Ada 2-3 urang yang mahu lihat gambar terbaru perut & pipi saya
Dengan kata lain, melihat perkembangan bakal ibu (insyaAllah) yang menandung 5 bulan
Berat saya masih sama (54.5 kg~)
Sama macam 2-3 bulan sebelum berumah tangga
Bezanya masa itu saya makan dengan selera
Sekarang ini, kurang sedikit selera itu
Lebih lebih lagi bulan puasa ini
Bersahurkan nestum, berbuka puasa roti 50 sen dan air milo kotak sudahpun cukup
Oh ya, nak cerita pasal gambar ya
Semalam meeting sampai jam 7 ptg
Lalu kami decide mahu berbuka puasa bersama teman teman sekerja
(Dalam gambar ada 4-5 orang sahaja)
Yang lain chop meja kat kedai mamak
Ahaks~~mcm kat dewan makan pula, berchop chop

Selepas honeymoon tempohari, dah lama tak ngamek gambar berdua
Semalam, nak amil gambar berdua, tapi yang masuk dalam gambar berempat!
Ahaks..lebih ramai lebih meriah gitew kan?
Hihi…
Lampu dah tutup, aircond dah off
Pun masih nak bergambar…
Dahpun selamat 6 hari umat Islam berpuasa
Alhamdulillah, tenang saja Ramadhan saya kali ini
Sama seperti tahun tahun selepasnya
Tidak risau tiba tiba ada bom
Tidak risau tiba tiba bumbung tercabut kerana hujan
Tidak risau tiba tiba tsunami
Tidur malam pun makin lena
Sampai malas nak bangun pagi pergi kerja
Nota pipi : Tapi masih sama, malas makai bedak..
Related posts:



