aku suka menulis
walau tulisan aku buruk, aku tk pernah menyalahkn pen atau meja yg tidak rata
atau cikgu subjek tulisan masa darjah rendah
walau entah apa apa yg aku tulis
itu mungkin sebab aku bukan penulis ilmiah
yang menulis buku teks sebagai bahan rujukan universiti
pun aku bukan jutawan muda sudahla jutawan,menjual buku petua pula utk menjadi lebih jutawan dari sedia ada
malam ni rasa sejuk
darah rasa manis?
kenapa orang kata darah manis
setakat ni semuanya berjalan dengan situasi ok
OK = masih terus berjalan, walau kadang2 tersadung, bangkit balik kesat2 lutut dan teruskan perjalanan
kalau penat,rehat sekejap bawah pokok
fikir, pandang, renung..dah jauh rupanya jalan yg ditinggalkan
dah sayup sayup dah pun
hampir ditutup semak macam kawasan kampung yg JKKKnye busy buat kuih raya berbanding memikirkn soal kecantikan kg
pandang depan, memang masih samar-samar
ada nampak sikit cahaya
mungkin itu adalah lampu lip lap yg meriah dipasang di tiang (sepanjang malam)
atau mungkin juga cahaya itu cuma cahaya lighter yg dipasang buat menyalakan rokok(sebentar shj)
walau apa pun kemungkinansaya masih akan terus menuju ke depan
berhenti kisah darah manis
kawan saya kata saya ego
cousin saya kata saya tidak boleh ditegur
jadi jika saya ego dan tidak boleh ditegur (semua sikap2 buruk)
kenapa ego & tegur saya?(eh,boleh ke buat ayat camtu, bantai la)
saya heran, takkan la semua kesalahan nak diletak di bahu saya
salah saya ke, kalau saya tak comel masa kecil
salah saya ke, kalau kecomelan saya tak mampu membahagiakan ibu saya
pun salah saya juga ke, kalau dia mencari kebahagiaan yg dia mau
pun masih mau ditunjal tunjal ke dahi saya, bila saya tidak mau memikirkan masa silam(walau saya berpura pura tidak berfikir, saya teringat juga sebenarnya)
besar sangat kah kesalahan ada degree sambil tidak mempedulikan org yg tidak pedulikan saya
adakah lebih sopan bunyinya jika suraya,lepasan spm bekerja kilang tidak mempedulikan sesiapa yg berada di sekelilingnya
kalau semua salah saya, org lain tak pernah salah?
semua org kena bertanggungjawab atas apa yg mereka dah buat
jadi, 20 tahun lepas, ibu saya tentu dah fikirkan yg perkara ini akan berlaku
apa yg dia harapkan dari saya
budak 3 tahun yg ditinggalkan dengan bapa ditinggalkan dengan harapan, bila budak ini sudah dewasa
dia akan membesar dengan cemerlang,gemilang & terbilang sama seperti budak dari keluarga yg sempurna
dengan harapan, jika si comot ini sudah besar,dia akan mencarinya dan bersama sama membina keluarga bahagia
heh, sama macam dalam novel, kan
saya cemerlang, telah mencari, dan berjumpa dengan beliau
tapi bersama sama membina keluarga bahagia itu saya tak mampu
sebab saya tak mahu
watie kata, perkara lepas biarkan lepas
kerana saya lepaskan perkara lepas
lalu saya tak pedulikan sesiapa
jika saya tak lepaskan perkara lepas
keadaan akan jadi lebih buruk (banyak kan guna ayat lepas, mcm pantun 4 kerat pula)
saya tidak pernah maukan satu dunia faham perasaan saya
saya cuma mau, satu dunia tidak hiraukan saya
buat saya macam saya tidak ujud
berpura pura apa yg saya buat semuanya OK saja
tidak perlu hantar offline msg di YM menasihati saya tentang relationships, atau tentang hubungan sesama insan
atau apa apa mengenai kebahagian hakiki
emosi saya OK
ia akan jadi KO kalau ada org cuba salah kan saya
atau cuba ajar sayadengan intro begini “aku bukan apa, aku nak ingatkan ko jer.sampai hati ko tak jemput mak ko.sorry la kalau terasa”
kalau tak tahu hujung pangkal, jangan cuba menduga apa yg di tengah2
saya mungkin busuk, tak comel, banyak jerawat, kejam dan semua yg buruk
tapi saya tetap jemput ibu saya ke majlis saya
2 bulan sebelum majlis lagi, saya dah beritau “jemputla datang majlis pertunangan saya”
(ketika itu tarikh & dengan siapa belum ditentukan)
jawapan ibu”tengoklah dulu”
(tak mungkin saya perlu merengek2 macam sumaiyah,budak 2 thn bila dia tak dapat chocolate yg dia maukan)
pun seminggu sebelum, saya dah jemput lagi “datang la” (selepas tau tarikh & dengan siapa)ibu”tak pergi kut sebab suami ibu bekerja”
terang, jelas, tak perlu guna torchlight
anak dan suami, suami adalah priority
jika suami perlu bekerja, tempat isteri adalah di sisi suami
(pun, perlukah saya sebagai anak meminta dari jin dlm teko,minta ditukarkan jadi sang suami. supaya beliau di sisi saya semasa majlis)
itu ke yg saya perlu buat?
saya cuma boleh cakap
dia tidak mahu berada di dalam majlis saya
mungkin dia merasakan segan atau tidak reti memulakan tajuk perbualan
pun dia pasti ada alasan sendiri kan
kita tidak boleh paksa dia
memang saya EMO
majlis sudahpun 2 minggu berlalu
PUN ITU MASIH SALAH SAYA?
majlis bertunang tiada kad jemputan
mahupun limousine yg menjemput tetamu istimewa dari rumah
siapa saja boleh datang
tp jika org tidak dapat datang, SAYA TIDAK MAU MEMIKIRKAN PERASAAN
fine, saya memang bukan gadis comel yg lemah lembut dan sopan
titik.
sejarah tak boleh diubah, tp boleh dijadikan panduan.
MORAL : jgn tinggalkan anak anda yg berumur 3 thn seorg diri, kerana dia akan membesar sbgai seorg yg busuk seperti saya bukan sebagai gadis cantik seperti impian anda.
Related posts:
- …
- …
- …
- …
- transformasi



