, aku tengah mandi!”
Dia jawab lagi “Ah..ko memang saja taknak bukak pintu utk aku! Ko memang dengki kat aku!”
Allahuakbar..nak kata dia ne anak tunggal yg biasa dimanja, tak jugak!
Atau anak bongsu yg minta di usap usap, memang jauh la!
Lagi la hangin aku naik…Aku cakap dia selfish! “Apa masalah kau ha labu…?”
Dia cakap “Ko la selfish..ko memang saja taknak hantar kan aku gi kedai komuter kan?”
Aku dah takde ayat yg sesuai..sbb hal dah berlalu berminggu2 dan aku tak rasa ianya layak menjadi isu!
Aku dah ajak, tapi dia kata tak payah!
Dia nak aku treat dia macam boyfriend dia treat dia?
Merayu rayu minta maaf, janji tak ulang lagik? Maklumla, org dah biasa manja dgn bf.. Aku ne tak manja, tak reti memujuk rayu bayu!
Aku cakap (Ayat aku diatas..bla tak mandi..bla nak gi kelas..bla bla)
Dia lawan aku “Ko memang sajer, mulut cakap lain, perbuatan buat lain!”
Memang temper sungguh aku..”Kalau ko nak sangat gi kedai tu, pukul 9 malam baru tutup!”
Pada aku, hal ke kedai komuter tu bukan masalah besar sampai tak bertegur
Tak pegi harine,esok aku leh hantarkan
Bukan aku hantarkan, leh naik motor aku ( Kunci spare pun aku ader tinggalkan utk kegunaan housemate aku..)
Tapi apasal nak ungkit sampai berdesing telinga aku?
Semua cerita yg tak betul pun nak ungkit skali?
Lama sangat dah rasanya aku bersabar
4 tahun kat MMU, aku belum pernah tengking kawan
Aku tak berkira barang..handphone dia rosak, aku kasi pinjam (Aku dah amik balik sbb, dia tak suka aku, tapi nak pakai barang aku!)
Aku keluar dari rumah tu (Walaupun rumah tu aku yg cari!)
Sbb aku tau dia tak ada kawan, kalau dia nak keluar, dia tak ada rumah nak tuju
Aku takpe, aku ada transport..Rumah win ada, huda, ryn, jiran..
Aku keluar bukan sebab aku rasa bersalah atau apa2 rasa
Aku keluar sbb aku rasa, cukup cukupla dia buat aku mcm ne
Tiap kemahuan dia org lain kena turuti kalau tidak dia beritahu semua org yg dia tengah ignore kita!
Kalau aku tak dapat balas skrg, biar Tuhan yg balas apa rasanya kalau org buat kat kita
Hal dia campak kain yg aku dah basuh, memang dia melampau
She has been to much! Aku tak terfikir tanak bukak pintu utk dia (Aku kan tengah mandi, tak dengar dia panggil)
Salah dia, tak bawak kunci rumah!
Dan, ada 2 org housemate aku yg lain yg bukan dalam bilik air
Kenapa dia tak campak baju diorg?
Sebab dia ingat aku lembut tak pernah tenking orang?
Sebab aku tak pernah melawan?
Amikla bahagian ko di dunia ni Irma(Aku sebut nama ne..), bahagian menyakitkan hati orang
Kalaupun aku tak amik tahu pasal kawan2 (Sbb aku jarang balik,lepak rumah jiran sbb malas nak layan rajuk dia)
Belum sampai kat hati aku nak sakitkan hati kawan..Belum sampai…
Sampaila aku jumpa ko….
Sekurang2nya seminggu lepas aku tak nampak muka ko
Aku rasa tenang, tak payah layan karenah ko
Hopefully dalam kehidupan aku yg seterusnya, aku tak jumpa org macam ko!
