Phuih..saya sudah selesai mengedit posting yang lama berwarna cream
Rasa rasanya semua sudah berwarna hitam pekat
Rapidcounter pun sudah saya resetkan kepada kiraan kosong
Shoutbox juga berwarna & bernafas baru
Bahagian angan angan itu sudah saya padamkan perlahan lahan
Bila nanti hidup saya mula ceria dan terasa mahu berangan
Akan saya isi kembali tempat kosong tu
Pelik kan
Dulu dulu saya apdet blog sbb saya tau Ms Lolly & Ms Kiki
Menjadikan blog saya sebagai ‘blog-mesti-masuk’
Oleh itu mereka selalu ujud sebagai watak penyeri dalam blog
Tapi hari ini saya menulis sendiri
Menulis bukan utk sesiapa
Menulis yang syiok sendiri
Tiada siapa yang masuk sbb saya lari jauh jauh bubuh beg dalam kain batik sangkut dihujung batang ubi
Kalau adapun yang masuk, yg terjumpa dan mengikut cebisan batang ubi pecah pecah di sepanjang denai laluan
*Bukan cebisan coklat yer
Pun semasa melarikan beg baju tu
Saya tak tinggalkan alamat terbaru pada jiran
Semasa menaip, sudah jam 9.15 malam
Pun saya masih di site
Mengedit layout blog(bunyinya mcm penting kan) sambil mendengar Winamp yang berbunyi tanpa henti
(Itu sbb saya click option play continuously)
Saya bubuh la sekeping-dua-tiga-empat gambar yang diambil di ofis & di site
Besarnya senyuman semua, sbb Mr T kasi angpow dalam bekas kaler kuning
(Aih sudah tukar ke,bukan merah ye?)
Mengenangkan ini angpow terakhir saya, saya gunakan semua duit tu utk bayar makan kat mamak
Hehe..biarkan kenangan itu pergi mengikut arus perbelanjaan semasa

Ni bekerja ke bergambar?
Selamba saja Mr KH membuat tanduk pada comelnya dia saya
Awak, saya berhutang 1 tanduk pada awak…Nyehe…

Aaa..baju coklat ni membuatkan saya nampak gumuk?
Ahaks, saya sebenarnya tak kisah
Saya biasa biasa saja dengan komen semua orang
Comel ok je di mata saya
Kan sepatutnya semua org berbangga dengan diri sendiri, kan?
Kerana kita semuanya unik – kurus, tembam, keding, debab – unik

Ni kes jakun teruja nampak tangga bomba
Rasa nak menggelungsur terus guna tiang tu
Tapi utk mengelakkan perkara2 yang tak di ingini
Maka saya pun nuruni tangga macam orang separa normal
Boring?
Ahaks, saya suka. Serius. Saya suka.
Related posts:



