Archive for March, 2007

Pagi hari bila saya jaga dari tidur.
Cuba jugak pejam pejam mata tapi mata dah cukup tidur, dan badan dah cukup gemuk rehat.
Saya selalu mengharapkan yang indah indah belaka.
Ok, thats too much of exaggeration in above statement..jujurnya saya hanya mengharapkan tiada apa apa yang buruk berlaku.
Mulanya saya cadang mahu sampai ofis lewat, sbb bos ada seminar diluar
(konon2 dia takkan tahu yg sy lambat)
Tapi bila mengenangkan kerja kerja dalam folder IN dan folder OUT yang kosong, saya bangun juga.
Bukan apa,saya mahu biasakan pulang ofis jam 5.30 petang.
Kurangkan stayback, utamakan keluarga..hehe.
Untuk mencapai matlamat itu, saya mesti sampai ofis setiap hari 8.30 pagi.Setiap hari.Bukan dua kali seminggu sahaja.Bukan sekali sekala.
Mandi, berus gigi, nyarung baju kerja.
Adjust button yang mana perlu.
(Baju ni lepas basuh makin kecil la)
*Asyik nafikan tumbesaran sihat diri sendiri.
Pagi ni hujan, hujan tak berenti renti.
Paling laju saya mandu 60km/j, kelajuan normal sepanjang perjalanan ialah 20km/j.
Dey,pukul berapa nak sampai ofis ni?
Tiba tiba card touch n go saya jatuh.
(Sungguh,penggunaan tiba tiba tu membuatkan efek suspens kan?)
Raba raba tak jumpa.
Berhenti tepi, tertonggeng tonggeng cari,pun tak jumpa.
Tinggal belum terbalikkan kereta je lagi.
Ah sudah, bahang ‘bad day’ sudah terasa.
Malas cari,saya berfikir mahu call orang dan cakap”awak,card touch n go saya hilang la dalam kereta saya.awak balik kerja nanti awak carikan ye?”
Lepas memikirkan solution,mmg saya rasa lega,sekejap.
Cuma sementara menanti masa ‘dia’ balik kerja, saya perlu pergi kerja pagi ni.
Perlu melalui jalan tol, dan kalau saya menggunakan lorong laluan tunai, barisan pembayarannya lebih panjang.Selalunya.
Sampai dikaunter pengambilan tiket, tingkap pintu kereta pula stuck.
Haih, selalunye elok saja, kenapa pagi ni pula stuck.
Kenapa tak stuck masa org lain guna kereta?
Kenapa stuck masa pertama kali saya menggunakan lorong tunai sepanjang tahun 2007?
Erm,selingan-apa yang saya nampak hari ini, lorong tunai mahupun lorong touch n go, sama sahaja panjang barisannya.
Bezanya, wang tunai ataupun prepaid tol
Dapat jua membujuk hati, tk mengapa la tng hilang pun,sama saja jumlah kenderaan.
Tingkap kereta rosak, perlu la saya buka pintu utk ambil kad & bayar tol.
Haih..sepanjang perjalanan 1 jam 1/2 untuk ke office,saya gunakan untuk menenangkan hati sendiri.
Dengan berkata”saya bijak nangani stress”
and it works!
Sampai lewat juga, mujur wife bos keluar menghantar anak ke sekolah
(company sendiri-suka suka keluar hantar anak kan?)
Nota kuku kaki – awak bijak sifir nangani stress?
Pagi pagi dah sampai client site
Ada meeting seawal jam 9
Datang awal,boleh prepare apa yang patut
Catit sikit sikit, bukak email kalau kalau ada new mail yang belum dibaca
Bukak friendster,kalau kalau ada yang menjenguk kad jemputan yg saya tempekkan
Hantar msg kepada seorang dua kawan
Manalah tau kalau kalau ada kelapangan, boleh la menjenguk majlis saya nanti
Jenguk di forum cari, sbb saya ada tampalkan jemputan
Seikhlas hati saya menjemput teman teman datang ke Sg Siput U
(Kawasan Samyvellu..hehe)
Kecik tapak tangan, macro Ipoh saya tadahkan
Lepas meeting selesai, saya terus ke McD
Sambil makan makan, teringat pada Project Manager di tempat lama saya
Dia sangat kuat merokok
Sangat..
Bila saya tegur, merokok tu membahayakan kesihatan
Dia jawab, dia kena merokok sebab dia kena banyak berfikir
Situasi itulah yang saya tengah rasa sekarang
Cuma, saya gantikan merokok dengan makan..haks
Sebab saya kena banyak berfikir..kena..
Lepas makan makan, saya balik ke ofis
Beramas mesra dengan colleague, sbb dua minggu sekali barula dapat berkumpul di ofis
Masing masing ke site
InsyaAllah 23 Mac hingga 25 Mac nanti ada percutian syarikat (baca:company trip) ke Pulau Redang
Semua org dah teruja dengan perkataan ‘pulau’,'angin’,'laut’,'snorkelling’
Saya kurang teruja, sbb saya risau
Cuma utk tidak mematikan mood org org yang teruja
Saya join sekali utk memeriahkan suasana
Saya risau sbb wedding saya hampir sangat..sangat hampir
Nanti kulit saya rosak…erk…mcm poyo kan?
Tapi memang poyo pun
Saya habiskan beratus ratus dan berbulan bulan utk menjaga kulit
Erk….sorry pada yang muntah muntah sbb rasa saya gedik
Saya cuma sukati tulis apa yang saya rasa
Nota kuku kaki : Kalaulah superman saya faham…
Dah berubah wajah(font)
Dua tiga menjak ni chatting pun nak guna font Arial, tegak,normal
Tiada lagi mood Georgia senget senget berlengkok
Skrg saya tengah makan oat
Sambil menyusun nyusun kerja dalam folder IN
Banyak..sampai ada yang terlupa lupa
Nasibbaik colleague tak kedekut mengingatkan
Perlahan lahan, banyak yang berubah sebenarnya
Saya jadi lembut hati sedikit (ye ke?)
Blog pun dah berubah background putih
Macam blog Tipah, kalau dia berjiwa kacau, berubahla background jadi hitam
Kalau hati tenteram,tenang,aman,damai…putihla backgroundnya
Tapi dah lama saya tgk backgroundnya putih
Maknanya dia sedang dalam keadaan selamat sejahtera..Amin..
Haritu Mrs Sya msg saya
Sya : Sue, ada JJ tak kat KL
(sebelum balas msg sya,saya gelak dulu)
Sue : Ada sya,mcm2 ada kak KL, sya je yang tak ada (sya duduk sabah).
Nape sya, nak belikan peti ais ke? Terima kasih sya, saaaaayang sya.
Sya : Hihi, sya nak belikan JJ utk cik sue. Kat mana ada JJ ye sue?
Sue : Kalau brg yg sya nk kasi sue tu besar dan berat,kena naik van, JJ terdekat dengan rumah sue, JJ One Utama.Ada lagi kat Kepong, Setapak.
Tapi kan sya,sue taknak la hadiah hadiah ni, sya dah dtg pun sue dah seronok.
Sya : Pandai pandai je cik sue ni. Thanks, bye.
Pandai meneka kan saya?
Hiks…apa la yg sya nak kasi tu
(Tapi betul, kalau sya dtg tanpa hadiah pun, dah sayang banget kat sya)
(Datang dgn hadiah,rasa bersalah pulak nak terima, org tu dtg dari jauh dah)
Tadi check2 msg di forum cari
Saya dah mula menjemput teman teman di friendster dan di forum cari
Kad jemputan pun dah mula diedarkan
Biar awal awal,supaya takde yang tertinggal
Kalau boleh, saya taknak ada yg terasa sebab tak diberitahu
Kalau boleh…
Bercadang cadang nak berpindah ke rumah baru(url lain)
Sebab malu pula rasanya menulis macam macam perkara
Malu dibaca orang..
Tapi fikir fikir, jika saya pindah, rumah baru itu pasti sunyi
Lengang,takde orang lalu lalang
Nak meninggalkan cap jari kaki jauh sekali
Lalu saya biarlah saja di sini
Berat saya bertambah dengan banyak
Mulai hari ini 12 Mac 2007, makanan ruji saya ialah oat
Hanya oat
Tiada lagi KFC Original Recipe snack plate kasi 2 ye
Tiada lagi nasi kuah kari, ayam goreng potong ye ane
Itulah..berat saya naik bukan sikit sikit
Berat saya naik sampai Paman Aim tersalah sangka, ingatkan saya Bikni (makcik saya anak sorang,umur 32)
Berat naik sangat sampai embah saya komplen pada mak”Laki bini gemuk”
–>Merujuk pada saya & tunangan–> Statement kejam giler
Berat saya naik, tp angah dan ayang kata saya makin comel (Gemuk pendek?)
Naik melampau, sampai Naim(adik tiri) describe kan saya pada ibu yg dah lama tak jumpa “Kakak sihat, sihat sangat. Pendek gemuk”
Hopefully by 4 May, saya boleh jadi 47 kg (uhuks, banyak kilos tu)
Abah & mak dah mula mengedar kad
Diorg jumpa jiran lama, masa saya darjah 4 sampai darjah 6
Jiran lama “Suraya dah nak kawin, besar mane sangat la dia tu”
Heloo jiran, tu tahun 1994, memang la si Suraya tu kecil, tak besar
Sekarang dah 2007, dah 13 tahun berlalu
Dan kalau tiap tiap bulan si Suraya tu makan KFC, bersamaan dah 156 kali dia makan KFC beserta kulit ayam
Boleh imagine kan?
Harini Naim misscalled
(Sukati je misscall)
Rupanya nak sembang pasal result SPM dia –> 4 A, 5 B
Bila saya kata saya heran, muka dia takde dalam surat khabar sbb dapat 19A1
Dia kata suratkhabar tu black and white
Sebab dia ada sket ‘black’, so maybe saya terlepas muka surat
Aiceh… (akak cek online paper la dek non)
Dia mintak hadiah kapal terbang
Saya nak kasi bot
Dia nak juga kapal terbang
Maka saya pun email la hadiah dia
Senangnya teknologi sekarang
Tak payah susah payah jumpa, atau naik bas ekspress
Dah boleh menyampaikan rasa sayang
Harini dpt email dari Abby
Panjang kisah Iskandar Khilfi baru lepas majlis cukur jambul
Erm abby, sue tengok Khilfi ni mana ada jambul
Rambut Mawi pun lagi panjang dari Khilfi
Abby sekarang sibuk….
Sangat sangat sibuk dan bahagia melayan karenah Khilfi
Bila tengok lama lama gambar Khilfi ni
Rasa nak register AirAsia ke Langkawi


Harini tak sempat sembang lama lama dengan Miss Z
Hopefully semuanya ok di sana
Baby Nurul pun, kak sue tak sempat jenguk lagi
Entah entah dah masuk darjah satu nanti baru kak sue sempat jumpa
Nota kuku kaki : Dah sebiji cam daily diary. Harini aku…harini aku…harini aku….esok aku…
Segala di sini sudah diperbaharui
Site Counter bermula dengan 0, saya masuki sebagai orang pertama menjadikannya berjumlah 1
Selepas itu tiap kali meng’update’, saya sengaja tidak mahu meng’view’ page
Nanti bimbang jumlahnya bertambah
(Aha..bimbang pula~)
Harini baru saya masuk utk meng’check’ kalau kalau ada msg di peti suara (shoutbox)
Kosong~~
Tapi sudah ada 6 kali diview orang
Dengan kata lain, sudah ada 4 orang masuk selain saya (Yang no 1 & no 6 ialah sicomel saya)
Eh, utk orang yang masuk tu
Janganla malu malu tinggalkan jap jari di shoutbox atau peti komen
Sesekali teringin juga saya nak tau, siapa yang sudi menaip link saya utk membaca kisah2 semasa negara




