Kalau setiap hari musti ada satu entry (kalau kubilang, kalau)
Maksudnya utk bulan January, entry saya suda berjumlah 30
Tapi jeling jeling angka di tepi Arkib Luna, baru ada 13 entries
Maksudnya saya ketinggalan 17 entries!
Takkan sepanjang hari neh mo naip 17 entries!
(org lain probation period 6 bulan, nanti saya jadi 1 tahun 6 bulan pula-kes masuk opis terus apdet blog sepanjang hari)
Boleh tu boleh
Tulis sepatah patah
Contohnya ARGH, aku bosan, aku penat, lelah…huh huh…nak udara
(ulang ulang tulis sikit dikit satu entry)
Takpun tampal gambar sehabis unik la yg dijumpai hari neh
Takpun bubuh lirik lagu Mawi sampai Ina Naim rasa nak buat album ke-2
Senang banget ah nak mencipta 17 entries dlm sehari
Cumanya, kalau boleh biarlah ianya berkualiti dari berkuantiti
(Aiceh…habis kualiti la ineh?)
Banyak sangat sebenarnya cerita yg mo ditulis (taip)
Kisah PTPTN contohnya
25 January lepas, saya ke PTPTN
Itulah, kisah PTPTN mahu mengaplikasikan Sistem Asset & Meja Bantuan (baca:helpdesk)
Selepas selesai meeting & implementation
Saya singgah di Tingkat 6 – Kaunter Bayaran Pinjaman
Minta no pin 6 angka utk kemudahan mengakses website PTPTN
Untuk mereka yg tidak sempat mengunjungi bangunan tersergam indah PTPTN di Wisma Chase Perdana
Bolehla mendail HOTLINE PTPTN: 03-2098 3939 bg tujuan mendptkan no pin itu
Selepas itu, saya mengakses Kaunter Semakan e-Penyata di website PTPTN
Masukkan no IC & no pin itu perlahan lahan (alah,kalau laju2 pun bukannya boleh berkurang jumlah hutang itu)
Jeng jeng jeng
BAKI KESELURUHAN PINJAMAN PADA JANUARI 2007 : 70,169.08
(Serta merta ingatanku menerpa pada Dato K)
Uhuks…
KOS PENTADBIRAN TERKUMPUL TAHUN SEMASA SETAKAT JANUARI 2007 : 160.00
RM160 buat membayar gaji pekerja PTPTN (dia tulis kos pentadbiran)
Haih….
(mengeluh dengan berat)
Cadang nak lari je dari M’sia (bajet leh lari dr hutang la)
Tiba2 nampak Mutiara Kata di website PTPTN
Sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud:
”Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”.
Haih..tp kalau insurans lunaskan hutang saya selepas saya meninggal dunia (katakan la)
Maksudnya semuanya akan selesai la kan?
Tp itupun kalau saya meninggal dunia
Kalau masih hidup?
Ada kemungkinan kah saya masuk penjara?
Besarkan anak anak dalam penjara
Erghh…tanak la fikir…

Nota kuku kaki: Muda muda dah byk hutang
Related posts:







wah…. takutnya… tumpang lalu…