Archive for May, 2006
Aku MC harini, selepas kelmarin MC
Sampai pergi 3 klinik, demam kalini!
Bukan sebab demam teruk banget
Tapi sebab surat MC..hak hak..
Hari Sabtu lepas, aku gi klinik Tweddy
Oleh kerana klinik ni klinik panel TNB, abah memang suka aku sakit di Perak
Senang nak mintak ubat banyak-banyak katanya
(hah,macamtu baik masukkan aku ke Hospital Pantai – panel TNB gak kan?)
Aku lak rasa ubat klinik Tweddy ni tak baguih
Sebab dulu la…masa aku suspek Dengue, doc klinik Tweddy ni leh cakap aku demam biasa
Siap nasihat aku suruh banyak bersabar dan makan ubat!
Huks…
Dah amik sume ubat yg ada kat klinik tu, aku terlupa amik MC
Haritu baru Sabtu, ingatkan Ahad sembuh
Isnin leh la menyambung perjuangan..hak hak
Pastu Isnin, demam lagi..
(tapi larat chatting + drive gi klinik lagi)
Aku gi Klinik Idzham puleks
Dapat la cuti sehari on Monday
Surat cuti klinik ni, siap print..kemain lagi..
Klinik ni juge, ade online system mereka sendiri..kagum..
(Ni sakit ke tak, dok survey klinik org ni?)
Selasa, aku g keje
Tapi kejap kejap batuk-batuk, kejap srooott….srooott..
Kejap gi toilet, buang apa apa yg patut
Kejap tutup aircond sebab sejut (pastu org lain sume pandang semacam sebab diorg panas! haks)
Tak selesa makcik nak meneruskan kerjaya!
Pastu aku pun turun klinik bawah(Mediviron), check lebih kurang, dapat MC utk esok dan hari seterusnya
Harini la, aku MC
Awal bangun, nak buat ape ntah le cuti cuti ni
Ubat ubatans pun banyak (yela, dari 3 klinik!)
Sekali makan telan 5++ pil
(1 selsema, 1 tekak, 1 demam, 2 antibiotik, 1 lenguh badan)
Kalau ade sakit lain, bertambah la pil aku
Tu belum kira makanan tambahan CNI yg mak aku beli ni
(Honey apentah ngan serbuk minuman Vege)
(Sekian,laporan dari seorang penelan ubatan + CNI)



