Saya berpindah lagi
Seperti yg pernah saya kata, saya lari dari bayang bayang sendiri gamaknya
Kesian dia, sekejap sekejap pandang ke monitor saya
Saya pula cuba tutup dgn telapak tangan
Mesti la dia curiga…~haih,kate sudah tutup blog, tp masih aktif menulis
Katanya “sepandai pandai tupai melompat..nantila”
Yer,saya tau lama atau kejap,awak pasti jumpa blog sy ni
Kenapa saya merahsiakan?
Bukan rahsia, cuma tak beritahu
Sbb bila ramai yg tau, susah saya nak menyusun ayat
Saya cuba surf dari google perkataan2 yg bisa menyambungkan(link) kepada blog ineh
(Cemas)
Saya berperang dengan perasaan sendiri spjg minggu
(kan musuh paling hampir ialah diri sendiri)
Bukan senang mengawal gelora di dlm
Drp terpancar dan menonjol ke luar (dan dilihat org)
Menyembunyikan kelemahan itu susah rupanya
(Kalaulah gelora itu digelar kelemahan)
Semasa hati berbisik “lemahnya aku”
DIA berkata “Jgnlah kamu bersikap lemah, dan
jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi
darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139
Dan bila otak berpusing memikir jawapan “bagaimana hendak mengatasinya ya?”
DIA telah menyediakan skema jawaban
“Dan mintalah pertolongan (kepada
Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan
sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
- Surah Al-Baqarah ayat 45
Saya Muslim, yg mempunyai kekuatan dalaman dan dilindungi DIA sepanjang masa
Seharusnya saya lebih kuat dari segi teorinya (mental, mksud sy)
Sebelum baca artikel psikologi
Sebelum surf blog idola
Sebelum mengadu bomba pada teman
Sepatutnya (baca:wajibnya) saya kembali pada DIA dulu
Minta ditenangkn hati
Minta diberi kekuatan tambahan *tanpa perlu mkn spinach mcm Popeye
Minta dibuangkan hasad dengki dan buruk sangka
*Banyaknya minta, beri sedikit sahaja :p
Related posts:



