Balik kerja baring baring tengok Manjalara
Sesungguhnya cerita ini, pelakonnya, skripnya, maupun jalan cerita
Semuanya agak @%&!&*$ (terutama Manjalara ituh)
(Tapi saya terus juga menonton)
Sampai suami kata, “tutupla yer..busuk giler cerita”
Saya angguk “tukarla channel lain”
Dia tutup terus TV
Hah? Tutup terus?
Saya ingatkan dia nak tukar channel saja
Nyampah sangat agaknya pada Manja
(Mujur dia tak tutup betul2 guna kain pelikat)
Lepastu kami nyambung tengok movie Miss Congeniality 2
Movie lama, tapi kami baru nengok..hihi
Lepas habis movie, saya mandi dan buat apa apa yg patut
Kembali ke depan TV dengan massaging lotion, soothing gel, itchy ointment & vitamins(banyak jenis)
Kalini buka TV, rancangan Bersamamu tinggal lagi 10 minit
Pengarah & Krew Bersamamu tengah kemas kemaskan dapur org miskin itu
Kemudian bawa anak-anak-anak-anak-anak org itu shopping baju sekolah di Mydin
Kemudian salam salam dengan org miskin dan anak-anak-anak-anak-anak-anak-anak-anak nya!
Banyak giler…kecik kecik lagi dah ada adik!
Rupa pun comel comel, cuma comot
Pelan pelan sapu massaging lotion, saya cakap
“Kesiannya dia bang, mesti masa pregnant pun kena buat kerja, jaga anak, masak”
“Pregnant lotion? cream, gel? Jauh sekali…kan bang?”
“Kaki cramp pun buat2 tatau je kan..”
“Org macam tu, mesti masa pregnant, badan tak naik gatal2 (refer pada kulit saya yg semakin teruk gatalnya)”
Suami “Bersyukur tawww”
Nota perut : Kaki cramp, terus minum ORS..baru boleh tidur malam (^-^)~~~ dugaan
Related posts:





ORS tu ape nyah?
ORS tu ada jual kat farmasi, pharmacist tu kata utk cramp kaki semasa menandung. Tak menandung pun buleh minum..bancuh dengan air kosong.
sebenarnya nak cakap, tahniah akan dapat baby tak lama lagi.muah, muah.t letak muka baby tu kat sini tau.
jaga kesihatan ye?