Archive for April, 2005
aku dengar..seorg kawan menyanyi
“ibu ayam dikejar musang..
anak ayam mencari cari
ibu ayam berlari..terus lari..
dan dikejar musang
anak ayam mencari..terus cari..
mencari ibunya… ”
buat pertama kali dlm hidup aku dengar lagu tu..
kawan2 kata, itu lagu lama, derang dengar masa kecil
(wonder why, aku xpernah dgr pun lg tu..)
padahal masa kecil aku mesti la sezaman dgn mereka kecil!
simbolik kan lagu tu?
ibu ayam tu…mcm sesorg yg aku kenal
anak ayam tu…aku la…
hari hari nak makan, nak gi kelas(ank aym xgi kelas la..), nak buat programming, nak format laptop, nak itu nak ini bergantung ngan ibu ayam
sampai suatu masa, ibu ayam ada hal dn masalah dia sendiri
anak ayam (masih ialah aku), mencari cari…ibu ayam
bukan ibu aym xnk tolong, tapi ibu aym pun ada hal lain yg lebih penting (keluarga, masa depan, kerjaya..)
bkn maksudnya ank aym xpenting, cuma mungkin dah smpai masanya
anak ayam bertukar menjadi ayam dewasa (aa..melampau la terus jadi ibu ayam kan?)
cari makan sendiri, cari tempat tidur sendirik…(sumer aktbt2 ayam la..)
aku la anak ayam tu
aku la yg akan jd ayam dewasa tu
pd ibu ayam(klau laki, tk best pulak tukar bapa ayam kan?), |ARIGATO GOZAIMAS TA..|
anak ayam ini akan membesar
dan menempuhi hidup sendiri
.:GANBATE…GANBATE:.
Sekian, entry mengenai ayam…
seawal pagi ialah permulaan hari aku (hiks, ada org yg mulakn hari dgn tengahari = cam ms aku studen)
aku berusaha utk berubah..dan oleh sbb itu..
kalau ada insan yg cuba merosakkn mood pg aku
dia adalah ****** **** *** (ntah,aku buh je asterisk tu..sbb org salu guna masa mencarut!)
.:TENSIONN:.
berikut adalah rentetan peristiwa yg berlaku semasa aku tgh semak (check tau, bukan semak yg rimbunan pokok tu..) kerja2 smlm yg belum siap….
(selingan = xreti buat smlm, harine mesti reti .:NYIT NYIT:.)
smpai2 je dia kt opis, dia (hanya skdr rkn sejwtn) senyum2 tunjuk baju dia
“aa..nape ngan baju ko?”
dia tanak jawab tapi still tunjuk2 baju dia (awak takde suara ke?)
“ooo..sama warna (dia nk ckp baju dia sepadan ngan aku kot)? dah baju kemeja memangla warna standard putih, cream, hitam, biru…lainla baju kurung!” jawabku mula tension sbb diganggu hanya utk perkara remeh..
lepas letak jacket, dia tegur aku “ko dah siap dh kejer ko smlm?”
“belum..” malasnyer aku nk jawab
“bila dateline?” soalnya lagi, caring…
“ntah, tatau..” jawabku,knp la bagi aku soalan subjektif pepagi ne? objective kan senang..A = utk ntah, B = utk malas nak bercakap la, C = knp bckp dgn aku? gi la tegur org lain, D = tk paham bahsa melayu ek?a..krg2 bila bahasa tamil jadi bahasa perantaraan kt skolah, aku ckp tamil ngan ko ek!
“tu la, asyik YM jer..mana nak siap kejer..hikk hik ” gelaknyer manja
“SUKATI AA…” hangin hangin |OKSIGEN…OKSIGEN…|
lepas tegur aku, dia tegur org lain lak
“eh, lepas software engine baru masuk, sue pindah sebilik ngan aku la kan?”
teman perbualan dia menjawab “aa..korang jangan berkhalwat lak” dia cuba buat lawak, tapi aku tak gelak pun!
tapi takper..percubaan dia masih boleh diterima, sbb lepas aku diam dia pun diam (maybe dia pun sama,xsuka ckp pepagi .:HIKSS:.)
yg dia (refer watak di atas ne) menambah nambahkan cerita
“aa,takpe,tingkap mmg dh tutup kan?pastu pintu pun nanti aku tutup” aaa..abis lawak la? ko rasa bahagia ek?
aku “EK ELEE…” merenguss…
xhabis lagi menensionkan aku, dia duduk kat tempat dia…
dari tempat dia, dia melaung kuat “kaki ko sakit lagi ke?”
“aa..MENDER??” laungku (kuat jugak la suara aku jika dibandingkn masa ujian lisan bm)
“ye la..smalam kan ko nyer status sakit kaki…hik hik hik” gelak? dia gelak??
“SUKATI la…SAKIT KAKI KE…SAKIT HATI KE…”
bayangkan tuan tuan dan puan puan
dalam masa kurang dari 15 minit, dia dah rosakkan mood pagi aku!
Mood yg susah payah aku kumpul
susah payah aku buat serapan pagi, dan masih happy
susah payah aku mengharung traffic jam, tapi masih mampu tersenyum
semua susah payah aku tu…
dileburkan dalam masa KURANG DARI 15 MINIT!
DEVIL!! DEVIL!! NATES!!!
mesti cikgu disiplin aku tak sangka, seorg pelajar yg tidak bdisiplin
* selalu tido masa cigu mengajar kat depan dan murid2 lain menumpukan sepunuh perhatian
* selalu tido masa waktu org lain jemaah kat surau
* masih tido masa pelajar lain dah menuju kelas prep…
* pun tak bangun2 masa org lain siap2 gosok gigi sblum tido
akan menjadi seorang aku..seorang yang
* tido seawal kol 10
* bangun seawal 630 pg setiap hari
* bersiap2 ke kerja tanpa bersungut
aku bukan morning person, tp aku tetap kena bangun pagi
sebab masuk pejabat pagi..
mana da badan swasta bukak malam kan?
tapi itu dulu….dulu..masa aku tak suka bangun pagi
tp skang lain, skang aku suker…
suker bangun pagi dan masak serapan….:suker:.
suker iron baju setiap pagi
suka basuh rambut dan kemudian keringkan (mmbazir letrik jer, dah basahkn kendian kena keringkan kan?)
dulu
* selagi abby n huda belum bangun pagi, aku tanak bangun..
skrg
* aku bangun sebelum org lain bangun…\*-*/
smoga : aku tak sesat ke jalan nak gi bentong, pahang cam kelmarin..
bisikan di dalam hati : apesal aku cam tk reti menulis dah ne?
tak ada apa yg menarik dalam hidup aku skang ne..
sumernyer menolak..jer..
smalam parents aku dtg, ajak pusing pusing naik kereta
diorg dtg bawak aku gi makan secret recipee .:SUKER:.
lepas tu dpt msg suruh aku beli shopping baju kerja
aa..elaun belum masuk, mane leh beli baju lagi ~~
hik hik..this weekend la aku beli baju, seluar, kasut, hand bag, baju kurung, stokin..
miehehe..
harine aku sengaja..sengaja bangun lambat..
saja2 g opis lambat..tapi masih aku yg paling awal sampai .:NYEHE:.
sekonyong2 sampainya supobaiser aku, dia terus kasi tugasan
dia suruh aku buat kejer yg dia baru dapat dari bos (aku tau, sbb dia baru dpt faks)
sepanjang hari itula kejer aku…
testing sms sampai dalam berapa seconds
(aa,huda kalau msg awak salu pending tu maknanya bukan salah serbis provider tau..
saya dh testing abih laju da…)
testing msg tu guna hp supobaiser aku
dia pesan, guna utk taip msg je tau..jangan bukak lain!
ieei…mcm la aku nak sangat bukak! dia ne saje je menambahkan ketidaksukaan aku pada dia.
pastu dia tanya, reti guna nokia tak?
aku jawab “tak..”
“takpe la, nanti lama lama biasala..” eh…ni hp awak nokia sama model ngan saya!
sambil merujuk pada hp aku…
aku diam…diam… .:malasnya aku nak cakap ngan dia ne:.
kenapa ye, bila kita dah tak berapa suka org tu
kita susah nak suka…
bukan suka utk bercinta, tapi suka utk berkawan pun tak suka!
argh, apekebende aku cakap!



