Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
Luna’s Sponsor
ShoutBox

Archive for December, 2006


ri HANNAUnfaithful

Ineh lirik saje, lagunya, saya tatau cemana mo letak di blog
Tapi saya tau nyanyi
Boleh ngontek saya kalau mo dengar saya nyanyi

Yang tulisan tegak tegak ituh, paste dari email, yg senget2 lahir dari hati yg tulus,kudus,mulus,kudut. SELAMAT MEMBACA!

Deskripsi
Percintaan umpama berada di jalanraya (jalanraya persekutuan tau bukan lebuhraya). Sepanjang perjalanan itu, kamu akan melihat papantanda lalu lintas yg memberi peringatan utk kamu lebih berhati hati. Begitulah dalam percintaan, sila patuhi peraturan berikut:


DI LARANG U TURN : Sekiranya kamu sudah putus, jgn sesekali berpatah balik dalam menyambung hubungan. Yakin lah kamu akan bertemu dengan pengganti yang jauh lebih baik.
Papantanda sendiri : Haih, bakpenye U Turn. Sekali sudah ngamek keputusan, samada mo neruskan ato mo mutuskan, sila lah tetap dengan keputusan itu samada hitam atau putih, jangan sampai ianya menjadi kelabu (Credit to ’seseorg’-ni nasihat dia amek dari org & nasehatkan pada org lain).NEXT..

JALAN DUA HALA : Komunikasi dalam bercinta ada dua arah. Jangan hanya satu pihak memonopoli , dan cubalah menjadi pendengar yang setia. Cobalah!
Papantanda sendiri : “Awak dengar dulu apa saya nak cakap neh” ” Diam”"Saya suh awak dengar je kan, awak tak bace ke buku psikologi, awak kena jadi pendengar yg setia jer” <<--salah upenye, ingatkan sorang watak bersuara, sorang watak pendengar..hiks..

SEDANG DALAM PEMBINAAN : Hubungan kamu dalam proses utk dibaikpulih, dengan melalui proses persefahaman semula. Laluilah jalan ini secara perlahan lahan. Jangan terlalu memaksa dan mendesak. Jangan ungkit masalah lama & selamat memulakan pengalaman baru!
Papantanda suka suka :Awak, saya nak beli tanah & reka sendiri umah, nak dapur kat pintu masuk ke, nak bilik bentuk bulat ker…..(cam offtopic jer)

PEJALAN KAKI : Biarkan dia berlalu & jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum ada lagi rasa untuk bercinta.
Papantanda sendiri : HAH? Takde rasa? Ni orang ke robot? Ah..sepuluh kali awak takde rasa, seratus ribu kali saya takde rasa (sejuta lagi manyak!) Huh

JALAN BENGKANG BENGKOK : Perjalanan hubungan kamu & dia masih jauh & penuh berliku. Jangan mudah memungkiri janji.
Papantanda saya : Bakpenye orang ni dok dalam dalam hutan, jalan bengkak bengkok ni wak..

JALAN SEMPIT : Kamu harus berhati hati bila melalui jalan sempit. Seandainya tidak ada pihak yg bertolak ansur, hubungan itu pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu cubalah mengalah & jangan pentingkan ego sendiri.
Papantanda sempit : Ergh…sempit wak….sempit….. Sama sempit ngan saya tak muat lagi Jeans size 27!

JARAKKAN KENDERAAN : Biarpun kamu sudah ‘rasmi’ sebagai kekasih namun kamu harus memberi ruang pada si dia utk hal hal peribadinya. Janganlah terlalu mengongkong dan sentiasa mahu bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehingga memberi ruang padanya utk berkenalan dengan org lain!
Papantanda Luna : Ha, yg ni tak reti bab bab ruang & jarak ni. Matematik sekolah menengah pun cukup cukup makan jer~ Yang saya tau, kalau mo ruang, amik semua ruang.Amek terus, bawak balik umah~~Amek..


Dua tiga malam ineh, asyik kepanasan
Bila pasang kipas angin kuat2, rasa macam nak terbang ke luar tingkap pula
*sicomel tak biasa ada aircond,nanti demam (sebenarnya takde aircond :p !)
tutup kaki pakai gebar, rasa hangat pulak
haih…..
*sebenarnya, balik keje, saya malas mandi *JIMATKAN AIR-nyahut seruan gomen*
sbb tu la panas agaknya
Mungkin kerana kurang minum air, kerana malas mo buang air
maka saya jadi panas

hari itu saya berjalan jalan ke site, di Semenyih
Lalu ternampak ini dipintu tandasnya

Disabled Toilet?
Selama ineh hanya lihat logo saja utk toilet kurang upaya
Rupanya ujud term yg tepat utk mengelompokkan mereka
*No offense* sekadar berkongsi

 

Haih, sebulan sekali baru ada masa menjenguk
Sekali sekala masuk baru sapu sawang sawang yang melekat dekat blog ineh

Pagi ini bangun jam 9.30 am, nonton anime di Adik di9 selama 30 minit
kemudian nyambung lena sehingga 12.30 noon
Sehinggalah dikejutkan seseorang
Orang “bangun bangun”
Saya “tolong la jangan kacau, kejut kejap lagi”
Orang “ok ok, pukul berapa mo kejut?”
Saya “Esok pagi masa nak gi keje”

Orang “…… ”
(mesti dia nyesal masuk minang saya…haihhhh)

Banyak benda yg saya tertinggal utk nulis di blog

Awak, sempena 24 Nov 2006 (sudah hamper sebulan!)
Saya ngadiahkan Denina – Topaz the November Bear
Tahun ineh awak nyambut birthday sebagai tunangan S
Tahun depan, maybe awak nyambut birthday sebagai isteri kepada (ya,pastinya S)
Biar tahun ineh, atau tahun depan, atau 10 tahun lagi, atau 10 tahun lepas
Saya doakan awak memperoleh yg indah2 belaka dalam kehidupan
Memang kadang kadang ada yg masam, pahit, kelat
tapi selagi ianya belum BERACUN,awak akan bahagia selamanya, Aminnnn…

Saya mo menge’paste’ gambar Nurul Amy
DSC00122

Lihat matanya, mcm Juhi Chawla kan?
Hidungnya, mancung dari kak Sue kan?
Bibirnya, macam Aishwarya kan?
Haih Amy, semoga kamu cepat besar dan kurang memakai pampers
Bukan apa, harga pampers skrg mahal…
(Harriz & Hanna nanti makai lampin saja~~)

Mama Iskandar Khilfi, bilalah Kak Sue mo lihat gambar Khilfi?
Mamanye beri gambaran, kulit & dahi saja ngikut mamanya
Hidung, mata, bibir, dagu semua ngikut papanya

Lagi lagi baby terbaru, Khairol Irfan Syakir (10 Dec 2006)
Ini kakaknya, Khairol Izyani Syakirin (berbaju pink)


Mamanya kata, baby Irfan iras kakaknya
Hah, jika sama saja macam kakaknya, tidak bimbangkah tertukar tukar di kemudian hari?
Yang pastinya anaknya comel kerana papanya kaya & mamanya comel…
(related ooo kaya & comel)

Oh ya, saya tidak sempat menulis di blog kerana terlibat project di IJN
Project kecil kecilan saja, tp saja pura pura busy
Sambil bekerja di IJN, saya ninjau2 juga jika terlihat Tun M ke, Mawi ke tengah settlekan bil
tapi tak nampak pun
Mungkin kerana saya bekerja di IT Department, dekat dengan bilik server & bilik air
Jauh dari kaunter pendaftaran & pembayaran :(

Cerita mengenai Wedding
Tarikhnya sudah pun ditetapkan
Jumlah hantaran sudahpun dipersetujui oleh kedua dua pihak
Duit hantaran, bakal pengantin sedang tergaru garu menyediakan
InsyaAllah, bila sampai masanya
Saya akan nampal kad sekaligus menjemput semua hadirin hadirat utk majlis makan makan

Nota kaki comel : Lain hari saya ngapdet setiap hari ya! <<–cubaan berjanji utk kesekian kalinya

Related Posts with Thumbnails