semalam saya tidur awal
sebab hari hari rasa penat macam anak lima orang
lauk berbuka pun beli kat kedai
nasi je masak sendiri guna periuk karan
pun rasa penat lagi
(tapi makan larat lagi..)
lepas berbuka sambil nenok rancangan Diari Ramadhan Rafiq, rasa nyampah
nyampah la citer ni
terus rasa nak tido
terus tido
sebelum itu, kerana saya suffering from RingO’ Phobia
(iaitu phobiakan deringan telefon)
saya silentkan dia (hp)
ampun kawan kawan
saya silentkan hp ketika mo tidur
bukan kerana tidak mo neruskan hubungan sesama insan
tp tidur saya kerap terganggu sejak sebulan dua ini dengan deringan kerjaya
seperti “elo elo, nyiapkan malam nih tau”
atau “elo elo, esok kena hantar tau”
dan “elo elo, ubah documentation, i want it to be like this..and like that”
jam 1.30am saya terjaga kerana panggilan alam
kemudian singgah ke hp
(singgah, sebab hp itu ditinggalkan di ruang tamu)
ada satu SMS, satu missed call
hati saya memang selalu berdebar kalau utk check missed call dan SMS
(bimpang ianya dari opish)
missed call dari Mr G
sms dari kiki yg berbunyi “seorang baby boy selamat dilahirkan pada jam 7. semuanya selamat”
uhukk…rasa mo terus call kiki untuk ngucapkan taniah muah muah
tp sudah hampir jam 2am!
pasti ketua jururawat marah jika saya nelepon sekarang
untuk kiki & baby, kaksue (sori, bukan auntie) sentiasa doakan yg baik baik comel comel belaka
muahhhhh……

hari itu saya nyuruh kiki namakan baby as ‘Iskandar Ramadhan’
kiki cam tak mo
saya cadangkan ‘Iskandar Puasa’ – kiki tengah pertimbangkan…nyehe..
hopefully kiki tak tertukar baby dengan jiran
hopefully nurse tak ngamek baby kiki
hu hu….
ini gambar kak sue, kiki & baby
untuk iskandar ramadhan, sian mommy awak nak convo pun sakit perut tau
tapi maintain jelita (cam kak sue)
awak jangan noti noti
awak tgk gambar tu ada hadiah kat tangan mommy
tu hadiah dari kak sue tau ..huhu..
harini sampai awal di opish
(hari hari terakhir, baru mo nunjuk rajin..hikss)
Related posts:







kak, ehehe..mestila akhir2 kene rajin..ahaks..jap btol ke nama anak kiki iskandar ramadhan?perghhhhhhhhhh
sue.. slamat ari raya.. maaf zahir batin..
hah, aritu time konvo lupe nak nanye. sue guna facial apa eh? makin ok lak nengok kulit muka tuh. haih jgn kembang lak ;p
ted,
da tanya kiki, kiki cakap iskandar ‘nama kedua blom pk’
luna rasa dia tengah pertimbangkan iskandar puasa..nyehe..
ahli siher wanita
selamat ari raya
uhuk…hukkk…hukk….
(kembang sebelum sempat menjawab soalan ali siher)