Archive for March, 2005
Mencari kebahagiaan (part II)
Huda :Sue, andai bumi terbelah dua, sue nak bersama siapa for the last chance?
(Aku pandang siling, pandang dinding, pandang boob bag )
Huda : Ceh..mane pulak boleh pk2, kena terus cakap!
Aku : Sue bukan tengah berpk la! Sue tengah…. .: mengelamun :. kalo huda? (reverse psycology ne, tanya dia balik soalan dia..nyehe..)
Huda : Huda nak selamatkan manje, sbb huda rasa dia paling tak berdaya dalam family kitorang..
(mood bertukar sedih tiba tiba…cheh!)
Aku : I was thinking of the same thing..selamatkan adik(my litle bro). But he’s gone, forever..dia dah tak ada. Maybe sue hanya akan berdiri seorang dan memandang semua org berpelukan ..( Suddenly, i feel i miss him..)
Huda : Huh, perempuan yang kasihan! (sambil menyambung kerja di hadapan monitor)
Aku pun msg seseorg ..(the same question that huda has given to me before..)
Hik hik..his reply “andai bumi terbelah dua, nanti saya pegang awak kuat-kuat supaya awak tak jatuh”
(Nyihi..aku tau, mesti dia risau, handphone aku jatuh & rosak lagi..kan?)
Tapi secara logiknya, kita akan cuba selamatkan org yang lemah dari kita kan?
Jadi, jawapan aku pada soalan huda ada dua :
Aku akan cuba menyelamatkan adik aku, sebab dia lagi kecik & lemah dari aku
Tapi bila tukar perkataan tu, being with whom.. my answer is ‘i want to be with him’
Terima kasih awak..for being there, bila saya tengah depressed
Minta maaf..sebab suruh awak diam semalam .:sorry:. i didnt mean it at all
Bangun pagi, dan melihat kalendar..
Today is 21 mac..my litle bro’s birthday.. (.:sebak sey:.)
Al – fatihah..
Handphone aku rosak, talian aku tak dapat dihubungi
Kalau korang call, dan ada akak jawab “Your call have been ..bla blah blah..”
Aku minta maaf ne..
Buat sementara ne, in case of emergency, korang hubungi la aku guna telepati ke, burung merpati ker..
Kisah benar
uda : Rasa rasa, dalam hati dan kepala aku ne ada sarang labah2 yg perlu disapu menggunakan penyapu..
guu : Maksud awak, ‘sawang’?
aby : Panas, everythin inside me are burning out. Membara!
guu: Hairan, berada di sbelah awak, saya rasa dingin…
Ending – uda & guu keluar mencari ketenangan. aby sengaja ditinggalkan utk melaporkan kalau2 ketenangan sudah pulang semasa kami mencarinya di luar..
Masih lagi kisah benar
uda : Ape ek, dlm dunia ne yg menggembirakn kita?
guu : Huhhh? Saya sudah cukup bahagia…(sambil cicah biskut dalam milo). Matlamat saya tak tinggi, mungkin saya boleh diibaratkan seperti sebuah organisasi pendidikan yg tiada matlamat organisasi ~~~o_=”
uda : Ceh..tak membantu! (sambil mengulang soalan yg sama kpd watak2)
aby : For me, the sweetest moment is when im pampered myself with the things i like..all alone by myself..(sambil memandang ke luar tingkap..)
(uda & guu tercangak bangak melihat keadaan yg tiba tiba berbackgroundkan lagu Hail Amir-Wajah Kesayangan Hamba..Ceh..saper la pulak yg add lagu ne dlm playlist ne!)
Suasana harmoni tersebut dikejutkan dengan satu suara “Argh..biskut ne hanyut dalam milo pulak!!” (guu bangun menghayun bontot mengambil sudu)
Ending – uda & aby keluar mencari kebahagian di luar, sementara guu menyambung tidur selepas makan biskut…(mungkin itulah kebahagian yg di perkata2kannya sebentar tadi)
To be continued…
Tajuk : Penat (simple kan, mcm ‘sepet’)
Watak utama : Guu – chan
Babak1
Venue : FIST office
guu : sis, saya nak amil compomation letter for my industrial trainin ![]()
staff : hah, nama apa?
guu : guu chan ~~~o-o)/
staff : takder, takder..gi tanya lecturer awak!
guu : haitt….(lenggang kangkung keluar dari opis)
Babak2
Venue : Mr Lau ‘s office
guu : sir, i’m askin for my conpomation letter
mr lau: what? i mean, what company?
guu : tut tut sdn. bhd
mr lau: (selepas berpura pura membuka fail) no la..ask them to resen by fax
guu : r u sure sir, becose they said they ‘d sent it las week!
mr lau: no la i said, call them to resend! fax or email oso accepted!
guu : hait….
Babak3
Venue: Sigma Lab
guu : Hah, kat online database dah conpom dah..naper staff & mr lau *refer watak babak1& babak2* kata tak der? Hah? Hah?
(Watak utama pun berlari lari budak tadika ke opis Mr Lau..)
Tuk tuk **Bunyi pintu diketuk. Erk, dah balik ke si Lau ne?
Dummm Dumm **Bunyi pintu ditendang…Belum kol 4.30 dah balik! Ngabihkan duit studen bayar tuition fees memahal!
Watak utama mengambil henpon utk mendail Huda
(Ah, tak tau apa tujuan beliau, dan tak tau nak cakap apa kalau huda angkat!)
Arghh..henpon hang pulak! Hari ne jer dah 4 kali hanged di waktu2 terdesak macam ne..
Kalau sehari 4 kali, kalau seminggu? 4 * 7 = 28 kali? Kalau sebulan…? (Watak utama belajar congak matematik pula!)
Sambil berdiri, aku bukak bateri hp, cermin housing jatuh ke tanah (dgn comel&sabar, aku kutip)
Semasa kutip cermin tu, tali hp pulak jatuh (masih lagi comel dan sabar, aku kutip..tali tu pulak)
Masa kutip tali tu, bateri yg aku tengah pegang pulak jatuh (Argh…aku tak sabar dah..memang aku hilang sabar!)
Aku rasa nak pijak pijak henpon tu biar takde bahagian yang jatuh dah sampai bila bila!
Aku rasa nak pijak orang…. ~~~~=_=/
Dari semalam, langit gelap dilitupi awan (i guess so..)
Hanya ada satu, mungkin tak berapa cerah..tapi suda cukup utk menghiasi
There’s only one star in the sky!
Mungkin bila langit cerah berbintang bintang (banyak bintang),
Aku akan pening, kompius nak pilih yg mana satu
Tapi bila ada satu saja macam harine & semalam
Aku rasa itulah bintang aku!
Bila langit gelap, macam nak hujan, dan ianya berkelip macam nak tak nak jer
Itulah aku ! (*-*) Gembira..satu masalah suda selesai(refer posting sebelum)..Huu..
Test 2 aku semalam, aku dapat buat (*-*) lagi lagi suka..
Credits goes for Abby sebab ajarkn aku Floyd Diagram .:nyit nyit:.
Juger utk wan & tajul yg belajar bersama sama .. Huu..suker..
Lepas test aku hang out dengan huda & abby
Duduk atas kerusi yg sama(kerusi panjang), memandang langit yg sama, makan roti yg sama tapi air kotak yg berlainan!
Aku minum Justea, Huda minum Horlicks, Abby minum (minum aper ntah, coklat rasanya)
Pemilihan air kotak dipengaruhi oleh sikap individu ke hah?
Diam dan menyedut oksigen perlahan lahan
Tiba tiba hati rasa sayu..Bulan depan, aku bukan kat Melaka lagi
Mesti udara tempat baru tak sama dengan tempat lama, kan?
Memang ketumpatan, kandungan, pecahan kimia udara sumer sama di setiap tempat
Tapi perasaan yg ada dalam udara tu..yg lain..
Ada masa sebulan lagi utk aku, tapi aku dah rasa lonely dari sekarang
(early preparation kata huda)
Kalau…
Tengah malam aku moody, siapa nak belikan aku milo kotak
Kalau..
Motor aku jatuh, malas & tak larat nak angkat, siapa nak tolong angkat kan selepas aku tingalkan motor tu begitu sajer? .:hukkk:.
Kalau..
Aku marah & tension, aku nak membebel kat saper
Kalau..
Aku takut, takut sangat..sangat takut…siapa nak datang segera & temankan aku lagi..
(Tiba2 aku jadi takut, berada di sekeliling org yg aku tak kenal..)
Camtu ke perasaan ko dulu watie haa?
Leh tak ko temankan aku 13, 14, 15, 16, 17 & 18 april ne?
Seminggu jer.. annual leave ko banyak lagi kan? Please..
Ne sem last kat MMU & aku sangat tertekan
Berikut adalah perkara2 yg menekan aku :
1) Markah mid term aku rendah, sangat rendah..Tak pernah aku dapat serendah itu..Itu la yg paling rendah, paling bangang aku pernah dapat..Isk, lepas ke aku sem ne?
2)Abah aku asyik suruh call mak. Aku malas nak cakap dengan mak, nanti dia slow talk ngan aku.Dia asyik cakap nak ‘bercakap ngan aku’ (Ihih..cam siri bercakap ngan jin)..If she really wants to, dia dah buat tu semua selama 23 tahun yang lepas.Bukan sekarang.. bila aku dah terasa hati.
3)Aku tak tau nak pilih bintang yang maner..ada banyak atas langit. Tapi bila aku tengok pada setiap malam yang berlainan, aku terlupa bintang yg aku pilih semalam!
4)Aku lapar…ada sapa sapa nak bawak aku gi makan?



