Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
Luna’s Sponsor
ShoutBox

Archive for July, 2007

Saja amik cuti-rehat-tulis-blog sehari dua
Sambil tu merry-go-round juga blog kawan kawan
Teringin nak cerita pasal binatang binatang yang pernah hadir dlm hidup saya
*Copycat entry Ms Kriesz

15 ke 20 tahun lepas
(Cam cerita pilem,ada flashback)……………. *titik2 ni kasi panjang sket

Saya bukan animal lover
Cuma saya suka berkomitmen
Berkomitmen = terlebih rajin lah, suka menjaga benda yg tak perlu dijaga
Masa darjah 2, anak jiran belakang rumah belajar mengaji kat rumah saya
Lalu, pagar besi antara rumah kami dibuka bagi memudahkan dia dtg mengaji
Dan saya beli kelapa *oh ya,mak dia jual kelapa parut
Anak jiran tu nama Han(saya lupa Raihan,atau Farhan,atau Hans Isaac?), dia kawin masa saya umur 22
Haih~masa tu umur dia 22 juga –> kami sebaya

Oh entry ni pasal binatang kan? Ok sambung
Sementara saya menanti mak Han memarut kelapa di mesin
Saya selalu memerhati ikan gapi (gapi eh yg kecik2 tu) yang bapanya bela di dalam kolah mandi
Aih, bukan saya masuk bilik mandi mereka
Begini, kolahtu bapanya letak di halaman rumah mereka
(Mungkinkah mereka sudah ganti kolah yang lebih besar dlm bilik mandi mereka?)
Dan saya berazam mahu mengumpul wang utk membeli ikan itu
Akuarium kecil, saya ada jumpa(jumpa?) di rumah
Mungkin itu milik bapa saya masa dia kecil2
Diringkaskan cerita, saya berjaya mengumpul seringgit
Lalu, bila ibu minta saya beli kelapa parut
Saya pun order sekali “makcik, kasi kelapa 1, ikan ni seringgit”
Yang bab kelapa tu, makcik tu amik duit
Bab nak beli ikan seringgit, makcik tu gelak2 dengan pakcik
*Isk,makcikni pun, tak tunggu malam malam taww..

Pakcik “tak payah beli2 la suraya, suraya nak berapa ekor”
Uwah…ada banyak ekor dalam kolah kecil itu
Pakcik tu suruh saya pilih?
Maka saya jawab “seekor jantan, seekor betina” (Dua ekor la eh?)
Selepas dapat ikan & kelapa, saya senyap2 bawa ikan itu naik ke atas
(Kelapa tinggalla..kat dapur)
Rasanya namanya ‘Riang Tirana’ dengan ape ntah lagi sekor
Ha? Ok ok saya jawab satu satu (bajet org banyak tanya soalan)
Nama dia begitu sebab terpengaruh dengan cerita melayu masa itu
Masa tu hero Badrul Muhayat, heroin mesti Sofea Jane
Nak tengok Badrul Muhayat, kena masuk wayang..drama swasta? Samarinda?
Masa tu Badrul Muhayat tak heran…
*Nama ikan lagi sekor tu Badrul Muhayat kut (serius lupa)
Macamana saya bezakan jantan betina?
Yang jantan yang besar, yg betina yang kecil
(rasanya pakcik tu mesti tension masa nak carikan sekor jantan sekor betina utk saya!)
Bekalan makanan ikan tu, saya suruh bapa beli agaknya
Yela,kalau bukan bapa yg beli, mana pulak saya nak cari kan?
(Haih~lupa la…lama sangat suda)
Yang saya ingat, masa cuti sekolah, saya mau balik kampung
Balik kg naik bas, susah bawa akuarium
Lalu saya tinggalkan ikan itu dengan bekalan makanan yang banyak (Sangat banyak!)
Dan kerana saya tuan yg memahami mereka mungkin bosan
Saya letakkan wang 1 sen beberapa keping sebagai hiasan dalam akuarium
*Wang lebih dari 1 sen buleh pakai beli kopok,sbb tu tak letak!

Pulang dari kampung, kedua dua ikan itu sudah mati
Sebabnya ada 2:
1. Makanan tu lagi banyak dari taik ikan –> Tak sempat makan da innalillah
2.Duit 1 sen tu dah berkarat dok dalam air selama seminggu

Perasaan masa tu, blur kut
Cuci akuarium dan blur (malula pulak nk minta ikan lagi…)

Tutup cerita ikan, saya jumpa burung pula
Kecil je, burung ape ntah…
Burung yang selalu terbang ramai ramai di Shah Alam tu
*Masa tu saya kat Shah Alam
Kaki dia luka
Saya kesian, saya masukkan dia dalam sangkar
*Sebenarnya sangkar yang saya maksudkan ialah perangkap tikus
Sementara tikus taknak gunakan perangkap tu, saya tumpangkan burung tu
Sekejap je, dalam beberapa jam, burung tu mati
Belum sempat nak ajar bertutur dalam bahasa melayu
*Ingat burung kakak tua ker?

Lepas tu masa darjah 5 saya berpindah ke Teluk Intan
Saya mula bawa masuk kucing dalam rumah
Kebetulan arwah adik saya suka kucing
Panggil ‘comel’ sbb semua org buat karangan ‘kucing saya bernama comel’
Sedang kami main main dengan kucing itu
Saya terbau sesuatu yang busuk
Saya marah adik saya yang berumur 3 tahun masa itu
Sebab berak merata rata!
Rupanya bukan dia, tapi Comel
Ahh~~tak comel la kamu ni comel!
Sejak itu comel hanya bermain di luar rumah kami sahaja
Tidak boleh masuk
Saya dan adik hanya bermain kucing setakat pintu rumah
Kasi makan, minum dan cuit2
Adik saya selalu bancuhkan susu utk kucing
Saya pula, lepas basuh kasut sekolah,selalu asingkan air kapur tu utk kucing
*Dia tak minum ok… –>menjawab utk sesiapa yg kata saya kejam
Masa tu saya ingat kucing tak boleh bezakan!

Masuk sekolah menengah, saya tak pernah membela
Samada ikan, kucing atau orang

Masuk U, baru saya ada beberapa binatang
Itupun sekejap saja
Selepas itu saya ‘hadiahkan’ secara percuma kepada orang

Erm…saya pulang dulu!
Selamat malam

Balik kampung lagi?
Minggu lepas suda pulang kampung – Perak, Kuala Kangsar
Cadangnya mau harung sekali ke kampung saya – Perak, Sg Siput(U)
Tiba tiba parents saya mau ke Kola Lumpur ada kenduri sedara
Maka sepanjang minggu lepas saya spend di rumah mertua
Makan buah, makan nasi lauk asam pedas, makan macam macam
Dan untuk mengelakkan bermasam muka (pastinya bukan muka saya & suami)

Saya balik kampung lagi malam ini…. (tapi Sungai Siput pulek)

Balik kerja baring baring tengok Manjalara
Sesungguhnya cerita ini, pelakonnya, skripnya, maupun jalan cerita
Semuanya agak @%&!&*$ (terutama Manjalara ituh)
(Tapi saya terus juga menonton)
Sampai suami kata, “tutupla yer..busuk giler cerita”
Saya angguk “tukarla channel lain”
Dia tutup terus TV
Hah? Tutup terus?
Saya ingatkan dia nak tukar channel saja
Nyampah sangat agaknya pada Manja
(Mujur dia tak tutup betul2 guna kain pelikat)

Lepastu kami nyambung tengok movie Miss Congeniality 2
Movie lama, tapi kami baru nengok..hihi

Lepas habis movie, saya mandi dan buat apa apa yg patut
Kembali ke depan TV dengan massaging lotion, soothing gel, itchy ointment & vitamins(banyak jenis)

Kalini buka TV, rancangan Bersamamu tinggal lagi 10 minit
Pengarah & Krew Bersamamu tengah kemas kemaskan dapur org miskin itu
Kemudian bawa anak-anak-anak-anak-anak org itu shopping baju sekolah di Mydin
Kemudian salam salam dengan org miskin dan anak-anak-anak-anak-anak-anak-anak-anak nya!
Banyak giler…kecik kecik lagi dah ada adik!
Rupa pun comel comel, cuma comot

Pelan pelan sapu massaging lotion, saya cakap
“Kesiannya dia bang, mesti masa pregnant pun kena buat kerja, jaga anak, masak”
“Pregnant lotion? cream, gel? Jauh sekali…kan bang?”
“Kaki cramp pun buat2 tatau je kan..”
“Org macam tu, mesti masa pregnant, badan tak naik gatal2 (refer pada kulit saya yg semakin teruk gatalnya)”

Suami “Bersyukur tawww”

Nota perut : Kaki cramp, terus minum ORS..baru boleh tidur malam (^-^)~~~ dugaan


Minggu lepas, hari Isnin
Ketika saya bersiap siap utk ke tempat kerja
Tiba tiba… (refer gambar di atas)
Sudahnya, saya zip separuh
Separuh lagi terbuka, butang pun tak mampu dicantumkan (kasian)
Tutup dengan baju
Tapi sambil jalan, tangan pegang seluar
(Takut tiba tiba…tak sedar, sudah sampai lutut)
Aiceh…*bajet kurus la,buleh jatuh terus? ahah..

Pulang kerja terus ke Cheras Leisure Mall
Tengok di Papan Kenyataan, maternity & kids shop
Pertama kali melihat barang-barang kegunaan ibu menandung
Kagum sekejap…
Lalu membeli 3 seluar – putih, hitam & jeans
Buat ke kerja & jalan jalan
Saya suda beli, baru perasan
Ada 4 jenis seluar rupanya
Saya beli ketiga tiganya Extended Panel
Perut masih kecil, tapi sudah siapkan tempat utk dia membesar
*Ehem, dia tu perut ke org ketiga? Ihih..
Walaupun nampak besar,tapi ada getah & butang di tepi utk size adjustment

Untuk yang heran, amenda la yang membesar tu?
Saya kepilkan, gambar pertama Shazwan & Suraya Junior
Panjangnya 12cm, kiri ialah kepala
Tengah tengah ialah badan
Dan dihujung kanan..ada 2 tompokan ialah kaki yang menendang nendang
Tangan, tak dpt di capture sbb dia sedang sibuk berenang

Selamat datang si kecil!

Cadang cadangnya nak upload gambar jalan jalan di Friendster
Rupanya dahpun reached maximum limit
Tempek di sini sajalah kisah Honeymoon yah!
Gambarnya banyak, bimbang marah pula blogspot neh
“sudahla free,tempek gambar banyak2″
“ini blog la weh, blog..bukan fotopages”
sukati ahhh

Ahaks…
Saya & suami berjalan ke Sabah Kota Kinabalu pada 19 hingga 21 June 2007
Setelah sebulan setengah berumah tangga
Kira honeymoon juga kah?
Honeymoon = berjalan jalan berdua sambil membawa sijil nikah,kan?
Sampai sampai kami disambut Encik Azfar
Handsome suda dia, bertali leher, berkemeja lengan panjang
Kami ke rumah Sya dulu, makan tengahari yang di masak Sya
Tercengang tengok lauk yang Sya masak
Sangat sedap, sangat banyak, sangat remeh…rendang ayam!
Sya memang macam ibu ibu!
Sayangnya saya tak makan banyak~sbb saya tak boleh makan
Lebih banyak yang nak terkeluar, daripada yang di hadam (pada ketika itu)
Itulah kisahnya berhoneymoon lambat lambat
Jalan jalan bersama bertiga
Kena gerak perlahan lahan, takut ‘orang dalam’ terkejut (ahaks~)

Papa Iffah bawakan kami ke hotel untuk berehat
Kerana jika di rumah Sya, kami saya akan mengacau Iffah sampai Iffah nyampah dengan saya!
Sampai umie Sya sound “Sue, umie dia ada kat sineh…”
Sebagai tanda peringatan, yang umie Iffah ada di sebelah
Selambe saje yeh buli anak orang!

Sesampai di hotel
Kami bukak ape yang patut
Ehem, bukak peta, bukak brochure, bukak risalah pelancongan
Masa kat opis, tak sempat nak survey2 tempat untuk di lawati
Kes kelam kabut siapkan kerja sebelum bercuti

Kering sahaja rasanya tekak
Buleh minum air rasmi KK iaitu KK Cool
Tak jumpak air ni kat Semenanjung…hihi
Dalam tak larat itu, saya masih mau ke Pasar Filipina
Kiri kanan mutiara dan kristal
Rambang mato makcik
Maka saya jalan jalan saya tengok, pegang letak balik lepas tanya harga
Takla semahal di Semenanjung
Di Semenanjung paling murah pun RM80- kristal rambu ramba
Di Sabah bah hanya RM30 sahaja!
Untuk wanita2 yang gemar berniaga, sangat sesuai dtg ke Sabah
Saya tidak boleh meniaga sbb nanti yang saya pakai lebih banyak dari yang saya jual
Lebih baik jangan beli hihiPenat pusing2, pulang semula ke hotel
Bergambar di lobby hotel…klasik kan hotel nehMakan malam di Sabah Waterfront dengan Encik Azfar, Encik Firwan, Puan Sya dan Cik Iffah
Ha?Baju coklat tudung purple?
Selamber, berjalan pun tak larat dah…
(Nasibbaik boleh suap makanan lagi)
Itupun mujur berjemput berhantar oleh kawan kawan yang baik hati..Muahs kat Sya & Iffah jer
Sampai sampai di hotel, terus pejam mata…ZzzZzzz
*gambar pejam mata takde nyeh…takyah scroll2 ke bawah

Hari ke2 di Kota Kinabalu, kami ke National Park,Kundasang
Lalu jambatan Tamparuli
Ihiks, ni bukan jembatan yang Marsya nyanyi ituh
Cuma jembatan ineh ada di hometown Marsya saja

Sepanjang 2 jam perjalanan dari KK ke Kundasang
Kami berenti2 di tepi jalan
Ngambil gambar gunung dan orang, nengok org jual kraftangan, jual buah & sayurKorang perasan tak, nape la macik neh amik gambar sowang sowang
Ahaks..saya udah ngajak Sya ngikut jenjalan
Buleh Sya amekkan gambar
Sya malu malu pula (sebenarnya Sya kata cehh~~)
Saya amek gambar sowang2 sbb suami sibuk dengan PDA dia
Klik sana & sineh
Saya pun sibuk la suruh owang lalu lalang(tukang kebhun) amekkan gambar saya! hiks~~!Amek gambar di papan ‘Take nothing but photographs’ pun sensorang
(eh berdua sebenarnya..)
Macik tak kesah…Jalan jalan dalam hutan, carik raflesia
Akhirnya jumpa juga sekuntum….besar… puasss
Hahah… *replika raflesia pun jadik la
Penat jalan jalan, kami pulang ke KK untuk berehat
Checkin D’Borneo Hotel sbb badan sakit sini sana
Rasa nak berehat di tempat yang gebu gebu
Malam malam jalan di Pasar Malam, nengok kristal sampai pening lagi…?
Mlm hari kami dinner dengan Puan Sya dan suami di Tanjung Aru 2
(Tanjung Aru ada 2, Puan Sya tinggal di Tanjung Aru 1)

Lepas breakfast, mandi mandi, itu dan ini…
Check out dari hotel, dan berjalan jalan lagi
Syiok jenjalan hari Khamis
Takde org masuk zoo hari Khamis!
Masuk muzium sekejap je, saya dah ngajak suami pulang
Banyak patung2 manusia pakai baju tradisional Sabah (banyak jenis baju!)
Sampai baju last ialah telekung! (patung tengah sembahyang)
Ngeri sajer~~
Bila sampai bahagian senjata
Baca tulisan di bawah ‘digunakan untuk memotong kepala musuh’
Isk..cam tak sesuai jer berlama lama dalam muzium tu
Dahla ada saya, suami & mak guard je dlm tu
Lalu saya ngajak suami keluar utk amik gambar di luar

Jalan jalan lagi, shopping ikan masin
Shopping souvenir
Makan soto ayam
Makan murtabak
Makan apam balik
Minum air kelapa muda
Dan berjumpa Puan Sya…sembang2 sambil ngacau Iffah
Tengok gambar ni…cam Iffah je kacau Kak Sue!
Ahaha..
Tiba masa untuk pulang
Terima kasih Encik Firwan, Puan Sya, Cik Iffah & Cik Novia sebab hantarkan kami ke airport
Muahsss…
*Encik Azfar terpengsan sbb penat sangat..sian dia
Terima kasih pada Encik Azfar juga..
*ps-kenduri hang nanti, kami dtg yang Gopeng la na…Sabah jauh bah…pengsan sia..ihiks
Berposing lagi sementara tunggu flight sampai
Sabah best sbb ada Puan Sya sekeluarga…
Sabah best sbb saya gi jenjalan hari Selasa-Khamis (hari kerja)
Sabah best sbb saya gi bertiga
Walaupun morning, afternoon & night sickness saya belum reda
Saya tetap suka jalan jalan
(Jalan 2 minit, duduk 10 minit)

Lainkali kita pergi tempat lain pula yah!

Related Posts with Thumbnails