
Saya rasa saya kena cari hobi lain
Sebab kebelakangan ni, hobi saya tidur (yeke? bukan dari dulu ke?)
Saya membaca buku…tapi 5 minit lepas tu buku baca saya
Saya menonton TV, tapi lepas 10 minit, dah ada org OFFkan TV (kes TV tengok saya)
Cuma yang baiknya, saya tak tidur semasa office hour
(Sebab saya nekadkan dalam hati nak tidur lepas office hour)
Bila dah berdua ni (saya & si kecil)
Sukar sikit saya nak meneruskan hobi saya itu
Sedang saya tidur pagi, si kecil melonjak lonjak dalam perut mahu siram pokok bunga
Sedang saya tidur petang (weekend), si kecil melompat lompat mahu panjat bukit belakang taman
Sedang syiok Buletin Utama tengok saya, dia mengetuk ngetuk pintu perut mahu mandi agaknya (takpun mahu makan nasi goreng)
Sampai saya confuse, bila masa si kecil tidur?
(Sebenarnya, dia pun confuse, bila masa ibunya berjaga?)
Semalam masa sy sedang melakukan hobi saya
Saya terdengar bunyi “gagaga kukukaka ki gaki ku”
Saya buka mata, tanya “abg buat apa?”
Ayah si kecil “sedang berbual dengan si kecil”
Hah! Guna bahasa apa itu?
Bahasa yang saya tak faham?
Nota perut : Ahhh, mengata saya la tu!
Related posts:




dah tau gender lom sue?
oo laki ek.. tadik tanya, skang dah jawap sendirik. ahaks. baru bacer entry lama