Archive for October, 2005
Hello untuk semua
Ada byk saya mau cerita
Tiap kali nampak sesuatu, hati saya akan mendetik “ah, mau tulis di blog lah”
Tetapi bila berhadapan dengan internet
saya rasa gementar utk menaip
seperti di pejabat, saya bimpang (risau) Mr Tan mendapati (saya menaip blog semasa waktu pejabat)
dan berkata “saya potong gaji awok, seperti jualan potongan harga!”
Mr Tan, selalu berkata “saya bayar awak, sila bekerja dengan tekun”
TEKUN = datang pukul 8 walaupun masuk kerja kol 9
balik kol 10 malam, setiap hari
bekerja walaupun pada Public Holiday (Nuzul Quran)
datang ke pejabat dari Isnin sehingga Ahad
Selama 2 minggu ini, saya sangat letih kerana dibayar Mr Tan
sehingga setiap kali memandu di MRR2, saya akan pejamkan mata kerana mengantuk
Saya tinggal di kawasan Sg Buloh, melalui LDP pada pukul 7.30 pagi
Sampai di Bandar Sunway 8.45 pagi
9.30 perlu bersiap utk ke sekolah yg dimaksudkan
(saya tidak mau bercerita mengenai sekolah)
3 petang, kelas saya dibubarkan
Penat & tiada suara sehingga jika mau menelepon seseorang
Seolah2 mau menggunakan perkhidmatan 3G
di mana saya boleh menggunakan bahasa isyarat tangan
Saya ada dua pilihan, samada mau melalui Jalan Loke Yew
atau MRR2
Jika saya melalui Jalan Loke Yew, sy akan sampai di rumah, 2 jam dari waktu bertolak
Biarlah saya melalui MRR2 sahaja, sekalipun MRR2 memusing sehingga ke Gombak
Jika tersilap memilih jalan, saya boleh sampai ke Kota Keriangan GENTING
(bg siapa yg tidak fhm pasal jalan2 yg diceritakan, dengar saja di Era ‘traffic sesak dari Jln Loke Yew ke Jln Maharajalela’)
saya yg kecil ini suda janji akan menyeritakan(cerita) apa apa yg tertinggal sepanjang 2 bulan yg sudah,kan?
entry ini mungkin panjang
jika mengantuk, boleh close dulu
esok buka balik yer
saya habish industrial training pada 12 ogos sepatutnya
tetapi semasa petang 11 ogos, HR mengisytiharkn
“sy selaku pemegang mohor besar company, setelah melantik diri sendiri, memberitau sumer rakyat jelata bahawa ESOK CUTI JEREBU.yuhu!”
kemudian sy cuba memeseji HR di YM
saya : elo, elo..
HR : ye cik sue,awak jgn la risau.esok cuti berbayar,bos kasi.takde de potong elaun awok
saya : erk..sy bukan nak tanye itu. apa pun, time kasih atas info yg diberi.bye
(eh,mcm selalu potong elaun saye jer?)
(sebenarnya saya mau beritau,kalau esok cuti,harini la hari terakhir saya di sini)
(kalu nak buat majlis makan2 ker,sempat lagi nak arrange)
bisik hati saya
dan bila kaki sy melangkah meninggalkan pintu Two-p Technology
sy babai sume org seperti tiada apa apa event penting
babai seperti esok masik boleh jumpa
babai to kak suzy, to uji,to hairil, to en adlan, to rusydi, to all, all of two-p staffs
sy tak suka berpisah
sy tak suka ditinggalkan
tp dlm situasi ini, saya yg akan meninggalkan, jadi sy tk perlu mainkan watak sedih,kan?
tetapi..semakin meningkat usia, saya semakin tidak suka diraikan
samada peraian hari lahir
lebih2 lagi peraian majlis perpisahan
lalu pada 12 ogos saya hanya duduk dirumah diam diam
rakyat jelata (wording favret samyvellu) tida digalakkan keluar ruma, di luar sana sangat JELEBU
jarak pandangan menjadi kurang (ah,lupe la ayat yg digunakan dalam paper+berita)
13 ogos saya ke kampung bharu bersama teman
pertama kali ke kg bharu, menghadiri temuduga
jawatan di pohon ‘sales exec’
hanya perlu bercakap cakap
kemudian, diterima utk bekerja, “sila hadiri training pada 16 ogos,selasa”
WAHA..apa yg menarik dengan 16 ogos?
itu adalah hari lahir saya yg ke 23
sy tidak kisahkan basic salary maupun job scope
sy cuma mau berada di Bumi Auto
sy cuma mau mengisi masa senggang sebelum kembali ke kampus
siapa kisah apa yg saya mau
sy mesej teman2 terhampir, mereka kata maybe its a good sign for me
first day job on birth day
semasa hadiri training, hati saya berbelah belah
macam buluh yg retak (boleh imagine?)
samada mau teruskan, atau pulang ke perak menemani ibu bapa
menghantar ibu ke tempat kerjanya
dan menemani bapa di pejabatnya yg sejuk?
saya kata..stay saja di sini menimba pengalaman
liyana(teman di Bumi Auto) sering mengajak saya menghadiri temuduga lain
tp sy menolak dengan alasan ‘belum ada kekuatan diri’
entah logik entahkan tidak
1 september, saya di promote as assistant HR exec
melakukan kerja pejabat
memdesign banner, flyers & website
membaiki komuter (komputer)
mengincharge moto advertisement dan pelbagai lagi
sangat sibuk seperti lebah
tetapi tidak ramping2 seperti ratu lebah
(ah, ratu lebah ramping ker?)
setelah berhempas pulas
sehingga satu ketika, saya berasa penat
dan pada 6 october, saya menghantar resignation letter
sy pun tidak tau apa planning sy seterusnya
sy cuma rasa penat seperti bekerja di KFC dulu
sy tulis ‘mau menyambung pelajaran di melaka’
ada sedikit, ada banyak sebenarnya pengalaman yg sy dapat
urusan jual beli kereta, urusan loan, urusan pendaftaran syarikat
urusan e-perolehan dan pelbagai urusan(bukan kurusan yer) lain
pun sy tidak mengucapkan sayonara pada semua
sy tinggalkan nota pada kak zura “saya suka tulisan bulat2 akak, saya tak suka suami akak buat akak macamtu”
*buat macamana adalah rahsia ..SyyyHhh..
nota utk kak zila “akak jangan lupe bawak skirt akak lagi yer.”
*kak zila sangat sempoi, pegi keje pakai short. mini skirt bawa dalam beg. satu hari dia tertinggal skirt di ruma. suasana opis sangat comel dengan ke’ada’an kak zila
nota utk kak lina “akak, raye nanti sue nak datang ruma akak. lagi satu,sue suka makan masakan akak.Nyum nyum”
*kak lina selalu memasak. cekodok yg dimasaknya lebih sedap dari pizza hut.
mungkin kerana di masak dengan kasih sayang (pada saya?)
nota utk kak suhaila “tenkiu akak, cepat2 dpt bb ye pengantin baru”
*kak suhaila adalah pengantin baru berkahwin
nota utk sani “jgn lupe bank in kan gaji bulan ini saya ye” (sempat lagi tuh)
*sani adalah account exec yg sangat strict
pada 7 oct, saya pulang ke kampung
berbuka puasa di rumah
sampai sg siput di tengah malam
lantas terus menidurkan diri
esok bangun pagi pagi sabtu menemani ibu berjalan jalan
survey baju,survey cincin utk majlis selepas raya
setiap kali masuk kedai, adik kedai yg manis akan bertanya “akak, cari ape?”
saya “ada kerusi tak dik, akak lenguh laaa”
adik manis akan terpinga pinga,kerana kedainya adalah kedai baju
mengapa mau beli kerusi?
sebenarnya itu adalah tanda tanda saya mau demam (sy tidak mau demam, tp terpaksa )
lantas mengajak ibu pulang ke rumah kerana tidak sihat
petang hari bapa bawa ke klinik tweedie
doc : it’s just a slightly fever
sy : r u sure? because i’ve been fever from last week
doc : i’m so sure, that’s y i’m a doc
sy : (aha…patutla aku tk jadi doc)
doc : u want medicine or injection?
sy : aa..medicine
doc : i know u will say like that..hihi
sy : aa..(dahle pandai mengubati,pandai meneka pulak tu..)
hari ahad sy pulang ke kampung bersama ibu bapa
berjumpa syafiq (syafiq ialah kawan baik arwah adik saya)
bapanya baru saja meninggal dunia bulan may tempohari
lalu, bapa saya membawa dia menziarahi kubur bapanya
semasa dalam kereta di detipan rumahnya, saya terpinga2..
“eh kate syafiq nak gi kubur, mane syafiqnye?”
kemudian kelihatan seorg budak lelaki yg kurus menuju ke arah kereta
“eh, ni sape pulak ni. sedare dia agaknye”
rupa rupanya, setelah dipendekkan cerita
budak lelaki kurus itu adalah syafiq yg tembam montel yg sy kenal
dan rupa2nya juga sudah hampir 3 tahun saya tidak bertemu dengan beliau
patutlah lain benar rupanya
sekarang dia sudah tingkatan 3, dan sdg PMR
jika arwah adik masih hidup, dia akan sebaya syafiq
baru tingkatan 3 sudah tiada bapa
adiknya, fatihah baru darjah 3 dan qayyum baru 3 tahun
qayyum baru pandai bercakap, sekali sekala bertanya pada mamanya
“mana ayah ni tak balik2 ye ma..lama betul dia kerja”
dalam dunia ni ada macam2 dugaan Tuhan beri
setiap org ada bahagian masing2
dan bahagian itu, memang mampu ditanggung oleh org itu
AL-FATIHAH..buat mereka yg pergi dulu sebelum kita
dalam keadaan demam2, saya berada sepanjang hari dalam kereta
rasa macam mau mati(bukan mau, tp itulah perbandingan rasanya)
bapa beli KFC pun dipandang sepi
malam ahad saya bertolak balik ke KL
perlu pulang malam itu juge kerana teman2 yg lain punya hal masing2 pada esok hari
hari isnin, saya ke Jalan TAR bersama kak yong
mencari persalinan
semua persalinan nampak serupa pada saya
(org demam di bawa berjalan, memang tiada nafsu pada kebendaan)
saya beli 100plus minum di tangga SEMUA HOUSE
ini adalah bulan puasa, tp saya tidak puasa kerana demam + hal wanita
tp sekurang2nya saya menghormati mereka, tidak selamba selamba minum sambil memilih tudung,kan?
kemudian ke Habib Jewels
seorg pekerjanya menegur “isk, baru pukul 5 dah buka puasa ke kak..sedapnye air tu”
saya hanya cuba mengukir senyuman paling manis yg saya pernah ada
badan saya mula ditumbuhi rashes (ruam2 pink)
saya mau ke hkl, tetapi ada banyak jabatan di dalamnya
patologi, refleksogi,geunokologi..
saya hanya PESAKIT LUAR
oleh kerana tidak jumpa jabatan pesakit luar, saya terus pulang ke rumah
dan pergi klinik idzham sahaja
doc : bla..bla..rashes..fever…dengue..blood test..hosp
sy : ok
dan selepas haritu, selama beberapa hari darah saya di ambil utk pemeriksaan
itu bukan point saya
yg sy mau jelaskan pada semua org ialah
DARAH SAYA IALAH AB+
saya ialah penerima universal
siapa2, jika saya sakit, derma lah darah pada saya ya!
ok ok, saya selitkan sedikit info
denggi ialah virus
jika anda mengidap denggi, platlet dalam darah anda ialah kurang dari 150 ribu
jika platlet anda kurang 100, anda perlu dihospitalizekan
jika platlet anda kurang 50, itu adalah serius, anda perlu masuk hospital selayang
dan platlet saya ialah 144
maksudnya saya tidak perlu dihospitalizekan
mujur, kerana saya tidak suka hospital
bau, makanan, toilet,hantu yg digembar gemburkan, cadar, uniform pesakit
semuanya
jika saya bersalin, hanya panggil bidan bersalin di rumah
(hihih..bersalin kulit)
sy tidak dapat imagine bekerja di hospital seperti fazlizatul huda
maafkan saya huda, tidak dapat melawat awak di tempat awak bekerja
setelah seminggu berehat, minum air masak banyak2
saya rasa saya semakin sehat
hari isnin saya dapat emel forward dari huda mengenai kerja di bandar sunway
sebagai tutor it
lantas saya terus pergi interview
setelah diterima, saya harus menghadiri training selama seminggu
esok (ahad) ialah hari terakhir training saya
mulai hari isnin depan saya akan mula mengajar di SMK Pandan Mewah
semoga segalanya berjalan lancar
saya akan sambung entry ini lagi, lain kali
terima kasih kerana membaca sehingga the end
sya tanya “sue bahagia tak?”
sue (aku a itu) “sue neutral, bahagia tak, sedih tak”
sya “ha?”
sue “sue neutral sampai kalau letak kertas pH pun takkan merubah kaler kertas itu”
sya lagi “sue, jangan neutral saje, hidup kena ada pasang surut, baru meriah”
sue berfikir “ho…….”
(maafkan saya,lama masa di ambil utk berfikir..CHOWZ)
Hari ini 17 Oktober (ya,saya tau!)
Entry terakhir saya pada 18 Ogos (saya tau!)
Jarak selang masa setiap satu entry saya ialah 2 BULAN!
(ha, setelah lama tidak mem’blog’, hanya mau bagitau itu saja?)
tidak, sebenarnya saya mau tulis panjang2
semua kronologi ada dalam diary tulisan tangan berbunga2 saya
cuma belum sempat utk di ‘convert’ kan kepada tulisan standard di kaca monitor
sekarang ini pukul 10.30 pagi
saya belum mandi (saya jujur!)
sebentar lagi, saya akan pergi interviu di EDUBOX TRAINING
jika penemuduga(mr tan) itu suka pada saya
saya akan beritau sume org, yg saya dapat kerja itu
jika saya berselisih faham dengan dia(mr tan juga), saya akan diam diam dan buat lupa
peristiwa hari ini, harap tiada yg bertanya ya?
semalam saya ke jalan TAR
saya bergaduh dengan 2 org penjual tudung (kedai yg berlainan)
agaknya chemistry saya & gadis penjual tudung tidak serasi digandingkan bersama
KISAH GADIS TUDUNG 1
saya : dik, akak beli tudung warna tak matching la dik. nak tukar kaler lain
adik : takleh tukar kak, peraturan kedai ni takleh tukar
saya : eh, takkan akak nak pakai baju kaler lain, tudung kale lain dik?
adik : ntahla kak, peraturan ialah peraturan kak
saya : mana? takde tampal pun peraturan?
adik : memang tak tampal, tapi peraturan kedai kak
saya : bos adik mane?
adik : bos takde kak, tapi dia pun takleh tukar tudung ni, sebab peraturan
saya : eh, dia bos, kedai dia, mestila dia boley buat apa apa kan
(adik lain nyampuk)
adik lain : akak gi kedai mane mane pun same peraturan, takleh tukar
saya : boleh tak jangan sebut pasal kedai lain? tudung ni saye beli kat kedai ni, takkan saya nak tukar kat kedai lain?
adik lain : ye la, saya bagi contoh peraturan jer
saya : time kasih atas contoh yg diberi
(saya bersuara kepada semua pembeli lain yg ade di kedai itu)
“SEMUA ORG,JANGAN BELI BARANG DALAM KEDAI NI. TAKLEH TUKAR KALAU TERSALAH PILIH KALER, PERATURAN BARU..”
(kemudian berlalu keluar kedai)
Erk, babak terakhir tu saya terfikir masa di rumah.
Kenapa saya tak buat macam tu di masa dan keadaan itu?
KISAH KAKAK TUDUNG 2
saya : kak, nak anak tudung kaler pink (ni tudung lain lak)
akak : takde jual anak tudung
saya : ha? yg kat depan ni ape?
akak : oo..itu serkup
saya : ape ape je la, janji letak kat kepala. (sambil memadankan anak tudung dengan selendang yg baru di beli)
(ah, biarla, anak tudung dengan selendang. nak cakap anak selendang, lagi akak tu tk paham)
akak : ni kena lipat macam ni ni, selendang ni (sambil melipat selendang itu di kepala saya)
saya : erk, takpe, saya buat sendiri
akak : lilit belakang tu, nanti jarang
saya sedang berbual2 dengan kawan, berbincang mengenai cara pemakaian selendang itu
akak yg sama lagi : lilit la..nanti nampak rambut..
saya tiba tiba berasa hangin
saya : saya nak beli anak tudung je kak, selendang ni nanti saya lilit masa saya nak pakai. takkan saya nak lilit skrg, dengan tudung yg dah siap pakai ni lagi. takkan nak lilit siap siap bubuh keronsang?
kakak diam.
saya bersalah la pulak..
selepas membayar harga anak tudung, saya pun blah.
KAN? saya tidak mesra terhadap penjual tudung
maafkn saya, penjual tudung..
(ENTRY INI KHAS UTK SEMUA PENJUAL TUDUNG DI MALAYSIA)



