Sesungguhnya bertangguh itu akan membuatkan kerja semakin banyak
Contohnya masa Alam & Manusia darjah 4 Biru
Kena lukis bendera 14 negeri, satu hari satu negeri, hari ke 15 kena hantar utk cikgu semak
(ah,cikgu pun malas nak nenok bendera yg sama berulang2 sebanyak 40kali dan sign,’disemak oleh’-kalau ada 40 murid)
Kalau bertangguh, dan hari ke 14 baru nak lukis semua bendera negeri dlm M’sia
Mesti muntah hijau, silap silap bendera Jepun pun termasuk sekali
(ha,senang sikit,bulatan merah di tengah jer!)
Contoh yg lebih realistik, update blog
Saya tangguh dari hari ke hari
Sehingga hari ini…tapi berbeza dengan kisah bendera
Tiada siapa akan menyemak blog saya
Pun masih banyak yg tertangguh
(pensan la saya utk mengingati semua yg dikumpul sekian lama)
Saya cerita, mengapa berubah alamat rumah ya!
Kerana setiap kali saya mau posting entry, keluar mesej seperti ini
This blog has been locked by Blogger’s spam-prevention robots. You will not be able to publish your posts, but you will be able to save them as drafts.
Save your post as a draft or click here for more about what’s going on and how to get your blog unlocked.
Jadi, saya terpaksa memindahkan entry2 lama ke blog baru
Touch up sikit-sikit, jadilah hasil sebegini ropa
Blogspot sekarang tidak boleh diekjas tarikh & masa
Oleh itu, tarikhnya agak kurang betul (ah,takde kurang2,memang tak betul!)
Saya ringkaskan, saya berada seminggu di Jakarta
Bagi menyelesaikan sign off user requirement utk Bank Niaga Project
Pagi hari, agenda saya bermula seperti biasa
Bersiap siap seawal 630am utk ke Bank Niaga Bintaro
(Jakarta beroperasi 8am-5pm)
Sepatutnya hari ini, saya mempunyai presentation bersama Syariah Department
Tapi oleh kerana boss Syariah mempunyai training lain selama seminggu ini
Maka jam 11am saya sudah pulang ke hotel utk bersenang senang
Dan tidur tengahari!
Hiks..mengapa tidur tengahari? Kerana malam hari saya harus menyelesaikan documentation utk di sign off (maka ..ngantuks..)
Bangun tidur, saya bersiap siap utk shopping
Mau ke Pasaraya Grande di Blok M
Saya menaiki teksi
Ya, boleh juga menaiki bas, tapi saya tidak mau ah ding dong
Biasanya di dalam teksi saya akan berbual dengan pemandu teksi
(aa,dalam teksi,takkan la pemandu bas pula kan)
Dan selalunya, pemandu yg peramah amat menyenangkan
(ya,ya, kitakan serumpun)
Tapi hari ini, pemandu itu, banyak membuat lawak yg tidak sesuai di kala customer sedang penin penin
Contohnya begini : Pemandu sebagai P, Saya sebagai cutie tau (hiks)
P : jika di malaysia itu, mbak itu apa?makcik kah?
cutie (saya) : mbak itu cik/kakak, mas itu encik/abang
<--siap senyum!
P : mas itu bukan abg…
cutie : hah!salah ya.teman saya bilang mas itu abang
P : mas itu GOLD..hahaha (gelak eh, bajet lawak la??)
Ceh..ntahape hape je
ada lagi,
P : mbak tau enggak apa nama jalan ini?
cutie : tahu, Fatmawati bukan?
P: tahu itu sedap dimakan..hahah
(aduih, jarang saya terdiam sambil mulut melopong melihat org gelak)
bila sudah sampai tempat yg dituju
(tambangnya RP20 ribu = RM10)
saya beri RP50 ribu, jadi sepatutnya dia pulangkan RP30=RM15
P : mbak, ada RP20 ribu saja, bisa enggak?
cutie : hah, pegi la tukar duit dulu
(sebenarnya saya bukan kedekut sangat, dan saya juga bukanlah kaya sangat!)
selepas pemandu menukar duit,
dia hanya pulangkan balance RP25 ribu!
cutie : eh, lagi 5 ribu=RM2.50 pak
P : em…meternya sudah 25 ribu (sambil kedua dua kami menjenguk meter)
CEH..meter baru RP20500=RM10.25
aduhai pemandu, kalau pun nak mengepau
Pau la org kaya, jangan pau urang miskin n berkira setiap sen
(the thing is, saya tak kisah kalau saya yg beri tip pada pemandu atau pekerja hotel)
Tapi saya tak suke org meminta
Maka pemandu itu memulangkan RP30 ribu saya sambil meminta RP1 ribu = 50 sen
hah, akhirnya dapat juga pemandu itu mengepau 50 sen saya, selepas tidak dapat RM5!
Ha..point saya bukan uwang
Point saya ialah…isk isk, perbuatan mengepau itu tidak bagus utk kesihatan anda dan kesihatan org lain..hiks
Susah susah ke Blok M, saya tidak membeli apa apa
Kerana tiada mood jalan seorang diri
Saya pergi potong rambut RP7 ribu = RM3.50, Sepit rambut RP5ribu = RM2.50 dan pulang menaiki teksi
Tambang saja sudah RM20 pergi balik…hanya utk memotong rambut!
Lebih baik potong rambut RM23.50 di Kuala Lumpur..hehe..
Ada beberapa perkara yg perlu saya ubah cara menyebutnya
daripada “bang, ke bank(sebut: beng) niaga eh” ke “pak, bank(sebut: bang) niaga ya”
jika ada yg menyoal “senang enggak di Jakarta?”
jawapan saya “ya, senang kerana suasananya seperti di Malaysia”
elo makcik, soalan org tu ialah (setelah ditranslate ke BM) “best tak dok Jakarta?”
jawapan awak sepatutnya “ya….senang sekali …..sambil senyum meleret”
dan ada beberapa soalan yg buat saya bingung
“di malaysia(sebut: malai-sia), itu amankah?”
saya : “ha’ah, aman” (ayo, mana la diorg faham ha’ah!)
“aman ya? kerana saya sangka kan ribut di sana”
saya pening : “ribut?masa musim-musim hujan jer.kadang kadang banjir”
huhu..ada banyak lagi yg saya salu salah salah faham
maybe saya perlu banyak prektis
kerana di sini, sama seperti kelantan (cina, india, achehnese sumanya berbahasa Indonesia)
Jika saya mau tinggal di sini, saya mau berumah besar
(di Jakarta,satu rumah, sekurang2nya harus ada 3 servant)
Saya mau beli Honda Jazz (hanya RP150 juta = RM75 ribu)
dan bermacam macam kereta mewah yg lain dapat dibeli dengan harga sebenar!
Ketika berada di Jakarta,saya dapat rasakan betapa sayangnya Malaysia terhadap Proton!
Jika harga yg sama dibuka di Malaysia, maka hanya pengerusi Proton lah yg memakai kereta keluarannya
(itupun mesti ada kereta mewah lain dirumahnya, kan?)
Dan org orang di kantor akan memanggil saya ibu Suraya
Makanya, saya tidak perlu ada Hanna & Harriz memanggil saya ibu
Kerana sudah ramei org memanggil saya begitu…
Related posts:



