Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Tiap kali lawatan klinik di Klinik Kesihatan Kerajaan Batu 9 Cheras
Mesti ada banyak yang saya nak tulis dalam blog
Saya ‘enjoy’ menghadiri setiap lawatan (checkup) saya bermula dari bulan ke 3 disahkan mengandungi
Ianya demi memastikan saya sentiasa dalam keadaan yang sihat
Dan mampu menyediakan keadaan yang selamat utk si kecil membesar bagaikan juara

Seawal 7.30 pagi saya sudah sampai ke klinik
Ambil nombor (dapat nombor 26!)
Sudah ramai manusia beratur
Saya terlupa membawa bahan bacaan
Sudahnya, masa menanti saya habiskan dengan menegur insan di kiri kanan saya
Masing masing membawa perut berusia (7 ke 8 bulan)
Pukul 8.30 pagi (sejam tunggu) baru nama saya dipanggil
Utk check tekanan darah, urine, hb, berat dan tinggi
Berat masih sama (mujur tak kurang)
Mungkin berkat nasi lemak Oldtown dan nasi ayam kampung yang dimakan semasa weekend
Selera makan saya sangat kurang
Mungkin dah makan banyak masa anak dara
*Tapi tak kurus pun, cuma tak berapa naik

Kemudian saya menuju ke makmal utk ujian urine dan hb
Tunggu lagi 40 minit, sempat berbual dengan wanita mengandung yang lain
Bila no di panggil utk masuk ke makmal
Tunggu kakak makmal siapkan kerja sekejap
(sebelum dia uruskan saya)
Kakak makmal sempat mengadu pada saya yang aircond makmal rosak
*Saya juga lihat 3-4 cermin tingkap sudah terlopong
Sabarlah kakak ye..sekurang2nya kita tidak ada gempa bumi seperti di Indonesia

Sesudah ujian, saya menuju ke bilik nurse
Tunggu 1 jam setengah di dalam gelap dan panas
(Boleh tak klinik takde letrik?)
Nurse panggil nama saya di kad pun guna torchlight!
“Siti Nur……Nur…..” <–dia tak nampak sangat nama saya

Kali ineh utk checkup rutin, iaitu denyutan jantung bayi dan ujian kedudukan bayi
Sempat saya bertanyakan tentang perut saya
“kak,perut saya tak sama dengan cousin saya..dianye cantik, takde stretchmark”
misi “orang lain lain, ada kulit nipis, ada kulit tebal”
kemudian misi lihat, doktor Hukm tulis baby saya breech
misi “saya tengok macam dah cephical”
“ha?cemane misi tengok?” (blur…macam sopoman,takyah pegang2,tengok je)
misi tak jawab
saya tanya lagi “kak, lepas ni saya jumpa doktor kan? boleh tak request utk ultrasound utk tgk kedudukan bayi?”
misi “kite takleh request, kalau doktor nak buat, dia buat…” (lembut je)
“uhuk…”
itulah, betul apa yang kakak misi tu cakap
kerana banyak request, saya tak sepatutnya minta di klinik kesihatan kerajaan kan?

kemudian saya ke bilik doktor
saya pelik juga, kenapa saya kena jumpa doktor?
selama ini tak perlu pun jumpa doktor?
tunggu lagi 40 minit, nombor saya di panggil
Doktor muda, perempuan
Tarik nafas, lepas nafas…(dia dengar guna stateskop)
Kemudian …sudah…
Saya “doktor, tanak check kedudukan bayikah? breech atau cephical?”
Doktor itu baik, lembut saja
Dia selak selak buku merah saya
Jawabnya “awak ada checkup di Hukm Specialist kan, nanti doktor sana akan check”
“uhuk…”

Sungguh…lawatan ke klinik kesihatan selama 4 jam (7.30 pagi sampai 11.30 pagi)
Sangat memenatkan
Rupanya saya kena jumpa doktor sebab polisi klinik
Seorg ibu mengandung kena jumpa doktor sekurang2nya 2 kali sebelum bersalin
Hah?
Tapi doktor itu tak check apa apa pun
Hanya memastikan polisi itu dipatuhi saja

Saya sungguh lapar, dahaga dan penat
Saya mula memutuskan..utk tidak ke klinik itu lagi..sampai bila bila..

Oleh kerana si dia kerja sampai malam hari
Tiada masa menemani saya mengandungi
Saya minta darinya pakej bersalin
Dan cincin emas corak tapak kaki di poh kong sebagai hadiah bersalin
Hihi…

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. morning sickness
  2. Tak Balik KL Lagi?
  3. PRU 12

6 Responses to “…”

  • Rin:

    pekej bersalin tu termasuk cincin eh sue. hihi

  • wilda:

    alang, sejak alang nk dpt si kecil nih, ayg bnyk tgk citer2 dokumentari ibu yg nk bersalin..hehe..konpius jugak ayg, ayg kah yg nk bersalin nih..hehe..eksaited..ayg eksaited, inikn pula alang yg merasainye ek..alang, sudah ade tarikh kah? kalo ade, bgtau ayg, ade peluang mahu ade dekat2 alang waktu melahirkan..kalo buleh nk ajak2 sumer adik2 bradik kite berada dekat2 alang..ok x? hehe

  • zura lias:

    angah setuju dengan ayang tapi sila pastikan alang bersalin bukan 15hb ke atas..manyak kenduri kawen time tu…:D..alang tahan dulu tau…hikss…

  • Chentahati:

    Er..akak dapat jugak tak pakej bersalin walau pun sudah setahun lebih???

  • laLuna:

    rin : hihi,sempat pulak minta bebukan kan? nanti rin mintak bmw taww..

    wilda @ ayg : rumah alg kat KL takde Astro, jadi alg jrg tengok DH&H tu. Kalau balik kampung baru alg tengok.nanti ayg buleh ajar alg cemane nak deliver.sekali dengan petua petua semasa berpantang :)

    zura lias @ angah : uhuh..cemane alg nak pastikan apa yang angah mahu itu..sbb memang confirm selepas 15 dec. balik kenduri kawin, angah singgahla melawat alg :)

    kak chentahati : buleh..akak dah dapat hadiah paling bermakna yang berusia setahun lebih :)

  • dijah:

    so kiut cincin emas corak tapak kaki..take care!!
    acu menjadi eksaited

Leave a Reply