Nak bercerita kisah yang bermula daripada seminggu lepas
Rabu 10 Oct, saya kelam kabut menyelesaikan apa yang patut sebelum bercuti
Yang mana perlu dicheckup, saya check
Report yang perlu diprint, saya print
Task yang perlu didelegate, saya delegate dengan senang hati (uih,bab taichi no 1)
Pulang pejabat jam 5 saya kelam kabut ke HUKM
Mo jumpa dokto, mo nengok perkembangan si kecil
Sebelum saya sumbat ketupat, lemang, rendang, semprit
Baiklah saya tengok dulu, dia suka makan apa..hiks..
Ini saya tempekkan gambar si kecil dah tembam
(Macam pernah tengok je pipi dan hidung itu..)
Dokto cek sana dan sini, alhamdulillah tiada apa yang peliknya
Dia membesar dengan besar ..(Seronok agaknya duduk dalam, makan tidur)
Tiada keabnormalitian dikesan, pun alhamdulillah
Cuma sejak dia makin besar, semakin kurang pergerakannya
Sempit agaknya (Baju ibunya semua saiz M<--perasan kecil) 
Owh gambar yang kedua itu..sukar diterangkan dengan kata kata
Nanti kalau ada yang bertanya, kita berprivet privet mesej ya
Apakah itu..hiks..
Bukan apa, saya tidak mo ada yang malu dan blushing membaca blog saya
(Setelah sikecil pandai membaca nanti, nanti saya hidekan la posting ineh)
Sudahnya, saya beraya bersama gambar si kecil ke sana kumari..
Diatas itu gambar saya bersama ibu dan bapa
Baju raya saya hanya sehelai itu lah
Kunun2nya kurung pahang
Tapi beli di Ipoh saja, bukannya pahang..hihi
Part mana yang sedondon dengan suami?
Ada..tu jalur jalur tu…takpun warna benang yang digunakan utk jahit baju itu..hihi
Tudung raya dan kerongsang pun ihsan dari kakak ipar
(Mujur ada kakak ipar, kalau tidak, saya makai tudung saji kerja la)
Selesai bergambar dan makan2, kami ke kampung suami
Beraya di 9 rumah makcik dan pakciknya (Huwoh…terkedek2 saya bawa perut)
Macik2 suami kata, saya sedang menandung siwanita
*Mungkin sbb saya makai baju pink tak?
Kalau saya makai biru gelap, atau hitam kelabu datang beraya
Mereka akan kata saya menandungkan silelaki (Mungkin..)
Baju saya kan baju kurung pahang
Sesuai utk org ada shape, ketat di pinggang
Kalau urang tiada shape mcm saya
Semua org kata sempit, perut kecil seperti wanita..Haishh..
Gambar bersama keluarga mertua tidak ada
Kerana kami beraya di 9 rumah, malu pula mo bergambar keluarga di rumah urang..hihi
Sesudah habis pusing beraya, semua tukar baju kelawar dan pengsan
Lalu tiadalah gambar bersama mertua..haih..
Dua hari di rumah suami, malamnya saya menjemput Ayang dan keluarga dtg minum petang di rumah mertua
*Minum petang kerana farmasi mereka dibuka walaupun semasa raya
Jadual mereka agak padat untuk berhari raya
(Mereka hanya boleh mempertimbangkan jemputan minum petang sahaja)
Tiada gambar saya bersama Ayg
Kerana saya agak malu bergambar (ramai org ketika itu)
Terima kasih Ayg dan macik Khuzaimah *itu kan nama mama ayg?
Hujan hujan makcik datang… Nanti saya dtg ke Taiping
*Masa kenduri Ayg nanti ye
Raya ke-3, saya pulang ke kampung saya
Beraya bersama ibu bapa ke rumah Bikni
Jumpa kak nur yang jua dtg beraya, cousin sebelah ibu
Ramai org kata kami seiras, umur pun beza setahun saja
Yang bezanya, beratnya hanya 47, saya pula..ehem ehem
Dia mengandung 5 bulan, tapi kecil saja perut dan urangnya
*Hari raya saya pertama saja manis masam berbaju kurung
Hari berikutnya dah mula makai baju jalan jalan

Udah puas bergambar luar rumah
Kami masuk dalam, makan sampai buntat
Dan bergambar lagi
Kalineh dengan Nurul Hanis yang semakin lama semakin tembam
Dia suggestkan pada mamanya “Mama, suruh la kakak Suraya tidur sini..wakyah *mak saya* nak balik, balik la..”
Kecil hati orang tua itu…hihi
Tengok, Nurul Hanis bergambar dengan duit raya..bukan main seronok lagi
Duit tu masuk SSPN tau Hanis
Pulang dari rumah Bikni, kami singgah ke rumah Kak Niza
Jiran lama…skrg dia tinggal di Chemor
Sudah besar tinggi anak anaknya
Kiki pun sudah sama tinggi rendah dengan Kak Sue yer
Kak Niza kata saya menandung wanita
Kalau benar wanita bagai dikata
Biarlah wanita itu secomel anak anaknya, Kiki(Batrisyia), Damia dan Qistina
Muka saya sudahpun sudah berminyak minyak
Asyik makan lemang, rendang, kuih raya saja
Ulang ulang makan macam rancangan Astro
Raya ke 4 saya sudah mo pulang ke KL
Menempuh traffic jam sambil tertidur
Raya ke 5 dah mula bekerja..
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!
Related posts:







da lama x jumpa, muka sue makin lawo.. apsal eh?
haih..blushing dah neh..memang dari dulu la rin…sunggohh…dari dulu lawoooo…
hehe, dah nampak birdnya takkan la gurl kot..tp, kuasa tuhan siapa yg tahu kan?hehehe
gurl atau boy, x pe yg ptg mama n babynya nanti sehat..kui kui
takpa la ted, kalau boy biar hensem cam hans isaac, kalau girl biar lawa cam erra fazira, tapi perangai ngikut ustazah bahyah..hihi…amin…