Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
Luna’s Sponsor
ShoutBox

Archive for January, 2007

Kalau setiap hari musti ada satu entry (kalau kubilang, kalau)
Maksudnya utk bulan January, entry saya suda berjumlah 30
Tapi jeling jeling angka di tepi Arkib Luna, baru ada 13 entries
Maksudnya saya ketinggalan 17 entries!
Takkan sepanjang hari neh mo naip 17 entries!
(org lain probation period 6 bulan, nanti saya jadi 1 tahun 6 bulan pula-kes masuk opis terus apdet blog sepanjang hari)
Boleh tu boleh
Tulis sepatah patah
Contohnya ARGH, aku bosan, aku penat, lelah…huh huh…nak udara
(ulang ulang tulis sikit dikit satu entry)
Takpun tampal gambar sehabis unik la yg dijumpai hari neh
Takpun bubuh lirik lagu Mawi sampai Ina Naim rasa nak buat album ke-2
Senang banget ah nak mencipta 17 entries dlm sehari
Cumanya, kalau boleh biarlah ianya berkualiti dari berkuantiti
(Aiceh…habis kualiti la ineh?)
Banyak sangat sebenarnya cerita yg mo ditulis (taip)

Kisah PTPTN contohnya
25 January lepas, saya ke PTPTN
Itulah, kisah PTPTN mahu mengaplikasikan Sistem Asset & Meja Bantuan (baca:helpdesk)
Selepas selesai meeting & implementation
Saya singgah di Tingkat 6 – Kaunter Bayaran Pinjaman
Minta no pin 6 angka utk kemudahan mengakses website PTPTN
Untuk mereka yg tidak sempat mengunjungi bangunan tersergam indah PTPTN di Wisma Chase Perdana
Bolehla mendail HOTLINE PTPTN: 03-2098 3939 bg tujuan mendptkan no pin itu
Selepas itu, saya mengakses Kaunter Semakan e-Penyata di website PTPTN
Masukkan no IC & no pin itu perlahan lahan (alah,kalau laju2 pun bukannya boleh berkurang jumlah hutang itu)
Jeng jeng jeng
BAKI KESELURUHAN PINJAMAN PADA JANUARI 2007 : 70,169.08
(Serta merta ingatanku menerpa pada Dato K)

Uhuks…
KOS PENTADBIRAN TERKUMPUL TAHUN SEMASA SETAKAT JANUARI 2007 : 160.00
RM160 buat membayar gaji pekerja PTPTN (dia tulis kos pentadbiran)

Haih….
(mengeluh dengan berat)
Cadang nak lari je dari M’sia (bajet leh lari dr hutang la)
Tiba2 nampak Mutiara Kata di website PTPTN
Sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud:
”Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”.

Haih..tp kalau insurans lunaskan hutang saya selepas saya meninggal dunia (katakan la)
Maksudnya semuanya akan selesai la kan?

Tp itupun kalau saya meninggal dunia
Kalau masih hidup?
Ada kemungkinan kah saya masuk penjara?
Besarkan anak anak dalam penjara
Erghh…tanak la fikir…

Nota kuku kaki: Muda muda dah byk hutang

Smlm saya dapat tau satu berita gempar
Iaitu dia udah ngetaui link blog br saya
Haih..penat saya lari lari
Dia tau juga My Dirty Litle Secret ineh

Ahaks, alang alang sudah dijumpai
Saya pun malas mo lari lari
Pun sebenarnya jauh di sudut hati lembut kudus ineh
Saya ngarhagai kesusahpayahan dia mencari blog yg disembunyikan di dalam lemari tak berkunci ineh
Sila jangan berkecil hati
Kadang kadang saya jujur
Kadang saya dipengaruhi oleh CDB (baca:selalunya)
Kadang dipengaruhi emosi sekeliling(baca:selalunya)
Sila bersabar…..banyak banyak

Hari ineh saya jalan jalan ke laman web Jabatan Penerangan M’sia
Kunun kunun menyimpan fakta tentang M’sia tercinta
Ada satu dasar – Dasar Kependudukan 70 Juta Rakyat M’sia
Isk,berdasarkan estimation sehingga July 2006, rakyat M’sia skrg mencecah 24,385,858
Pun rasanya udah sesak sempit nak bernafas, apentah lagi nk membuat penempatan
Tolak (budak kecil sebelum 15 tahun berjumlah 7 juta)
dan tolak (org tua selepas 65 tahun berjumlah 1 juta)

Berdasarkan dasar itu, jika 17(dibundarkan) juta org itu berkahwin
Jumlah pasangan di Malaysia ialah 9 juta
Demi mencapai Dasar 70 juta penduduk, satu pasangan harus mendapatkan 7 atau 8 anak
Sepanjang usia perkahwinan mereka

Haih~~

Nota kuku kaki : Sedang merangka 8 nama bermula yg disukai ..4 lelaki 4 wanita come lote

Ujung minggu ineh, sy menjalankan tugas suri rumas
Membasuh, mengemas, memasak, membebel
Lepas mkn nasi goreng yg potong-campak-gaul bolehla tahan
Saya tertidur
Ceh, tenaga dari nasi tu disalurkan menjadi gundukan gundukan lemak
Membazir!
Bangun tidur, lapar pula rasanya
Makan lagi la balance nasi goreng breakfast pg tadi :Hiks:

Saya suka Mawi
Jika Mawi diam dan tak mengeluarkan kenyataan2
Atau diam, tidak melakukan apa apa dengan Ikin dan Diana Rafar
(cam kirim barang, bagi ikan, beraya bersama, amik gambar sama)
Walaupun sy suka mawi, tidak bermakna saya akan setuju kalau Mawi mo kawin dengan saya
(Perasan tak ada bau bau perasan di sineh?)
Maksud saya, dia hensem, tinggi, kurus, botak, pandai baca tahlil dan doa
(Memenuhi semua yg ada dlm list ntahapeape saya)
Tapi dia berbintang Leo
Sama sombong sama ego sama bodosombong dengan saya
Kami tk mungkin bersatu
*Ni pehal lak citer cam baru lepas rejek mawi :p

Tapi saya suka lagu Langit Biru *single terbaru Mawi
Tengok videoclip dia yg dirakamkan di Mauritius
Rasa rugi pulak tk bayar rm3k utk bercuti bersama Mawi di sana
Jap jap tukar topik
Em…Hanna Putri binti Asmawi?
Em…Harriz Zulqarnain binti Asmawi?
Macam ada yg tak kena je kan?

Argh, sudah sudah la tu
Nanti nanti kalau Mawi propose, saya sudah sediakan dialog
“Maafkan aku, kita tk mungkin bersama”
Dan bila wartawan mengejar ngejar mencari jawaban
Saya akan jawab “Saya senang dgn dia sbgai kawan, tk lebih dari itu. Kepada peminat, maafkn sy kerana menghampakan harapan kalian, tp sy tak berdaya, semuanya ketentuan Tuhan” *sambil mengepit tangan Dato S
Aiceh….teringat pula pada Miss Kriesz
Dia amat bersukur bila sy kata sy tidak mo kawin sm Mawi
Sebab katanya kurang satu saingan
Mungkin dia skrg sedang mengeliminate satu demi satu gadis sunti yg tidak mau kawin sm Mawi
Mungkin

“Mungkin lebih biru…langitmu di sempadan sebelah situ
Mungkin cuma hanya, sekadar kalut ribut dicangkir cuma
Mungkin lebih hijau…lamanmu disempadan sebelah sana
Ataupun hanya ribut melanda didalam cangkir cuma
Siapalah aku utk meramal
Juga dirimu utk pastikan
Lepaskan saja” * Let it go *

O ye, mlm tadi saya tk boleh tidur
Sebab dah tidur siang
Bila udah tidur, terjaga awal pulak
Sebab mimpikan, masa rehearsal wedding, pengantin lelaki selambe tertidur kat bilik stor
Ceh, boleh hilang mood sepanjang hari

Saya selalunya kurang suka dengan method 1:
Menulis di notepad, kemudian bila punyain masa
Baru copy paste dan publish di blog
Kerana :
1.Sy suka benda yg interaktif (aiceh,mcm terel BM saja lagaknya)
Maksudnya berbanding dari menulis
Saya lebih suka lihat lepas klik Publish, terus terpampang di internet
*Amat mudah kan dipuaskan?
2.Nanti saya leka, dan tak fokus kepada menulis
Kejap buat kerja, kejap balas msg di meebo
Kejap buat air, kejap tengok gambar di fotopages
Bila mau tutup laptop utk balik, rupanya baru tulis 3 baris saja!
(mcm skrg nih la)
3.Bila saya mo restart PC,semuanya changes saya discard saja
Malas mo save (tidak mahu merubah keadaan yg ada)
Membazir saja tulis 3 baris.Cis!

Tapi sebenarnya ada juga kelebihan method 1 neh
Iaitu:
1.Nampak mcm tgh buat nota ataupun kerja susah
Sebab blogger page berwarna warni jadi org bisa menebak (baca:teka) apa yg kita sedang lakukan
2.Orang juga akan bertanya, blog awak kah? Apa urlnya?
Takkan mo kasi alasan “biarkan saya dengan dunia yg saya cipta sendiri.masing masing antara kita punya alasan tersendiri”
Jadi dengan menggunakan notepad – tknmpak mcm saya sdg updet blog

Emosi saya terganggu dengan cerita Chentahati
Jiwa raga,seluruh perasaan di serahkan pada suami
Tapi yang tertinggal padanya kini hanyalah serpihan serpihan kaca
Di atas karpet merah sepanjang jalan
Kalau tersilap pijak, luka di kaki berdarah sampai kehati
Dan kalau tersalah merawat, luka kecil bisa menanah
Sebelum berulat, saya mahu dia berfikir dengan tenang sambil mengatur langkah
Biar kaca yg ditabur itu dikutip berhati hati, simpan dalam laci
Atau beli saja vakum machine, menyedut kekaca itu
Biar semua kesannya tk nampak fizikal (sekurang2nya)
*Mental itu, biarlah dipendam mcm biskut lutut didalam rendaman milo
Bila kita rasa kecewa, percayalah semuanya di susun Dia
Kita bisa merubah dari detik ini
Awak masih muda belia, fikirlah dengan cermat
Tenanglah, jalan di depan mmg tak terduga
Cuma DIA sentiasa ada, ujud
Di dalam hati & setiap nadi kita
Pemerhati bebas seperti saya akan berusaha memastikan awak sentiasa berasa punya teman
Walau jauh, kami akan ada sentiasa
Mcm iklan digi “bersamamu…bersama walau ke mana juaaaa….”
Wanita bukan lemah, cuma perlu bersatu utk lebih kuat

Bercerita kisah centa pulak
(dah..nk jadi pacik yusuf haslam pulaks)
Baru je sekejap td rasa nak nulis yg separa indah
Tiba tiba pc jadi lembab (bukan basah)
Lalu save as draft dulu, nanti baru sambung
Lepas restart pc dan baru mula mau menulis
Sudah berubah rasa
Tiba tiba rasa fedup(memilih utk fedup kah)
Penat sebenarnya
Memilih baju yg saya suka
Membuat bunga yg saya mahu
Memilih reben yg sesuai dengan baju
Membeli songket yg menepati warna tema
Hantar tempah di tailor kegemaran
Menyusun aturan manik di baju baju
Berhari hari didepan Adobe Photoshop
Mereka hias dalam kad (dan luar, dan luar) *bunyi mcm banyak yg telah saya design
Tiba tiba sy rs tk kisah
Kad bila mo print, terpulang
Bunga telur, mau beli di Tesco, terpulang
Aturan majlis mau buat yg bagaimana, terpulang
Haih~ penat bila buat sorang sorang selama ini
Kelam kabut mahukan yg terbaik
*sampaikan borang permohonan nikah bagi pengantin lelaki pun di isi saya

Tiba tiba ada org kata ‘lambat lagi’
Baiklah :) 3 May nanti baru saya edarkan kad

Related Posts with Thumbnails