semuanya ok, cantik, tulisan & background menepati citarasa seorang ‘saya’
tapi bila kazana kata susah mau membaca, sy cuba buka menggunakan IE pula
HAH! memang susah membezakan tulisan dengan background di situ
oleh itu THIS BLOG BEST VIEWED BY MOZILLA FIREFOX
saya bukan di Malaysia
semalam saya sampai di sini (Jakarta)
tetapi per’travel’an semalam sangat penat
jadi saya menggantikan blog semalam kepada hari ini ya!
saya bangun awal semalam
bapa kejut pukul 5am semasa dia sudah siap memakai pakaian lengkap
(pakaian lengkap utk berjalan)
bapa “bangun, bangun..abah tunggu dalam kereta”
saya bangun tidur & terpinga-pinga
“awalnye..flight 9.20am,bukannya 6.20am”
“pergi awal senang, waktu perjalanan itu termasuk waktu yg diambil utk sesat”
“aa..waktu sesat pun disediakan ker?”
diringkaskan..(da lupa la itu)
huda, awak ingat tak dulu saya cerita
jarang-jarang datang puduraya, tersangka kan kaunter TRANSNASIONAL ialah AIR ASIA
semalam, mengertilah saya bahawa
TIADA bezanya syarikat transnasional dengan airasia
maka, air asia benar-benar merealisasikan motonya
‘NOW EVERYONE CAN FLY’
dan saya fly bersama sama warga indonesia yg mau pulang ke kampung utk bercuti setelah lelah bekerja di malaysia
(walaupun begitu,saya bersyukur kerana di bayar company,bukan guna duit gaji)
tiada beza seat di dalam transnasional dan air asia
sama sempit, sama kecil
cuma, melalui tingkap transnasional, anda hanya akan melihat pepohonan hijau
dan tingkap airasia, dapat melihat awan
(erk,saya bukan pencinta alam sangat, tapi setelah melihat awan-awan ini, saya sangat jakun)
dan..subhanAllah, maha besar Dia
saya rasa sangat kecil, dan dapat rasa perasaan menjadi Doraemon
(ingat tak, doraemon bawak nobita main atas awan?)
hihi..cantik kan awan awan itu?
takde yg pilu macam lagu ‘awan yg terpilu’
semua ceria-ceria belaka
lagi yang menarik, ialah papantanda di dalam airasia indonesia
bukankah bahasa malaysia dan indonesia itu serumpun
lebih kurang sahaja
jadi, dimana lebih dan kurangnya perkataan SABUK PENGAMAN
dengan TALI PINGGANG KESELAMATAN??
(double click picture for larger view)
rupanya saya tidak keseorangan di dalam airasia ini
saya punya teman, teman sepermainan
WEH~cemane la lalat ini boleh sesat dalam airasia?
telinga saya yg besar ini pun berdengung,inikan pula telinga lalat!
kasian dia..
isk isk,banyaknya gambar yg nak letak
lebih banyak daripada apa yg nak saya tulis
nanti ada yg cakap, nak letak banyak2,letak kat fotopages la weh
(aa,awak nak letak kat fotopages,letak la..saya nak letak sini..hiks)
saya nak berenti menulis di sini la
nanti-nanti bila sangap sambung lagi
Related posts:



