macam skrg, saya TERbangun awal & terus menulis blog
walaupun sepatutnya saya bangun awal & baca documentation utk projek di Jakarta
(saya keliru?)
mungkin kerana janji ‘azam-update-blog-setiap-hari-smpai-urg-bace-pun-buring’
malam tadi saya tidak menulis kerana bizi nonton Desperate Housewifes Season 2
huhu..saya sangat suka..(dpt bayangkan wajah saya ketika suka? )
saya sambung rentetan kisah lepas
selepas tidak sempat mem’publish’ blog pada 16 Mac,
saya bercadang utk 18 Mac pula
DAN 18 Mac juga saya bizi banget
moral : lainkali jgn merancang apa -apa utk hari itu (utk mengelakkan bizi)
pagi-pagi saya dah bangun berbaju kebaya asal tarik nafas je butang tercabut
watie & sidia watie (selepas ini direfer mr B) datang jemput saya depan pagar elektrik rumah
hihi…kemudian kami makan roti canai di mahbob restaurant
(isi perut dulu apa apa pon)
DAN meneruskan perjalanan ke Temerloh – Bandar Ikan Patin
sebenarnya kami datang beramai ramai ni membawa hajat orang
datang ke Temerloh menyunting bunga disana
(harap-harap majlis perbandaran sana setuju la)
DAN bukan kami yang menyunting, kami watak sampingan tidak berbayar saja
ada gambar dari alat telekomunikasi watie
comel,lawa,putih,baik,purple (lengkap suda pakej)
gambar yg kedua itu, bunga & cousin saya
(aa,muka lain?)
hihi..dia lahir sebelum merdeka,tanah melayu tak cukup makanan
beras dicatu, gula bersukat
saya lahir di zaman pertanian membangun pesat, banyak makanan
ucapan pada kedua mempelai(mempelai?) : jangan gado-gado, org lain tak sain agreement, awak ade agreement tau. maka takleh applied la lagu siti ‘cintaku bukan di atas kertasss’.
(org pahang ada ‘surat perjanjian pertunangan’ tau. kellass..)
balik ni, fotostat satu, sempat lagi kan minta tandatangan semua
hihihihh (suker lagik..)
erk!siti tunang nanti ada kertas perjanjian la kan?
dia urang pahang ke kl eh?
malam hari saya ke Meru dengan si dia
makan ayam BBQ dengan ikan kerapu, ketam
sedapp..kalini ‘pengantin’ lelaki siang tadi yg belanja satu keluarga
(besar keluarga kami, bertuah ‘pengantin’ lelaki tu, yg datang baru 1/4 dari saiz keluarga sebenar)
tengah malam, saya memandu kereta lembu pulang ke rumah
mantuk, penat, kenyang
terima kasih watie, Mr B, pengantin lelaki, dan si dia saya utk hari ini
Related posts:



