Secara jujurnya, banyak perkara berubah selepas saya berumahtangga
Tapi susah untuk disenaraikan dalam perkataan
Mungkin fokus sudah berubah
Dahulu asyik dengan barang barang, baju baju, barang kecil comel, merajuk, nyampah, drama queen…
Sekarang tiada lagi barang barang kecil comel dan menyampah (merajuk dan drama queen itu masih ada sekali sekala) dan..
tidak pandai mengupdate blog
Saya jadi kekeringan idea
Mahu menulis tentang apa
Baru pulang dari checkup seterusnya
Bila sampai part mo melihat gender
Doktor gelak malu malu mahu
Haisyh doktor ni
Kata doktor “Your baby is good, he makes my job easier”
Nampak jelas nun di situ
Saya bawa ke ofis
Hanya Miss Lee yang baru pulang dari maternity leave faham
Apakah yang ada di dalam gambar di bawah
Yang lain (bujang), tidak faham apakah yang saya cuba sampaikan
Masing masing tanya, yang mana kepala?
Tangan? Bulu hidung? Bulu dada?
Lantas saya labelkan
Kalau tidak faham jua, usah risau..
Masanya akan tiba, bilamana kau akan (cuba) faham walaupun tiada siapa yg menerangkan
Sengih…
Related posts:



