Archive for April, 2006
ha, setiap hari adalah hari yg memenatkan
bukan, bukan penat stayback
(saya bukan wanita stayback – kerana saya wanita keluarga bahagia)
saya penat terkejar kejar dateline
harini sepanjang hari saya ada UAT Training briefing di depan manager Bank Niaga
bercakap-senyum simpul-teguk air suam-senyum balik
dan sepatutnya Syariah department menyerahkan user requirement yg sudah ditanda tangani
tetapi kerana kebizian Syariah Manager, maka mereka belum hatta menyentuh/menyemak documentation itu!
sedangkan saya amat membutuhkan(translate: memerlukan) documentation itu!
kerana itu ialah ‘gaji’ saya
(baca : setelah user requirement ditandatangi,customer perlu membayar 30% drpd harga system)
jadi, jika mereka melewat-lewatkan penandatanganian(apenye bahasa da) itu
secara tidak sadar, mereka itu menyiksa account bank dan kehidupan peribadi saya
(mereka bayar pada company-company bayar gaji saya-saya bayar sewa rumah)
cam kitaran semulajadi
pagi pagi supervisor(SV) saya telah mematikan mood saya
SV : im afraid we have to come back to jakarta this sunday
me : haaa……
(sampai kl on jumaat-basuh baju on sabtu-naik flite balik on ahad?)
harini pun saya belajar banyak bahasa baru
“iya…..jadi system itu perlu berfungsionallll” (translate : berfungsi)
“ahhhh..itu gampang saja, mengapain dibikin susah” (translate :gampang=senang)
ketik ‘jawaban’ kirim ke 72722 (translate : ketik = type)
tengahari makan masakan padang
masakan padang itu sama seperti makan lauk campur di malaisia
cumanya, semua makanan itu dilambak depan mata
(aa..melampau la lambak, disusun dalam pinggan eloks2 la)
kita bayar apa yg kita makan dan sentuh saja
makan sampai takleh bangun, 5 org makan, RP150 ribu = RM 75
makan sayur pucuk ubi, ikan masak lemak,kari kambing, sup buntut(translate:sup ekor)
kenyang makcikk…
Pak Adi (bukan nama sebenar) ialah senior manager
kaya raya (pastinya, gaji SM lebih USD4ribu=RM12 ribu++), tapi sangat save(jimat banget)!
pagi hari membawa bekal roti, membawa beg body glove sandang belakang menaiki bas pergi bekerja
*selalunya dia berjalan kaki dari rumah ke ofisnya di Sudirman(nama tempat)
tp oleh kerana meeting ini berlangsung di Bintaro, maka dia menaiki bas, hanya RP5 ribu=RM2.50
berbanding menaiki teksi RP30ribu =RM 15 (jimat RM12.50!)
hah, rumahnya mempunyai 10 bilik!
(can u imagine it, berapa besar rumah yg mempunyai 10 bilik?)
bersembang sembang
PA (pak adi) : usually in Indonesia,we have minima 3 servant.One for baby sitter, and two for housechores
(kami berbahasa indglish(indonesia-english) & manglish(u no what)karena, saya tidak bisa fahami jika bahasa indonesia)
saya : woo…average people like us, usually can only support maximum 2 maid in one time(like in sembilu kasih kan?mak jah n sape ke name maid muda tu).because of the cost of having maid is too high.we have to spend at least RM5k to get the maid from the agency,then pay RM500 permonth for their salary.
PA : here in indonesia, maid salary is only RP300 juta = RM150.
saya : owh, if only i can get maid with only RM150 permonth.
PA : that’s why indonesian rather go to M’sia for working
saya : iya…………(sambil menyuap makanan)
moral of the story : jika selepas ini saya menggantikan ‘ha’ah’ kepada ‘iyaaaaaaa…’, jangan terperanjat ya..hiks..
PR(pak ricky) : jika fresh graduate itu berapa ya basic salary di malaisia?
saya : hemph..RM1800 = RP4 juta ++
PR : jika di sini, selama setahun pertama, fresh grad gajinya RP120000=RM600
saya : haaaa?? (meloponggg)
PR : tp tidak lama, setelah setahun,naik jadi RP3juta = RM1200
saya : haaaa?? (melopongg lagi)
PR : iya….kerana mereka itu enggak tau apa apa
SV saya : yesss..that’s the problem we’re having right now
saya : why r u smiling? n whats the purpose of u saying that?
SV saya : *devilish smile*
saya : iskk…he’s an evil (my SV!)
malam hari, berjalan jalan sama nadia n my SV di Chitos
(Chilandak Times Square)
makan aiskrim,minum lime squash
dan sekarang, berada di bilik hotel
mengupdate blog (tidak mau bertangguh lagi)
o ye, project development saya hav been postponed for a week
dengan kata lainnya, saya tidak perlu berada di jakarta pada ahad ini
dan, saya bisa berehat di kuala lumpur
menyedut udara tempat lahir
ya ya, hujan emas di tempat org, saya rela hujan batu berketul ketul bersama sama insan-insan yg tersayang di M’sia
saya mau pulang…
ps : Bank Niaga offer SV saya bekerja bersama mereka (salary USD3k = RM10k++). if only Bank Niaga offer saya…i would say……. (let me keep the answer by myself..)
Sesungguhnya bertangguh itu akan membuatkan kerja semakin banyak
Contohnya masa Alam & Manusia darjah 4 Biru
Kena lukis bendera 14 negeri, satu hari satu negeri, hari ke 15 kena hantar utk cikgu semak
(ah,cikgu pun malas nak nenok bendera yg sama berulang2 sebanyak 40kali dan sign,’disemak oleh’-kalau ada 40 murid)
Kalau bertangguh, dan hari ke 14 baru nak lukis semua bendera negeri dlm M’sia
Mesti muntah hijau, silap silap bendera Jepun pun termasuk sekali
(ha,senang sikit,bulatan merah di tengah jer!)
Contoh yg lebih realistik, update blog
Saya tangguh dari hari ke hari
Sehingga hari ini…tapi berbeza dengan kisah bendera
Tiada siapa akan menyemak blog saya
Pun masih banyak yg tertangguh
(pensan la saya utk mengingati semua yg dikumpul sekian lama)
Saya cerita, mengapa berubah alamat rumah ya!
Kerana setiap kali saya mau posting entry, keluar mesej seperti ini
This blog has been locked by Blogger’s spam-prevention robots. You will not be able to publish your posts, but you will be able to save them as drafts.
Save your post as a draft or click here for more about what’s going on and how to get your blog unlocked.
Jadi, saya terpaksa memindahkan entry2 lama ke blog baru
Touch up sikit-sikit, jadilah hasil sebegini ropa
Blogspot sekarang tidak boleh diekjas tarikh & masa
Oleh itu, tarikhnya agak kurang betul (ah,takde kurang2,memang tak betul!)
Saya ringkaskan, saya berada seminggu di Jakarta
Bagi menyelesaikan sign off user requirement utk Bank Niaga Project
Pagi hari, agenda saya bermula seperti biasa
Bersiap siap seawal 630am utk ke Bank Niaga Bintaro
(Jakarta beroperasi 8am-5pm)
Sepatutnya hari ini, saya mempunyai presentation bersama Syariah Department
Tapi oleh kerana boss Syariah mempunyai training lain selama seminggu ini
Maka jam 11am saya sudah pulang ke hotel utk bersenang senang
Dan tidur tengahari!
Hiks..mengapa tidur tengahari? Kerana malam hari saya harus menyelesaikan documentation utk di sign off (maka ..ngantuks..)
Bangun tidur, saya bersiap siap utk shopping
Mau ke Pasaraya Grande di Blok M
Saya menaiki teksi
Ya, boleh juga menaiki bas, tapi saya tidak mau ah ding dong
Biasanya di dalam teksi saya akan berbual dengan pemandu teksi
(aa,dalam teksi,takkan la pemandu bas pula kan)
Dan selalunya, pemandu yg peramah amat menyenangkan
(ya,ya, kitakan serumpun)
Tapi hari ini, pemandu itu, banyak membuat lawak yg tidak sesuai di kala customer sedang penin penin
Contohnya begini : Pemandu sebagai P, Saya sebagai cutie tau (hiks)
P : jika di malaysia itu, mbak itu apa?makcik kah?
cutie (saya) : mbak itu cik/kakak, mas itu encik/abang
<--siap senyum!
P : mas itu bukan abg…
cutie : hah!salah ya.teman saya bilang mas itu abang
P : mas itu GOLD..hahaha (gelak eh, bajet lawak la??)
Ceh..ntahape hape je
ada lagi,
P : mbak tau enggak apa nama jalan ini?
cutie : tahu, Fatmawati bukan?
P: tahu itu sedap dimakan..hahah
(aduih, jarang saya terdiam sambil mulut melopong melihat org gelak)
bila sudah sampai tempat yg dituju
(tambangnya RP20 ribu = RM10)
saya beri RP50 ribu, jadi sepatutnya dia pulangkan RP30=RM15
P : mbak, ada RP20 ribu saja, bisa enggak?
cutie : hah, pegi la tukar duit dulu
(sebenarnya saya bukan kedekut sangat, dan saya juga bukanlah kaya sangat!)
selepas pemandu menukar duit,
dia hanya pulangkan balance RP25 ribu!
cutie : eh, lagi 5 ribu=RM2.50 pak
P : em…meternya sudah 25 ribu (sambil kedua dua kami menjenguk meter)
CEH..meter baru RP20500=RM10.25
aduhai pemandu, kalau pun nak mengepau
Pau la org kaya, jangan pau urang miskin n berkira setiap sen
(the thing is, saya tak kisah kalau saya yg beri tip pada pemandu atau pekerja hotel)
Tapi saya tak suke org meminta
Maka pemandu itu memulangkan RP30 ribu saya sambil meminta RP1 ribu = 50 sen
hah, akhirnya dapat juga pemandu itu mengepau 50 sen saya, selepas tidak dapat RM5!
Ha..point saya bukan uwang
Point saya ialah…isk isk, perbuatan mengepau itu tidak bagus utk kesihatan anda dan kesihatan org lain..hiks
Susah susah ke Blok M, saya tidak membeli apa apa
Kerana tiada mood jalan seorang diri
Saya pergi potong rambut RP7 ribu = RM3.50, Sepit rambut RP5ribu = RM2.50 dan pulang menaiki teksi
Tambang saja sudah RM20 pergi balik…hanya utk memotong rambut!
Lebih baik potong rambut RM23.50 di Kuala Lumpur..hehe..
Ada beberapa perkara yg perlu saya ubah cara menyebutnya
daripada “bang, ke bank(sebut: beng) niaga eh” ke “pak, bank(sebut: bang) niaga ya”
jika ada yg menyoal “senang enggak di Jakarta?”
jawapan saya “ya, senang kerana suasananya seperti di Malaysia”
elo makcik, soalan org tu ialah (setelah ditranslate ke BM) “best tak dok Jakarta?”
jawapan awak sepatutnya “ya….senang sekali …..sambil senyum meleret”
dan ada beberapa soalan yg buat saya bingung
“di malaysia(sebut: malai-sia), itu amankah?”
saya : “ha’ah, aman” (ayo, mana la diorg faham ha’ah!)
“aman ya? kerana saya sangka kan ribut di sana”
saya pening : “ribut?masa musim-musim hujan jer.kadang kadang banjir”
huhu..ada banyak lagi yg saya salu salah salah faham
maybe saya perlu banyak prektis
kerana di sini, sama seperti kelantan (cina, india, achehnese sumanya berbahasa Indonesia)
Jika saya mau tinggal di sini, saya mau berumah besar
(di Jakarta,satu rumah, sekurang2nya harus ada 3 servant)
Saya mau beli Honda Jazz (hanya RP150 juta = RM75 ribu)
dan bermacam macam kereta mewah yg lain dapat dibeli dengan harga sebenar!
Ketika berada di Jakarta,saya dapat rasakan betapa sayangnya Malaysia terhadap Proton!
Jika harga yg sama dibuka di Malaysia, maka hanya pengerusi Proton lah yg memakai kereta keluarannya
(itupun mesti ada kereta mewah lain dirumahnya, kan?)
Dan org orang di kantor akan memanggil saya ibu Suraya
Makanya, saya tidak perlu ada Hanna & Harriz memanggil saya ibu
Kerana sudah ramei org memanggil saya begitu…
abg,
selamat hari lahir KE 20 (4 TAHUN LEPAS)
jika diberi pilihan,apa yg saya mau
saya mau berada di tepi awak
makan kek birthday bersama sama
(ada kfc & pizza pon sodap)
tapi saya tiada pilihan
eh kita tiada pilihan
saya jauh beribu ribu kilometer
tapi saya rasa dekat saja
mungkin sebab saya berada
‘dalam hati dia’
MAHH…
semuanya ok, cantik, tulisan & background menepati citarasa seorang ’saya’
tapi bila kazana kata susah mau membaca, sy cuba buka menggunakan IE pula
HAH! memang susah membezakan tulisan dengan background di situ
oleh itu THIS BLOG BEST VIEWED BY MOZILLA FIREFOX
saya bukan di Malaysia
semalam saya sampai di sini (Jakarta)
tetapi per’travel’an semalam sangat penat
jadi saya menggantikan blog semalam kepada hari ini ya!
saya bangun awal semalam
bapa kejut pukul 5am semasa dia sudah siap memakai pakaian lengkap
(pakaian lengkap utk berjalan)
bapa “bangun, bangun..abah tunggu dalam kereta”
saya bangun tidur & terpinga-pinga
“awalnye..flight 9.20am,bukannya 6.20am”
“pergi awal senang, waktu perjalanan itu termasuk waktu yg diambil utk sesat”
“aa..waktu sesat pun disediakan ker?”
diringkaskan..(da lupa la itu)
huda, awak ingat tak dulu saya cerita
jarang-jarang datang puduraya, tersangka kan kaunter TRANSNASIONAL ialah AIR ASIA
semalam, mengertilah saya bahawa
TIADA bezanya syarikat transnasional dengan airasia
maka, air asia benar-benar merealisasikan motonya
‘NOW EVERYONE CAN FLY’
dan saya fly bersama sama warga indonesia yg mau pulang ke kampung utk bercuti setelah lelah bekerja di malaysia
(walaupun begitu,saya bersyukur kerana di bayar company,bukan guna duit gaji)
tiada beza seat di dalam transnasional dan air asia
sama sempit, sama kecil
cuma, melalui tingkap transnasional, anda hanya akan melihat pepohonan hijau
dan tingkap airasia, dapat melihat awan
(erk,saya bukan pencinta alam sangat, tapi setelah melihat awan-awan ini, saya sangat jakun)
dan..subhanAllah, maha besar Dia
saya rasa sangat kecil, dan dapat rasa perasaan menjadi Doraemon
(ingat tak, doraemon bawak nobita main atas awan?)
hihi..cantik kan awan awan itu?
takde yg pilu macam lagu ‘awan yg terpilu’
semua ceria-ceria belaka
lagi yang menarik, ialah papantanda di dalam airasia indonesia
bukankah bahasa malaysia dan indonesia itu serumpun
lebih kurang sahaja
jadi, dimana lebih dan kurangnya perkataan SABUK PENGAMAN
dengan TALI PINGGANG KESELAMATAN??
(double click picture for larger view)
rupanya saya tidak keseorangan di dalam airasia ini
saya punya teman, teman sepermainan
WEH~cemane la lalat ini boleh sesat dalam airasia?
telinga saya yg besar ini pun berdengung,inikan pula telinga lalat!
kasian dia..
isk isk,banyaknya gambar yg nak letak
lebih banyak daripada apa yg nak saya tulis
nanti ada yg cakap, nak letak banyak2,letak kat fotopages la weh
(aa,awak nak letak kat fotopages,letak la..saya nak letak sini..hiks)
saya nak berenti menulis di sini la
nanti-nanti bila sangap sambung lagi
macam skrg, saya TERbangun awal & terus menulis blog
walaupun sepatutnya saya bangun awal & baca documentation utk projek di Jakarta
(saya keliru?)
mungkin kerana janji ‘azam-update-blog-setiap-hari-smpai-urg-bace-pun-buring’
malam tadi saya tidak menulis kerana bizi nonton Desperate Housewifes Season 2
huhu..saya sangat suka..(dpt bayangkan wajah saya ketika suka? )
saya sambung rentetan kisah lepas
selepas tidak sempat mem’publish’ blog pada 16 Mac,
saya bercadang utk 18 Mac pula
DAN 18 Mac juga saya bizi banget
moral : lainkali jgn merancang apa -apa utk hari itu (utk mengelakkan bizi)
pagi-pagi saya dah bangun berbaju kebaya asal tarik nafas je butang tercabut
watie & sidia watie (selepas ini direfer mr B) datang jemput saya depan pagar elektrik rumah
hihi…kemudian kami makan roti canai di mahbob restaurant
(isi perut dulu apa apa pon)
DAN meneruskan perjalanan ke Temerloh – Bandar Ikan Patin
sebenarnya kami datang beramai ramai ni membawa hajat orang
datang ke Temerloh menyunting bunga disana
(harap-harap majlis perbandaran sana setuju la)
DAN bukan kami yang menyunting, kami watak sampingan tidak berbayar saja
ada gambar dari alat telekomunikasi watie
comel,lawa,putih,baik,purple (lengkap suda pakej)
gambar yg kedua itu, bunga & cousin saya
(aa,muka lain?)
hihi..dia lahir sebelum merdeka,tanah melayu tak cukup makanan
beras dicatu, gula bersukat
saya lahir di zaman pertanian membangun pesat, banyak makanan
ucapan pada kedua mempelai(mempelai?) : jangan gado-gado, org lain tak sain agreement, awak ade agreement tau. maka takleh applied la lagu siti ‘cintaku bukan di atas kertasss’.
(org pahang ada ’surat perjanjian pertunangan’ tau. kellass..)
balik ni, fotostat satu, sempat lagi kan minta tandatangan semua
hihihihh (suker lagik..)
erk!siti tunang nanti ada kertas perjanjian la kan?
dia urang pahang ke kl eh?
malam hari saya ke Meru dengan si dia
makan ayam BBQ dengan ikan kerapu, ketam
sedapp..kalini ‘pengantin’ lelaki siang tadi yg belanja satu keluarga
(besar keluarga kami, bertuah ‘pengantin’ lelaki tu, yg datang baru 1/4 dari saiz keluarga sebenar)
tengah malam, saya memandu kereta lembu pulang ke rumah
mantuk, penat, kenyang
terima kasih watie, Mr B, pengantin lelaki, dan si dia saya utk hari ini






