Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
Luna’s Sponsor
ShoutBox

Archive for September, 2007

Alhamdulillah..dahpun masuk hari ke 20 umat Islam di M’sia berpuasa
Dan saya berpuasa sehingga hari ke 17 sahaja
Berharap tahun 2007 ni, saya dapat cukupkan 30 hari
(tak seperti tahun tahun sebelumnya..hihi)
Tapi memandangkan berat badan saya turun 1kg dari bulan sebelumnya
Bimbangkan tumbesaran si kecil
Maka saya makan sahur, sarapan roti, makan tengahari nestum
Minum petang biskut, dan makan malam sama macam orang berbuka puasa

Saya baru pulang dari monthly checkup
Lepas ineh bermula la checkup twice per month
(Sebelum ineh, sebulan sekali sahaja)
Tiada apa yang menarik
Cucuk di sana sini, ambil darah di sana sini

Pulang dari hospital, sy singgah di Tupperware
Cadangnya raya kalineh mahu menggantikan duit raya dengan barangan Tupperware
Untuk ibu dan ibu mertua
Pilih pilih, bekas beras dan bekas bawang
Juga pilih bekas kecil kecil buat isi kuih raya
Siapa mahu beli Tupperware? Beli dari saya ye..*Aiseh,bisnes pula

Saya mo menyambung kerjaya
Nanti2 cerita lagi..Jaa..


Saya masih di dalam tempoh ‘absentmindedness’
Semua perkara perlu di tampal dan di ingatkan
Sticknote merata rata atas meja saya
Malah saya membeli Thinking Book & Pen Bee utk menulis nota


Tapi bukan semuanya boleh saya tulis
Macam semalam, saya masak nasi utk berbuka puasa
*Lauk sudah beli di pasar ramadhan
Masak nasi,jangan terlupa klik suis..nanti dah sampai waktu berbuka, nasi pula belum masak
(Itu saya sentiasa ingat)
2 menet lepastu, tik..nasi sudah masak
Saya hairan, eh cepat pula nasi masak?
Selalunya saya tak sabar masa panaskan nasi..lama sangat
Lalu saya jenguk periuk nasi itu
Owh..rupanya saya lupa basuh beras dan bubuh air
(Jangan tanya apa yang saya fikir masa sedang masak nasi itu)
Tapi sekurang2nya lepas ineh saya ingat
Masak nasi kena basuh beras,atau sekurang2nya bubuh air
Yang saya buat tadi tu, memanaskan beras
Isk..

Malam hari saya tidur
Bila jam henpon berbunyi, saya cepat cepat bangun
Panaskan nasi dan lauk
Hidang air dan pinggan sudu
Dan kejut orang “bangun, dah pukul berapa suda…”
Sambil mengerling ke arah jam
Haa? Baru pukul 12.45 am?
Abih bunyi yang saya dengar dari henpon tadi?
Rupanya ianya bunyi SMS dari sepupu
Cis, cis….
Membazir waktu tidur saya 15 minit utk menyiapkan sahur
Cis….Grrrrr

Nota kepada Ayg: Susah yang berpuasa dalam keadaan puasa (dan absentminded)..hihi

Ada 2-3 urang yang mahu lihat gambar terbaru perut & pipi saya
Dengan kata lain, melihat perkembangan bakal ibu (insyaAllah) yang menandung 5 bulan
Berat saya masih sama (54.5 kg~)
Sama macam 2-3 bulan sebelum berumah tangga
Bezanya masa itu saya makan dengan selera
Sekarang ini, kurang sedikit selera itu
Lebih lebih lagi bulan puasa ini
Bersahurkan nestum, berbuka puasa roti 50 sen dan air milo kotak sudahpun cukup

Oh ya, nak cerita pasal gambar ya
Semalam meeting sampai jam 7 ptg
Lalu kami decide mahu berbuka puasa bersama teman teman sekerja
(Dalam gambar ada 4-5 orang sahaja)
Yang lain chop meja kat kedai mamak
Ahaks~~mcm kat dewan makan pula, berchop chop


Selepas honeymoon tempohari, dah lama tak ngamek gambar berdua
Semalam, nak amil gambar berdua, tapi yang masuk dalam gambar berempat!
Ahaks..lebih ramai lebih meriah gitew kan?
Hihi…Lampu dah tutup, aircond dah off
Pun masih nak bergambar…

Dahpun selamat 6 hari umat Islam berpuasa
Alhamdulillah, tenang saja Ramadhan saya kali ini
Sama seperti tahun tahun selepasnya
Tidak risau tiba tiba ada bom
Tidak risau tiba tiba bumbung tercabut kerana hujan
Tidak risau tiba tiba tsunami
Tidur malam pun makin lena
Sampai malas nak bangun pagi pergi kerja

Nota pipi : Tapi masih sama, malas makai bedak..

Udah lama saya nak ngaplod gambar gambar kawin
Ups,bukan saya kawin banyak kali
Tetapi gambar saya bergambar dengan pengantin pengantin baru

Ini gambar dengan pengantin baru , Miss W
Rumahnya jauh nun di Kelantan
Warna tema coklat klasik gituh
Masa saya ke kenduri beliau neh, si kecil berumur 5 minggu
Asal makan sikit, saya muntah banyak
Pakai baju pun ala kadar, tudung pun tak gosok… (refer gambar di atas)
Ha? Lipstik? Bedak? Apa tu….hehe,memang tak sentuh
Bergambar sekeping dengan Cik Puan Pengantin Baru
Berseri seri pengantin baru (jauh beza dengan pengantin lama yg tak pakai bedak)
Hak hak..

Yang ini kenduri Miss A di Dengkil
Lawo kemain cam artis, tema oren ijau
Masa bergambar ni pengantin laki belum sampai
Merangkak saya mo ke kenduri dia
Sekejap sekejap ke bilik air, muntahkan apa yang patut
Saya tunjuk pada ibu saya gambar kenduri Miss A ineh
Ibu tanya “Isk,nape makai seluar pegi kenduri org? Tak malukah?”
“Emm..tidak pula pada masa itu, skrg baru malu. Baiklah,lain kali saya tidak buat”
Masa itu saya tidak larat mo makai maupun nengok baju lawa lawa
Semuanya memualkan
Rahsia baju – kunun imej kurus
Rahsia tudung – malas mo gosok, amek saja mana mana

Kenduri minggu seterusnya, saya ke Sabak Bernam
Kenduri Mr D dengan gadis pilihan hatinya, Miss N
Kuning, warna tema raja sehari
Nampak tudung comot2?
Masa ni saya udah nak berangkat pulang
Serkup pun udah buka
Amil gambar pun guna hp suami sahaja
Lawa pengantin..macam pinang di belah dua..
Yang kat tepi itu, dah tak macam pinang (Masa tu musim durian, haks..)

Seterusnya 7 July, kami ke Bagan Datoh
Kenduri sepupu saya, Miss H dan suaminya Mr H -Biru (sama pulak yer)
Dan Mr Z dan isterinya Mr N – Purple
Bergambar ramai ramai dengan sepupu
(pst, yang couple sebelah kanan tu bukan sepupu saya, sape ntah)
Yang duduk depan tu, Nadrah, Sharifah dan Masriah
Baik baik sepupu saya (samala dengan saya..)
Masa ni, keadaan saya masih sama
Baju itam, tudung kerja semalam (cream?)
Argh~~inipun mujur saya masih mampu makai tudung
(Haih, ni mengandung ke orang kurang upaya? Macam teruk saja bunyinya..)

Tapi saya percaya apa yang saya baca
Kebahagiaan mengandung bermula trimester kedua
Trimester pertama ialah tempoh yang seboleh mungkin mahu dilupakan
Betapa buruk, tak larat, pemalas, sensitif etc. etc.

Nota perut : Eleh, alasan la tu ..sebenarnya memang dari dulu malas.. (0|0)


Saya rasa saya kena cari hobi lain
Sebab kebelakangan ni, hobi saya tidur (yeke? bukan dari dulu ke?)
Saya membaca buku…tapi 5 minit lepas tu buku baca saya
Saya menonton TV, tapi lepas 10 minit, dah ada org OFFkan TV (kes TV tengok saya)
Cuma yang baiknya, saya tak tidur semasa office hour
(Sebab saya nekadkan dalam hati nak tidur lepas office hour)

Bila dah berdua ni (saya & si kecil)
Sukar sikit saya nak meneruskan hobi saya itu
Sedang saya tidur pagi, si kecil melonjak lonjak dalam perut mahu siram pokok bunga
Sedang saya tidur petang (weekend), si kecil melompat lompat mahu panjat bukit belakang taman
Sedang syiok Buletin Utama tengok saya, dia mengetuk ngetuk pintu perut mahu mandi agaknya (takpun mahu makan nasi goreng)
Sampai saya confuse, bila masa si kecil tidur?
(Sebenarnya, dia pun confuse, bila masa ibunya berjaga?)

Semalam masa sy sedang melakukan hobi saya
Saya terdengar bunyi “gagaga kukukaka ki gaki ku”
Saya buka mata, tanya “abg buat apa?”
Ayah si kecil “sedang berbual dengan si kecil”
Hah! Guna bahasa apa itu?
Bahasa yang saya tak faham?

Nota perut : Ahhh, mengata saya la tu!

Related Posts with Thumbnails