dalam life sesetengah org, saya cuma mau menjadi TELUR ASIN
kalau tiada tak menjejaskan apa apa, kalau ada, akan membuatkan makanan lebih sedap & berselera…
saya tak minta banyak, kan?
saya tak mau menjadi IKAN MASIN dalam kehidupan mereka, atau sesiapa saja
jika kering, baru cari IKAN MASIN utk digoreng, jika tidak, mereka sedap meratah ikan selar kuning, ikan uji rashid, ikan pari (sekadar menyebut beberapa nama)
saya mau jadi TELUR ASIN, lauk sampingan di tepi lauk lauk lain
ada gulai, ada ikan goreng, ada sambal belacan, dan saya TELUR ASIN!
saya tak mau jadi titik fokus utama, iaitu IKAN MASIN(hanya de satu lauk jer)
tp dalam hidup sesorg, saya mau jadi NASI
atau beras, mungkin bukan beras siam, beras cap GIANT sekalipun saya tak kisah
kalau dia rasa beras tak penting, saya mau jadi PESAWAH, atau traktor yg membajak sawah padi itu
saya mau jadi yg terpenting dalam hidup dia
setelah saya berjaya jadi sumber makanan ruji dia
say cuba menjadi sesuatu yg lain
kadang makan nasi putih
bila bosan nasi sedap dimasak goreng
atau sesekali di balut telur dipanggil PATAYA (ceh, panggil nasi balut telur kan senang!)
atau dihias cantik bersama ayam masak halia, atau ayam masak kunyit, atau ayam apa apa
asalkan ianya NASI (iaitu saya)
saya terlupa
terlupa menyediakan keadaan
bila…..
“awak, jom makan Burger King, KFC, Pizza Hut…..”
“JOMMMM….”saya senyum tanda gembira
“bosan la hari hari makan nasi”
HAH? BOSAN? NASI yg sebegitu penting pon boleh bosan?
memang hari hari makan nasi
tp dia tak sepatutnye melabelkan NASI sebagai BOSAN!
Related posts:



