Yang tulisan tegak tegak ituh, paste dari email, yg senget2 lahir dari hati yg tulus,kudus,mulus,kudut. SELAMAT MEMBACA!
Deskripsi
Percintaan umpama berada di jalanraya (jalanraya persekutuan tau bukan lebuhraya). Sepanjang perjalanan itu, kamu akan melihat papantanda lalu lintas yg memberi peringatan utk kamu lebih berhati hati. Begitulah dalam percintaan, sila patuhi peraturan berikut:

DI LARANG U TURN : Sekiranya kamu sudah putus, jgn sesekali berpatah balik dalam menyambung hubungan. Yakin lah kamu akan bertemu dengan pengganti yang jauh lebih baik.
Papantanda sendiri : Haih, bakpenye U Turn. Sekali sudah ngamek keputusan, samada mo neruskan ato mo mutuskan, sila lah tetap dengan keputusan itu samada hitam atau putih, jangan sampai ianya menjadi kelabu (Credit to ‘seseorg’-ni nasihat dia amek dari org & nasehatkan pada org lain).NEXT..
JALAN DUA HALA : Komunikasi dalam bercinta ada dua arah. Jangan hanya satu pihak memonopoli , dan cubalah menjadi pendengar yang setia. Cobalah!
Papantanda sendiri : “Awak dengar dulu apa saya nak cakap neh” ” Diam”"Saya suh awak dengar je kan, awak tak bace ke buku psikologi, awak kena jadi pendengar yg setia jer” <<--salah upenye, ingatkan sorang watak bersuara, sorang watak pendengar..hiks..
SEDANG DALAM PEMBINAAN : Hubungan kamu dalam proses utk dibaikpulih, dengan melalui proses persefahaman semula. Laluilah jalan ini secara perlahan lahan. Jangan terlalu memaksa dan mendesak. Jangan ungkit masalah lama & selamat memulakan pengalaman baru!
Papantanda suka suka :Awak, saya nak beli tanah & reka sendiri umah, nak dapur kat pintu masuk ke, nak bilik bentuk bulat ker…..(cam offtopic jer)
PEJALAN KAKI : Biarkan dia berlalu & jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum ada lagi rasa untuk bercinta.
Papantanda sendiri : HAH? Takde rasa? Ni orang ke robot? Ah..sepuluh kali awak takde rasa, seratus ribu kali saya takde rasa (sejuta lagi manyak!) Huh
JALAN BENGKANG BENGKOK : Perjalanan hubungan kamu & dia masih jauh & penuh berliku. Jangan mudah memungkiri janji.
Papantanda saya : Bakpenye orang ni dok dalam dalam hutan, jalan bengkak bengkok ni wak..
JALAN SEMPIT : Kamu harus berhati hati bila melalui jalan sempit. Seandainya tidak ada pihak yg bertolak ansur, hubungan itu pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu cubalah mengalah & jangan pentingkan ego sendiri.
Papantanda sempit : Ergh…sempit wak….sempit….. Sama sempit ngan saya tak muat lagi Jeans size 27!
JARAKKAN KENDERAAN : Biarpun kamu sudah ‘rasmi’ sebagai kekasih namun kamu harus memberi ruang pada si dia utk hal hal peribadinya. Janganlah terlalu mengongkong dan sentiasa mahu bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehingga memberi ruang padanya utk berkenalan dengan org lain!
Papantanda Luna : Ha, yg ni tak reti bab bab ruang & jarak ni. Matematik sekolah menengah pun cukup cukup makan jer~ Yang saya tau, kalau mo ruang, amik semua ruang.Amek terus, bawak balik umah~~Amek..
Related posts:




Cool blog – find it hard to believe that you have put this much effort into blogging about just this though – why not try blogging on telephone package sometime?