
Terkejar kejar dengan cubaan menterjemahkan kehidupan seharian kepada tulisan.
Faham maksud saya?
Saya cuba menulis hari hari di dalam blog mcm hari hari mau.
Tapi banyak masa bukan di depan pc.
Kesana kemari meeting dan bercakap.(selalunye diam,biar org lain yang cakap)
Bila di depan laptop pula,mula la mahu cek meebo,lihat siapa yang online.
Siapkan kerja yang mana patut dan tak patut.
Kemudian taip sebaris.
Bila sudah habis waktu bekerja, tengok tengok sudah berjaya tulis 2 baris saja.
Cinta tu macam spring yang halus,perasan tak?
Sangat halus sampai perasaan mengalaminya sedikit aneh
Ada sakit betul betul di hempedu, ada gembira, ada geram, ada benci
Dan mcm spring, kejap suka sgt, 5 minit lepas tu benci pulak
Dan ada satu masa lain, cinta tu mcm manik manik yang di kain baju
Cantik, kemas tersusun jahitannya
Lepas dua tiga kali basuh, dah mula ada manik yang terjatuh
Kalau jumpa, boleh simpan dan jahit lain kali.kalau.
Yang tak jumpa, cicir cicir di tepi jalan, terus tak jumpa.
Sampai bila bila.
Nota kukuku – Perasaan disayangi memang indah, mcm shopping di one utama sambil membawa sekarung duit.
Related posts:



