Sebelum May 2007
Bakal suami memberi pendapat “Em awak, cincin ni longgar sikit saje, nanti kan awak makin gemuk, tak payah kecilkan la”
Bakal ibu mertua mencelah “Ha a, nanti makin lama makin besar, biar je tak payah kecilkan”
Bakal isteri berfikir “Kalau dah kecilkan,tak boleh nak besarkan di kemudian hari. Biar je la”
Semasa May 2007
Tetamu berbisik semasa sarung cincin “Longgar cincinnya”
Isteri baru berkata “Lagi besar,lagi mahal…biar lah besar besar…ye tak makcik”
(Eh makcik je ke tetamunye?)
Suami baru di dalam hati “Apesal cincin saya pulak ni ketat”
Selepas May 2007
Suami 1 bulan lebih “Mana cincin?”
Isteri 1 bulan lebih”Longgar. Asyik tercicir” (Kena tahan dengan cincin baru gamaknya)
Suami 1 bulan lebih pura pura tak nampak ayat dalam bracket “Simpanla dulu ye..nanti dah berat balik baru pakai”
(sambil meletakkan cincin di atas tin biskut Hup Seng)
Kisahnya…
Nota cincin : Sajer nak cakap……berat saya udah turun 6kg (hidung kembang, perut kempis)
Related posts:








heheheh.. cakap lapik2..
haha..lapik dengan alas (dan bracket)