Selamat Tahun Baru 2007 (oih, dah dekat 10 Januari dah)
Ha a, saya tertinggal keretapi laju
Naiki keretapi-slow-yg-cam-dalam-citer-industan (supaya hero sempat kejar)
Tahun baru kali ineh jatuh pada hari Isnin
*Azam saya bermula setiap hari Isnin setiap minggu
Azam TANAK MAKAN MALAM (after 7pm) dimusnahkan pada petang 1 Jan itu juga
Sebab mak saya masak sedap sedap *tahun baru di kg
ok ok, saya mo mulakan pada 2 Jan
Malangnya 2 Jan, saya perlu ngabihkan lauk yg dibekalkan keluarga mertua (malang?cam tk sesuai saja)
Kemudian 3 Jan, hari pertama bekerja, selepas cuti panjang
Saya memerlukan tenaga yg banyak dimana tenaga = makanan
Pun azam itu di pijak pijak begitu saja
O ye, pada 3 Jan, saya melawat x-colleague yg baru kehilangan suami pada malam 25 December 2006
Bukan hilang yg org lari lari itu
Tp kembali pada the Maker
itulah, di langgar lari oleh kereta di jalan Cheras-Kajang berdekatan Cheras Leisure Mall
Alfatihah buat arwah
Yang pergi, didoakan semoga dalam golongan yg beriman
Yang tinggal, Mohd Aliff Izzuddin, 5 tahun & Mohd Ariezz Izzuddin, 1 tahun setengah
Rahmat & Kasih sayang Dia amat luas terutamanya utk anak anak seperti kalian
dan Nabi Muhammad amat sayangkan anak yatim
kerana Beliau sendiri merasa rasa yg sama
Kepada yg lain, nikmatilah bersama yg tersayang apa yg ada sekarang
Kerana kita tidak tau apa yg bakal berlaku setengah jam lagi
Esok, Lusa, 2 hari lagi (lusa la tu)
4 Jan, saya bekerja sehingga malam di IWK – Indah Water Konsortium
Hello, kumbahan bukan sekadar ‘benda itu’ <–memetik keratan akhbar yg dibingkaikan di dinding IWK
Sampai rumah, tidak perlu mencuci muka & gigi, terus tidur
Selepas ini harus pertimbangi bilik yg berbilik air, atau harus pertimbangi katil sebelah sinki
Harus
5 Jan, saya ngadiri majlis makan malam meraikan majlis perkahwinan Steven
si tampan, xcolleague, skrg bekerja di HP (rasanya)
Mempunyai banyak uwang utk belanjain rakan rakan di SOULed out di hartamas
Makanannya enak dimakan semasa lapar, sungguh!
dan lainkali jika mo ngadiri dinner percuma, sila jangan makai kebaya + korset
It hurts, perut & nafsu, really hurts
6 Jan, bapa nelepon mo datang selepas pulang bekerja
Eh bapa ni, masa new year kan dah jumpa saya
Tak cukup agaknya masa yg diluang bersama
7 Jan, meluangkan masa pusing2 dengan ibubaba di Shah Alam
Singgah di Kompleks PKNS
Melihat memegang baju baju cantik
Uwoh…teruja jika dapat membelinya
hampir malam, setelah makan makan ibubaba pulang ke Perak
8 Jan, di sinilah, sedang menaip blog
Makin lama kisah makin pendet
Makin lama, masa utk naip blog makin sedikit
Haih…..
Oh ya, di sini saya mo nyusun jari jemari memohon keampunan dari Miss Mrs L.
Gomenna sai, sesungguhnya majlis kenduri awak, memang ada di dalam weekly planner saya
Tapi, (sila refer item 6 & 7 Jan), ibubaba saya datang tanpa warning
Saya tidak menjangkakan kerana minggu lepas suda berjumpa
Maybe waktu itu mereka lupa menyelitkan barang sekeping dua note hijau lumut RM50
Awak, penjelasan yg panjang lebar, pun saya masih tertinggal event penting meraikan pengantin
Saya harapkan awak suami isteri sentiasa dalam keadaan harmoni, aman bahagia ke anak cucu
Sekali sekala memang ada mata ikan dalam mulut (gantikan tergigit lidah)
Tapi semuanya akan ok, insya Allah
(nasihat cam terkena batang hidung mancung diri sendiri jer) uhuks..
Related posts:




