ada byk benda aku nak tulis dalam blog ni
kenapa ye? maksud aku, kenapa kena tulis kat sine?
nape aku tak tulis dan simpan lam almari blok tengah aras 1?
(almari aku ada 3 blok,blok kiri dan kanan ada 2 aras dan blok tengah ada 3 aras..aras 1 utk benda2 penting cam pencil color dan drawing pad)
atau nape aku tak ukir je atas pasir, biar air laut datang dan memadam semua nya(termasuk la istana pasir sesape saje)
mungkin aku patut cuba, tulis semuanya atas habuk2 kat kipas rumah, dan bersihkannye melalui jadual berkala (SABTU-HARI KEMAS RUMAH)
seharian (semalam 20 JUN 2006) aku pk, kenapa?
aku cuba senaraikan…
* aku mahu memiliki, apa yg org lain ada.org lain ada kaktus, aku pon mau sebiji dua. dalam tv, heroin tu bela ikan emas, aku pun mau lima nam ekor.org lain ada sesuatu, dan aku pun mau rasa mempunyai sesuatu tu.
* aku suka benda yg interaktif. bila aku taip, dan ianya publish, aku rasa seronok..aku rasa teruja. POYO? aku tak kesah, dulik ape aku..dah memang aku suke.. |HIK HIKK|
* aku suke org suke bila org baca cerita happy, dia happy. aku suke bila org lain baca posting sedih, emosi mereka hanyut sekali. aku tak suke bila aku buat cerita sedih, org ketawa terbahak bahak dan sebaliknya. dan kalau itu berlaku, aku sepatutnya tutup saje blog ne.
* aku tak kisah kalau org yg aku tak suke baca blog ne, sebab nama pun internet |HIK HIK| cuma kalau kami berkongsi perasaan yg sama (perasaan tk suke pada aku pulak), silalah masuk selalu, mungkin dengan mengulang access blog ine, anda akan semakin suka pada saya |MIEHEE..| siapa tau kan?
Related posts:






