Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Archive for February, 2007

Haritu Miss W guna laptop saya
Dan agaknya dia terlihat tetingkap (windows) Mozilla Firefox yg sedang mengedit blog posting
Katanya “ooo, ada blog baru tak bagitau pun”
Saya “Erk, ini bukan baru,lihat ni,semua posting lama”
Bunyinya mcm cubaan meng’cover’ blog baru kan?
Tapi sebenarnya, saya sedang mengemas ngemas entri lama
Kerana dulu dulu masa muda remaja, background blog saya gelap, pekat warnanya
Jadi saya menggunakan font orange/kuning/cream
*Mengikut mood ketika itu
Lantas sekarang bila backgroundnya sudah berwarna putih
Jika tulisan entri lama ialah cream
Bila pembaca blog mau menjenguk2 kisah lama
Akan terlihat ruangan putih yang luas
Sudah..mau membaca perlu di highlight pula!
Oleh itu, untuk memudahkan pembaca blog yg mau menjenguk kisah lampau
Saya sedang dalam proses men’default’kan font warna

Lihat di bahagian atas kanan
Nombor pelawat itu kurang benar
Kerana saya seorg yang berulang kali memasuki blog
Utk melihat perubahan yang berlaku
*Saya kan suka benda yang interaktif*
Nanti nanti bila dah siap semuanya, saya tukar kiraan pemasuk blog dengan meter baru
Itu, ruangan shoutbox itupun
Cadangnya mau ditukar dengan satu shoutbox yang saya boleh meng’reply’ msg yang ditulis, dibawah msg penulis
*Ya,pening sedikit ayat saya*

Serasa rasa mahu menempek gambar
Dulu dulu saya mengambil gambar menggunakan kamera pinjam
Pinjam dari bakal bapa mertua
Kasihan dia,terlepas merakam beberapa majlis mesyuarat UMNO & Puspanita
Gara gara kamera dipinjam orang
(Nota kuku kaki-yg dia tahu, anaknya yg meminjam. Yang dia tidak tahu, saya lah yang paling aktif menggunakannya)
Gambar di atas adalah kamera pinjam
Banyak jasanya pada saya
(Mujur bukan dikira sewa hari)

Nov 2006, Aidilfitri tempohari *Tengok, kisah November 2006 masuk dlm entri Feb 2007
Ada orang membeli kamera
Beli utk siapa, saya kurang pasti
Yang saya pasti, hanya saya seorang selalu menggunakannya..hehe

Kamera biasa biasa saja
Harganya semasa beli hanya RM499, percuma 512KB Memory Card
Cukuplah rasanya sekadar memenuhi ‘nafsu-mengambil-gambar-bukan-bukan’ saya
Gambar saya?
Kerana kamera sentiasa dalam pegangan tangan saya
Maka gambar saya kurang dalam simpanan
Yang banyak, gambar orang-orang sekitar saya
Kalau saya nak menyelit bergambar bersama pun
Akhirnya jadilah seperti gambar di bawah


Gambar tempekan hari ini
Ialah semasa jamuan hari raya Aidilfitri di rumah officemates , Kak Mazlin
di Bukit Antarabangsa
Saya kurang berminat dengan tetamu
Tetapi lebih tertumpu pada kuih muih dan anak kecil Kak Mazlin, Qistina
Cemuru melihat perabut Kak Mazlin berwarna putih
(Dengan Qistina sekali putih, comel,gebu)
Because of pictures worth thousand of words
Biarlah saya menempek sebanyak mungkin gambar yang saya snap suka suka

Melihat perabot putih, tempohari saya ke Cavenzi, Damansara Branch
Amat sukakan katil bertiang & set bilik tidur putih
Tapi, orang yang akan berkongsi katil & almari dengan saya nampaknya kurang sukakan warna putih
Saya mahu cat bilik warna pink pekat, dia pening
Dia mahu beli tilam angin, saya jeling

Walaupun hidup adalah perkongsian
Tapi sebenarnya erti kongsi itu bukan setiap seorang dapat 1/2
Kerana dalam banyak keputusan
Kedua duanya tak dapat apa yang dimahu

Nota kakicomel Luna: Tengah kumpul duit nak beli katil + Tengah kumpul tenaga nak membujuk

Itu hari, saya bercuti selama 4 hari
4 hari saja, tp rasanya cukup puas merehatkan otak
Berehat daripada mimpi-mimpi issue IWK, IJN, SYABAS, PTPTN etc.

Hari ini kembali ke pejabat
Mulakan to do list:

1. Menelefon MRSM Balik Pulau untuk penangguhan pendaftaran
Rasmi kan bunyinya?
Begini, ‘adik-bf-kakak ipar’ sepatutnya mendaftar tingkatan 4 di MRSM Balik Pulau pada hari ini
Tetapi bila takdir memainkan peranannya
Iaitu semalam, ayahnya meninggal dunia kerana Acute Pulmonary Oedema
*Selamba saja doktor itu tulis sebab dalam English, walaupun borang itu berbahasa Melayu
(Mungkin dia tidak sempat menterjemah sebab kematian itu ke dalam bahasa kita)*
Maka, yang tinggallah menguruskan beberapa urusan
Lantaran keluarganya pasti kelam kabut
Saya ingin menyumbang apa yang mampu, iaitu menguruskan urusan penangguhan pendaftaran adik-bf-kakak ipar.

2. Menyusun atur keadaan kewangan
Faham faham bila pulang ke kampung
Pasti ada banyak yang tersasar dari bajet belanjawan
Bawa pulang RM500, balance ada RM3 dalam purse saya
Bayar itu dan ini, beli sana & sini, tinggal bulu bulu yang tersimpan kemas
Ye, past is past…

3. Mengumpulkan gambar BBQ
Hari Isnin, saya menjemput kawan sekolah dtg ke pondok kecil comel saya
Terima kasih pada yang dtg
Walaupun tiada karpet merah atau renjisan air mawar
Pun saya menghargai kehadiran kalian
Kepada yang berusaha menghidupkan bara api
Aja aja fighting! Walaupun kita tak dapat Mawi, kita doakan Ikin pun tak dapat Mawi, Amin..

Nota kuku kaki – Lepas kami gantikan penggunaan kipas kat atas kepada tudung periuk, barulah api menyala

4. Menyusun atur gambar semasa bercuti
Saya melawat nenek yang sedang uzur di kampung
Sambil berjumpa seketul dua anak saudara yang ‘semangat-semangat belaka’


Bermain dengan mereka
Mereka asyik panggil saya ‘Kakak Suraya’
-Sepatutnya sudah Auntie Suraya
Tapi saya tidak mahu mengelirukan mereka dengan pelbagai gelaran
Lagipun biarlah mereka panggil apa yg sesuai dengan saya kan, iaitu Kakak

Asyik bergambar sepanjang petang
Saya katakan gambar mereka, akan saya masukkan dalam magazine
Untuk melihat gambar, check di magazine ya
Mereka sangat seronok
*Agaknya mereka ingat saya ni Mama Juwie atau SS agaknya
Bila saya tanya, mahu letak gambar mereka sebelah siapa
Ada yang mahu sebelah Awie
Berulang kali saya tanya, Awie ke Mawi?
Katanya Awie , tegas.
*Isk, Awie tu gemuk la dik, berbulu, kaki pukul, kawin senyap senyap kat Siam setahun berahsia.
Yang seorang lagi mahu gambarnya di letak tepi Diddy AF4
Diddy pun akak tak kenal deknon, akak kenal Aznil je dalam AF tu

O ye, nama mereka Hanis, Siti & Farikh
Hanis : Kakak Suraya, nanti kakak Suraya nak kawan dengan siapa?
Saya : Dengan Hanis la (kawan kan..)
Hanis : Bukan, masa jadi pengantin, nak kawan dengan siapa?
Saya : Ooo..kawin, dengan Mawi..Tp jangan bagitau sesiapa yer
Hanis : …………..
*korang rasa kenapa dia diam? Dia tau, memang takde org akan percaya ker?

Lepas habis semua ni, baru la saya nak fikir pasal kerja
Ahaks, kira saya makan gaji separa buta la hari ni….

Malam hari masih menaip apa yang perlu utk management meeting esok hari
Tiada lagi masa utk boring
Uwohh..dah lama rasanya tidak boring
Sebenarnya kerja yg memerlukan penelitian saya, bersusun dengan banyaknya
Cuma sengaja pilih kerja yang prioritynya 1
Yang 2, Yang 3, makin lama makin jadi yang ke 20, ke 30 ?

Kebelakangan ini saya agak kurang produktif
(Tanda tanda awal utk diberhentikan kah)
Atau sign awal utk menopouse
Uhuks…

Makin lama saya makin pendiam?
Pendiam?
Pendiam?
Lama tak dengar suara?
Betul ker?

Oooo..tu sebab saya gunakan Meebo utk chatting & SMS menggantikan call (kes bil melambung macam harga cili merah di pasaraya)

Tengah buat kerja sambil nyanyi perlahan
(Yela,bukan pusat karaoke nak kuat kuat)

Kau & aku, sudah ditakdirkan bertemu
Dan kita sama sama jatuh cinta
Ini semua sudah suratan Izali
Hem hem hem (jangan tanya apa ni, lagu ape aku nyanyi pun aku taktau)

Nampak?
Nampak apa yang aku nampak?

Haih

Nota kuku kaki : Kesan dengan komunikasi berterusan dengan customer dari ***, Mr Izali

Related Posts with Thumbnails