Pesanan:
i.Kpd mereka yg nak cari housemate, janganlah pilih mereka yg tetiap tahun bergaduh dgn housemate kerana walaupun dia baik harine, hari esok, anda pula yg masuk dalam list musuh dia!
ii.Kpd tuan punya badan dalam cerita, bawak2 la sedar diri. Hidup bukannya lama nak bergaduh setiap menjelang tahun baru!
iii.Kpd yg ada housemate begini, janganla biarkn kepala anda diinjak2. Kalau dia boleh hempas pintu kuat2, anda hempas pintu lagi kuat depan muka dia! Biar dia tau langit tinggi rendah!
iv.Kpd mak abah yg risau, org mcm tu memang patut kena sekali seumur hidup! Kalau dia berani buat apa apa pada saya, saya akan pastikan dia kena lagi teruk. Jadi mak abah tak payah risau ne?
v.Kpd kwn2 yg byk ambil berat, Wan, Huda, Ein, Jiran, Win, Ana, Ael, Jue, Siti, PidaChoup, Adah, Kak Lin, Abg Din..Terima kasih atas msg dan ke’concern’an..Sakitnya bersabar ne kan?
You know me well, saya takkan buat kalau org tak buat dulu..
Jam : 11.00am
Tajuk : Apa nak jadi dgn aku?
Aku :Hello,dah bangun ker?(Dia dah ankat tepon,mestila da bangun!)
Org :Baru bangun..
Aku
agi ne awak nak buat apa?(Lagi sejam jer nak masuk tengari..)
Org :Takde buat apa2.
Aku :Baju2 semer dah basuh ker?
Org :Ha a..smalam rendam dah baju,harine kena basuh.Luper plak.
Aku :Abih pagi ne kena basuh baju la?(Tadi aku jugak yg ingatkn suh dia basuh baju!)
Org :Kelas kol 2 kan?Sempat la siapkn basuh baju.
Aku :Nak lunch pukul baper?(Lapar..kruk kruk perut berbunyi)
Org
ukul beraper ek nak lunch?(Org tanya dia, dia tanya balik?)
Aku :Saya kena gi jumpa Ms Vimala lagi, ada hal.
Org :Awak kena g skrg sbb nanti kol 12-2 dah lunch hour wak.
Aku
Sekarang saya lom mandi pun wak!) Ha..taknak la jumpa Vimala sampai bila bila.
Org :Erk..okay.
Aku :Okay awak cakap?Belum habis bincang dah cakap okay?
Org :Belum habis ek?Okay habiskan..
Aku :Grrrrr…(Letak telepon)
Apala aku ne..hangin mcm detik2 menjelang menopause!
Agaknya aku ne patut dikuarantinkan daripada manusia lain
Gi kelas, semer soalan Fasha pasal programin dijawab ‘Ntahla Pasha,tatau sebab lom buat lagi ne’
(Maap Fasha, lainkali saya belajar rajen2, bley jawab soklan awak)
Mr Asrul tanya camne “Satu baris pun belum start program awak ne? #Include pun belum?”
Aku jawab “Saya tunggu solution sir la” tapi jawab dalam hati je la..
Lepas kelas,aku g jumpa Ms Vimala Balakrishnan
Terkejut sbb dia bukan seperti dalam my imagination
(She’s so young, sexy, pretty & intelligent [Of course she is,she's a lecturer!])
Rasa sangat kecil dok depan dia
Aku pakai seluar selekeh, tshirt malas gosot & beg busuk
Pastu terus gi blok B belikan borang MMU utk anak jiran ne,RM10 jer
Dulu masa aku apply(4 thn lepas), sampai RM25!
Kalau RM10 jer, bley la aku beli banyak banyak..
Kendian aku jalan balik rumah
Masa jalan tu kejap sakit pale la,tukar kejap pitam la
Sebab dah lama tak jalan kaki ker?Atau sebab sambil berjalan sambil ber’hangin’?
Singgah beli goren pisang dan putu pirin
(singgah2 ne mcm yg Huda salu buat jer..)
Konklusi tahun 2004 aku
January – Aku celebrate 2004 depan laptop surf internet
[Eh, surf laman web berpaedah je tau ..Hu..]
Gila berporem masa tu, macam2 jadi topik (Luar dalam, itu ini..tut..tut..)
Pulak dapat member board Melaka (Dee, secret, kak jel dll)
Tapi skrg dah stop, kenapa? Sebab masing2 dah ada komitmen lain agaknya..
Yg bertemu jodoh kat porem, yang sambung study, yg dah jarang online
February – Sakit kepala fikir del sakit
Malam2 mesti air mata mengalir sendiri
Tiba2 rasa takut (Wan kata, tak ada apa2, dia akan selamat..)
29 February del pergi juga meninggalkan kenangan manis buat kami yg tinggal
Sampai ke hari ne aku masih rindukan dia
AlFatihah..
Mac & April – Menghabiskn sisa masa bersama Elyn & Baya
Diorg busy buat FYP, aku busy prepare utk exam
Rendu.. Diorg sangat2 memahami aku..Waktu bila aku bangun tido
Kalau aku tak balik tido maner, so on, on so..
May – Pindah rumah baru, dok ngan Hakim & Irma
Irma gi practical kat K’tan, tinggal la dengan Hakim
She’s a good person, really she is! Peramah, periang dan macam macam cerita buat rumah tu tak boring
Mula buat part time kat Shakey’s
Masa ne environment kerja sangat tensi, memang tertekan macam ditekan dengan paku tekan!
[Masa ne, tak suka Lily, tak suka Lily....!!]
Jun – Perjalanan hidup yg seperti biasa
Ada masalah problem yg perlu diselesaikan, tapi tak tau nak buat macamana
Cuba beritahu cara halus, tapi member tak faham
Sepanjang bulan ne fikir cara cara mengatasi masalah tersebut
Masalah apa? Isk.. segan nak tulis kat sineh..
July & August – Masalah pun selesai menggunakan sedikit ketegasan
Bukan menghalau, cuma bertanya..
Tapi member rasa macam kena halau, dia terus keluar rumah
Misunderstanding jer sumer ne..Masa ne aku diam sbb malas nak terjerit2
Biarkan dan tengok…
September – Buat part time dekat MITC, jadi Sekretariat Program Asean Halal
Pengarah Projek, ‘Pak Mus’ memang bijak pandai (termasukla bijak tak bayar gaji kitorang lagi!)
Pak Mus, kalau Pak Mus taknak bayar, kitorang culik anak pak mus jual kira timbang kati!
Takpun amik mesin faks opis Pak Mus, pasang kat rumah senang org nak faks kitorang!
October & Nov – Pulun study sem 2, biar cepat habis, cepat kerja, cepat hu um um..
Ramadhan & Syawal dijalani seperti biasa
Ingat lagi, sahur pertama di rumah Huda & Ein
Mungkin makanan hanya sedikit, tapi kemesraan yang ada buat aku rasa kenyang sangat
Membawa diri ke rumah org kerana tekanan
(Seronoknya kalau ada hosmet yang tida menekan seperti Lolly..)
Dec – Dah masuk Disember dah pun? Esok dah tahun depan..
Mula part time di Shakey’s
Kaline environment dah best sbb kawan2 yg best
Hati melonjak2 nak gi kerja (Eh..takde niat lain tau..Hu..)
Pegi kejer pagi, petang balik, malam keje tempat lain pulak
Apesal punya cara hidup macamne?
Sebab…sbb malas dok rumah agaknya..
Sekurang2nya dapat duit poket..tak payah minta dari abah
Smoga tahun 2005 ne, aku dapat habiskan degree dan dapat kejer
Biar senang hati mak abah aku setelah banyak kali aku pau mereka semenjak dari lahir sampaila ke harine
[Eh..apesal entry kaline series ne..Tak best..Tak best..]



