Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Archive for January, 2007

Saya berpindah lagi
Seperti yg pernah saya kata, saya lari dari bayang bayang sendiri gamaknya
Kesian dia, sekejap sekejap pandang ke monitor saya
Saya pula cuba tutup dgn telapak tangan
Mesti la dia curiga…~haih,kate sudah tutup blog, tp masih aktif menulis
Katanya “sepandai pandai tupai melompat..nantila”
Yer,saya tau lama atau kejap,awak pasti jumpa blog sy ni

Kenapa saya merahsiakan?
Bukan rahsia, cuma tak beritahu
Sbb bila ramai yg tau, susah saya nak menyusun ayat
Saya cuba surf dari google perkataan2 yg bisa menyambungkan(link) kepada blog ineh
(Cemas)

Saya berperang dengan perasaan sendiri spjg minggu
(kan musuh paling hampir ialah diri sendiri)
Bukan senang mengawal gelora di dlm
Drp terpancar dan menonjol ke luar (dan dilihat org)
Menyembunyikan kelemahan itu susah rupanya
(Kalaulah gelora itu digelar kelemahan)

Semasa hati berbisik “lemahnya aku”
DIA berkata “Jgnlah kamu bersikap lemah, dan
jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi
darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139

Dan bila otak berpusing memikir jawapan “bagaimana hendak mengatasinya ya?”
DIA telah menyediakan skema jawaban
“Dan mintalah pertolongan (kepada
Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan
sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
- Surah Al-Baqarah ayat 45

Saya Muslim, yg mempunyai kekuatan dalaman dan dilindungi DIA sepanjang masa
Seharusnya saya lebih kuat dari segi teorinya (mental, mksud sy)
Sebelum baca artikel psikologi
Sebelum surf blog idola
Sebelum mengadu bomba pada teman
Sepatutnya (baca:wajibnya) saya kembali pada DIA dulu
Minta ditenangkn hati
Minta diberi kekuatan tambahan *tanpa perlu mkn spinach mcm Popeye
Minta dibuangkan hasad dengki dan buruk sangka
*Banyaknya minta, beri sedikit sahaja :p

Pelik sungguh musim CDB
Mood sentiasa dalam keadaan ‘blues’
Pantang ada yg tersalah ckp
Atau ada yg mengguris perasaan
Air mata mcm banjir di Johor
Tiba tiba dan tak terduga (utk pertama kali)
(Utk banjir yang seterusnya, Jabatan Cuaca dah boleh meramal)

Ini entry semalam
Malam semlm kepala saya terlalu pusing dek CDB season
Saya gila membaca blog blog mengenai kehidupan yg panjang
Macm blog Miss HomeMaker yg keseluruhannya berkisah tentang Homemaker yg bersungguh sungguh
(dalam beberapa perkara)
Dia sukakan kerja wanita – menghias bunga, membuat bunga telur, membakar kek, masak mee bandung etc
Dan benar katanya(quote dari blog dia), dia bersyukur kerana diberi peluang oleh suaminya utk tinggal dirumah dan buat apa yg disukai
Tanpa perlu bangun awal, bersesak sesak di jalanraya / lebuhraya(bayar tol pun jem)
Dan pening kepala memikirkan masalah kerjaya
Dia betul betul buat apa yg disukainya
Nanti nanti bila ada masa saya link kan blog2 yg saya suka baca
(kalau kalau ada yg sama ‘selera baca’ dengan saya)

Semalam pagi, saya bangun terus mandi
Tiada siapa ajak saya jalan jalan
Tp sy mandi juga (Aiceh, org ajak jalan, br mandi ye?)
Siapkan jahit manik di baju nikah
(Kan saya kata, apa yg terjadi, semuanya akan tetap berlaku seperti biasa)
Bila sudah siap jahitan itu, saya tempekkan di sini ya
(mana tau, ada yg mo menempah :p )

Kemudian berbual bual
Dia tanya apa yg menggembirakan saya
Saya jawab
1.Night at the Museum Movie
2.Day at One Utama
3.Prosperity Beef Burger
4.Ayam goreng Spicy
5.Sundae Strawberry
6.Habis kan duit beli apa yg patut(dan tidak)
Dia ‘amboih…ok, siap, kita pergi’
Serasa dia, dia berusaha menghabiskan semua uwang yg ada utk membahagiakan saya
Serasa saya, saya kenyang, alhamdulillah BURP

Ianya mcm sumpahan
Korang penah tk alami apa yg saya rasa
Ada satu minggu, yg sgt terganggu (mental)
Dan dalam satu minggu itu, akan ada satu hari (selalunya mlm hari)
Saya akan sangat tertekan dan mahu putuskan semua ikatan pada malam itu juga
Setelah bergaduh dengan teruk smpai sakit badan, usus(lapar), hempedu(bagai dihiris & dititis lemon), dan jari
Setelah keadaan diam setelah kedua dua org penat bercakap
Masuk tidur
Dan terjaga, ke toilet dan mendapati ‘cik dtg bulan-cdb’ sudah tiba
Pernah?
Bukan sekali, saya rasa sudah berkali kali (atau lebih tepat,tiap tiap bulan)
Tiap tiap mlm,’mlm pergaduhan teruk’ – ialah masanya cdb bunyi siren
Pelik…
Jam biologi saya berfungsi dengan sempurna
Indahnya susunan Dia

Semalam saya telah ckp byk perkara yg melukakan dia
Dan dia juga ckp byk perkara yg melukai
(Pun tk nampak kepentingan berkomunikasi dlm hubungan)
Kalau keduanya diam (atau salah satu diam)
Mesti hubungan itu aman sentosa mcm kampung sentosa

Saya udah ckp, walaupun hati saya sakit atau cedera parah, atau retak dipijak pijak
Tidak ada apa yg akan berubah
Majlis akan terus diadakan
Saya masih teruskan menjahit manik di baju nikah
Menyiapkan bunga telur
Membuat reben, menghias doorgift
Membelek belek majalah pengantin utk mencari idea pelamin
Masih ke sana kumari mencari bekas hantaran
Dan budget utk simpanan ASB bersama akan terus dikutip setiap bulan
Tidak ada apa yg boleh berubah. Tidak boleh

Dia kata, saya mungkin lari
Saya kata, saya belum terfikir tentang itu
(Saya tk suka bersenam, semua org tau)

Dia juga kata, dia sudah sayang sikit sikit saja
(Yang banyak dulu dulu, sudah hilang di telan semua rasa)
Selepas itu semuanya jadi senyap
(Radio pulak mmg tutup dari tadi – oh ya, situasi ni dalam kereta)

Awak, saya stay dengan awak sbb awak sayang sy byk2
Jadi kalau yg byk2 itu sudah tidak ada
Mengapa saya duduk lagi di tepi awak

Buat sementara, saya amik retak retak hati tadi, simpan dalam bekas dalam almari
Cincin tanda kita, saya letak dlm kereta awak
Sy tidak mahu pakai lagi (utk hari ini :P )
Saya belum mau pakai

Saya tak ada rasa nk tmpal retak2 ni dengan cellotape mcm Mrs KK suruh
(sementara tunggu jumpa dia Isnin neh)
Saya memang tknak tampal wak

Saya tk tau apa akan jadi di masa depan
Semua org tidak tau

Nota kuku kaki – Nanti saya edarkan kad (belum ada rasa utk mengedarkan)

Nak menulis agenda dari pagi smlm smpai ke pagi ineh (dah pukul 4 am!)
Mata sepet saya belum boleh lelap

2-3 minggu ineh saya bekerja di site – IWK
Untuk pengaplikasian ‘Novell Asset Management’ utk HQ & branches nya se-Semenanjung M’sia
Diringkaskan, bukan saya yg memasang gunanya (baca:install)
Saya cuma menguruskan beberapa perkara logistik
Dan memastikan deliverable item being delivered on the scheduled date
(Maafin, bahasa saya rojak buah)
Maksudnya, byk2 ms sy digunakn utk memikirkn resepi mkn mlm
Mencari aksesori blog, mengemas-susun-atur PMO Template, memikir bagemana mo mendptkn uwang lebih byk dari biasa
Oh ya, smlm semasa mengambiltumpang Mr K di JKR, saya sempat singgah di Pasar Tani
Setiap hari Khamis akan ada Pasar Tani di dpn JKR
Boleh jumpa mcm mcm bahan mkn yg menarik
Saya beli bihun eka, perencah soto (ada yg kering & basah-sy beli yg basah)
Bun yg dibuat sendiri oleh kakak bun, berharga 20 sen sebutir (butir?)
Sesampai di IWK, sy terus mncari resipi soto
*perencah yg sy beli itu instant*
Lalu terjumpa blog Che Tam yg menarik
Penuh dgn resipi dan gambar anak anak
Yg paling menarik, punya catatan perjalanannya ke Bali
*saya sangat mahu ke Bali
Belum dpt pergi, tgk gambar pun jadi lah :)

Berbual di meebo dengan Mrs KK
Mengenai perpindahan blog saya ini
Saya bukan lari dari sesiapa
Cuma utk lebih spesifik, mungkin sy lari dr bayang2 diri sendiri
Jejak jejak yg sy tinggalkn, biarlah perlahan lahan dilupakan org
Dan utk perkara yg makin mendatang, biar hari ini menjadi hurup besar(tanda mula perkataan e.g A<– yam)

Pulang awal dari bekerja kerana hari ini punya Office Dinner di Sheraton Subang
Kepala pusing mo makai apa
Akhirnya makai dress yg dipinjam dari teman tempohari
Terima kasih Ms W, awak mmg baik dgn saya
Nanti sy hantar dry cleaning dress itu ya!

Ada byk perkara yg berpusing dlm kepala & perut saya

1. Keadaan bilik yg bersepah sgt. Sgt bersepah.
Saya tidak dpt melakukan kerja dengan tenang jika berada dlm keadaan disorganize.
Contohnya menyiapkn documentation tanpa menyusun fefail di atas meja
Contoh lagi tidur tidak lena jika tidur dlm bilik sepah dgn baju-rambut-buku-majalah-hanger-file-bungatelur

2. Hari Majlis.
Saya create DaisyPath sempena solemnation kami pada 4 May 2007 akan dtg
Dan hasilnya seperti di atas muka surat
(sengaja letak di atas utk peringatan diri sendiri)
Hanya tinggal lagi 3 bulan 2 minggu!
Ergh..sy harap sy sempat menyiapkn apa yg dirancang sempena hari itu

3. Kerjaya atau keluarga
Kerjaya saya baru saja bermula.
Dan saya punyai keyakinan, saya akan berjaya dlm perkara yg sy fokus.
Utk mencapai apa yg sy mahu, ada perkara lain yg mungkin saya (atau kami) harus pertimbangkn
Dalam masa sebelum berkahwin, fokus kami adalah kerja
Pulang jam 10 mlm adalah biasa
Pulang jam 3 pagi kadang kadang jika terpaksa
Tidak pulang,tidur di office, belum lg buat ms ineh

Kita tidak bisa menukar apa yg telah berlaku
Dimana sepatutnya saya memulakan kerjaya pada umur 22
Tetapi sy ketinggalan 2 tahun
Di usia 24 tahun, sy terkejar kejar dgn kalendar

Sempena 1 Muharram 1428Hijrah, sy mendoakan yg indah indah buat kami sekeluarga
Cara tulisan sy sudah berubah
Mungkin ianya berubah mengikut keadaan bilik – makin semak, makin celaru

Nota kuku kaki : Seronoknya kalau ada org tolong..

Ada byk masa yg saya rasa dia sebenarnya tidak membutuhkan (baca : perlu) saya
Cuma sedikit saja masa rasanya dia ada ‘sedikit’ peduli
Dia tidak kisah mahu bermulan madu
Sedangkan saya amat mo ke Bali (sebak pula)
Dia tidak tahu mau tinggal di mana lepas majlis
Dia tidak tahu mau mengatur bagaimana mahu tidur selepas nikah *maksudnya bilik, bukan posisi
Dia tidak kisah bila mahu punya anak, lebih lambat lebih baik
Dia tidak ambil tahu apa saya rasa, asalkan saya kenyang (penting!)

Sehinggalah saya tanya dengan suara lembut(ceh, siap ckp)
-Selalunya suara kurang lembut.hihi.
“Awak,kenapa belum mau baby”
(aiceh, saya tanya mcm boleh dpt sekarang juga :P )
Dia “belum pasti mo duduk mana lepas kawin”
“Kite dodok saja sini diam diam, nanti bila pregnant dan mo naik tangga, saya pegang la pemegang tangga”
(Dah boleh imajin, perut besar, suami tidak peduli, rumah tingkat 4)
Dan…

Tiba tiba…

Dia “saya mo awak pregnant di rumah sendiri dan tidak perlu naiki tangga (rumah teres). sila bersabar.”

Nota kaki bangku: Sekurang kurangnya ada juga perkara gembira utk harini (walaupun utk sementara)

Related Posts with Thumbnails