Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
Luna’s Sponsor
ShoutBox

Archive for December, 2007

Ceriti Tahun Baru 2008

Mata saya dan suami sudah macam Pandam
(refer pet saya di blog)
Ramai org ucap tahniah dan sama sama berkongsi cerita kegembiraan mereka dengan kehadiran sikecil
Tapi tak belum ada yang ‘warning’ tentang sleepless night
Yang sesungguhnya memerlukan segunung kesabaran
(Ini ialah cubaan saya meng warning bakal2 ibu dan bapa)
2 minggu pertama dengan Ammar Zikry, agak kelam kabut
Saya terpaksa menyusun atur jadual dia dengan diari harian saya (aiceh)
Hari ke 5, dia kena jaundice
Jadi kami berulang ke klinik utk pemeriksaan darah
Pagi hari bangun pagi kena jemurkan Zikry bawah cahaya matahari
2 jam sekali perlu kejutkan dia utk minum susu
No more formula milk at this moment
Jaundice baby needs all the nutrients contain in breastmilk
Pagi dan petang, perlu mandi/bersihkan baby
Malam hari, pun 2 jam sekali sikecil bangun
Dan alhamdulillah selepas seminggu, Ammar Zikry sihat semula dan bebas jaundice
Masuk minggu ke dua, Zikry demam, selsema dan batuk
Pun ayah ibu berulang ke klinik
Bila pandang wajah si kecil, saya dan suami harapkan yang terbaik untuk dia
Bila dia sakit, ibu dia rasa sakit sekali
Ibu dah siap2 sarung mummy tee
Rasa pelik bila mengaku yang dah punya anak sorang
Sama macam rasa pelik bila org panggil Puan
(Selalunya saya betulkan kepada Cik Puan)
Ramai yang confuse dengan banner di atas blog
Ticker Banner yang pertama sebenarnya ialah due date saya utk melahirkan si kecil
Dan banner kedua ialah usia sikecil saya
(yang sudahpun selamat keluar)
Harini 1 Jan 2008, Mak Uda Zikry kata, Zikry dah setahun
*Padahal baru masuk 19 hari
InsyaAllah tahun baru ni, saya akan cuba update blog hari hari sampai org bosan
Life saya masih sama mcm tahun tahun sebelumnya
Bezanya skrg, saya agak keliru bila melihat ada orang lain yang bergantung pada saya
(Selalunya saya yang bergantung pada org)
Lagi lagi cerita tahun baru
Rezeki anak agaknya, gaji suami dinaikkan hampir 75%
Bos kata, ‘barely enough for your children and wife expenses’
Pampers, medication, shopping itu ini, ini itu
Memang memerlukan sedebuk sejumlah duit yang banyak
Duit bukan segala galanya
Ia cuma umpama pasir pasir yang mengisi ruang antara batu didalam sebuah botol,kan?
Harini kakak Zikry, Sumaiyah datang melawat
Tak berenggang dia dengan si kecil
Dia bercadang nak share susu Dugro dengan Zikry
Dan nak bawa balik Zikry balik Melaka
Isk isk..
Tinggi sangat cita cita mu itu Sumaiyah
Nantila bila Kak Tue abih pantang, Zikry dah besar sikit
Kami balik Melaka jumpa Kak Ina ye? (Sumaiyah suruh Zikry panggil dia kak ina)
Oh ye, Zikry makin kuat menyusu
Sampai tak tersusukan, jadi kami decide utk berikan susu formula
Saya sangkakan, segalanya akan berubah menjadi lebih baik
Iaitu saya tak perlu bangun malam utk menyusukan
Dan Zikry ada susu yang mencukupi
Tapi rupanya ada rasa sedih syahdu
Bila lihat anak bangun dan diberi susu formula
Tanpa perlu mengejutkan ibunya
Seperti selalu
Seperti dulu dulu…
Nota kecil : Perasaan ibu muda belia ni pelikkan?

Malam 13 Disember, saya dan suami nelepon ibu bapa masing2
Membritahu, mo neruskan operation esok

Insya Allah, rasa debar saya ineh akan dapat diatasi sbb suami janji akan sentiasa ditepi
Saya tidak beri dia kemana mana (walaupun ke toilet)
Saya sudah siapkan satu plastik penuh dengan biskut dan kek untuk suami makan tanpa perlu ke cafe hospital
(Queen controlkah? Bukan lah..haih)

Mulanya, ibu bapa saya dan mertua bercadang untuk sampai KL selepas solat Jumaat 14 Dis
Tetapi sewaktu saya mo lelapkan mata jam 12, bapa sms kata sudah sampai highway mo ke KL
Ergh..amil emergency leavekah?
Sudahnya malam sebelum operation saya cuma tidur 2 jam sahaja
Jam 2.30am sudah terjaga bimbang bapa tak sampai sampai dari Perak
Bapa sampai jam 4.30am (selepas sesat2 di puduraya, abah ni naik kereta ato bas di puduraya?)
Bukakan gate,dan sambung tidur sehingga jam 5.30am
Kak Yong sampai di subuh hari
Bawakan blanket with hood utk baby dan stokin utk mommy

Selepas solat subuh dan bersiap, kami bergerak beramai ramai ke HUKM
Siap siap bawa 4 beg

  1. Beg mommy (isi purse dengan handphoneje, xbwk baju sbb org sakit pakai yuniform spital)
  2. Beg baby (isi 4 helai baju,mitten & booties baby ntuk dipakai sepanjang di spital)
  3. Beg baju2 daddy (daddy isi sendiri baju utk temankan mommy)
  4. Beg makanan yg disebutkan tadi (macam macam ada!)

7.30 am saya admitted ke dalam wad Songket 12
Duduk duduk sekejap,ajak suami bergambar dengan perut buat kali terakhir
Nurse datang suruh saya nukar baju
Masang thin,flexible tube (catheter) melalui urethra into my bladder to keep it empty
Dan masang Intravenous Drip
Pemasangan catheter sebelum epidural memang trauma
(Moral:Kalau nurse nak masangkan catheter, minta dia pasang lepas suntikan epidural taww)
Sudahnya.saya jadi nervous gile ah ding dong dengan operation ini
Sempat lagi nurse bertanya “betulkah kena emergency caesar neh,doktor suruh?kecil saja perut”
Nurse lagi satu “pagini pun ada contraction haa..”
Ya kawan kawan, contraction(false alarm) bermula seawal kandungan 7 bulan
Contraction saya bermula semasa kandungan bulan ke 8
Tapi saya sangat kalut, tidak mahu false alarm bimbang tiba tiba karang true alarm (istilah reka sendiri)
Saya tidak mau true alarm.. (demand kan?)

Minta suami rakamkn video mcm video nih
Konon2 saya juga akan se’cool’ kakak dlm video itu
Tapi jangkaan saya meleset
Saya menggigil dari masa ditolak ke operation room (siap minta dari suami tknak mengandung dah!)
Meracau2 tanya mana suami masa injection epidural (suami tgh tukar baju kat bilik lain)
Boring anesthesiologist itu pujuk saya..
Masa operation apetah lagi (Rasa nak gigit2 semua orang)
Suami berdiri di head of delivery table(table?bed?) dan megang tangan saya
(Saya micit tgn dia,bukan megang)
Dia beritahu saya, baby dah keluar, baby nangis, he looks ok, boleh abg pergi dekat baby?
Sebab kepala saya masih boleh bergerak, saya geleng kepala tk kasi dia kemana2
(haih, mcmni nak rakam video?ceh..)
Bottom part baby keluar dahulu (as expected)
Keluar dari perut, baby terus menangis(alhamdulillah) dan terkencing(bolehkah?)

Saya menangis sekali bila dgr si kecil menangis
Macam sudah diset pula, ibu akn menangis sekali
Menangis sbb rasa berbaloi semua sakit, semua injection, semua trauma
Dengan tangisan pertama bayi (hanya)
Sungguh..

Saya lepaskan tangan suami yang dipicit utk dia mengazan dan mengiqamatkan sikecil
Keseluruhan proses operation itu hanya mengambil masa 5 minit untuk mengerat,
5 minit lagi utk mengeluarkn bayi
dan 10 minit utk menjahit kembali

Orang kata bersalin normal lebih sakit
Tapi pengalaman caesar operation ini cukup ngeri utk saya (yg mengada2 ineh)
Mujur nurse2 dan doktor pakar semuanya professional dan baik
Belum ada yg menambahkan sakit badan saya dgn nyakiti hati saya
Selepas operation, saya dibawa ke recovery room selama 15 minit
Dan kemudian dibawa pulang ke ward utk berehat

Hari pertama, susah utk bangun, beralih duduk maupun ketawa bergumbira
Batuk dan nak termuntah, lagi seksa
Sungguh sangat sungguh sangat sangat sakit
Terima kasih Watie & suami sbb dtg bersembang2 dengan saya
Kak Yaya pun datang, bergosip pasal abg Yar nak kawin lagi satu 12 Jan ni..isk isk

Hari kedua,catheter dicabut dan saya disuruh bangun dan buang air sendiri within reasonable duration
IV juga dicabut kerana saya sudah mampu minum dengan sendiri
Jika saya tidak mampu bangun maupun buang air sendiri
Nurse kata mau meng recatheter saya
Owhhh…sayapun terus minum banyak2 supaya tidak perlu direcatheterkan
(Terdetik juga mahu menipu nurse)

Hari ketiga, saya sudah berjalan jalan keliling ward mengambil angin aircond
Doktor cabut balutan luka di perut
Dan menyerahkan bil…Haihh…

3 hari 2 malam di HUKM Specialist memang bukan kenangan paling manis saya
Tapi sekurang2nya ia bukan antara kenangan terburuk
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan layanan baik, kemudahan dan kepakaran yang ada
Recommended utk mereka yang mahu ke sana

Here comes my baby, our bundle of joy



He’s worth than everything in the world and he will be a baby for only a short time.

To hubby, enjoy our sleepless night!

Cerita ceriti semasa mengandungi
Ala ala flashback gitew
Ibu mertua saya mo ngadakan majlis doa selamat utk kandungan saya
Tangguh hari ke hari..sampai kandungan sudah 8 bulan 1 minggu(gestational month)/ 8 bulan 3 minggu (lunar month) baru berkesempatan pulang
Masa itew perut besar suda
Doctor tak berapa beri saya travel kerana kedudukan baby yang breech membuatkan saya sangat2 tak selesa
Susah bernafas, dan kerap senak perut
Perut saya sudah stretch habis habisan utk mengisi bayi
Orang kata perut kecil, ianya kerana badan saya kecil
Tentu pelik jika perut besar…dengan badan yang kecil,kan?


Hari Sabtu 8 Disember, saya ajak suami ke Taiping ngadiri kenduri Fadzura
Kawan sebilik masa di Taayah
Jumpa beberapa org teman lama di Taayah (Haniza, Mazihah, Sufina)
Tak sempat berbual panjang sbb diorg nak balik dah
Sempat bergambar dengan Eda, Dijah dan Hasmida
*Tengok Eda,mentang2 la jadi pengapit,dia nak duduk sebelah pengantin juga!


Esok harinya, 9 Disember selepas majlis doa selamat di rumah ibu mertua (Kuala Kangsar)
Kami ke majlis Saiful & Huda di Kampung Ketior Dalam
Marah sungguh dengan peta rumah Saiful
Hanya menunjukkan lepas padang golf, ada perhentian bas, masuk simpang kiri
Pst pst Saiful, ada banyak la perhentian bas di kanan jalan
Simpang mana kami nak masuk ineh?
Kasian pengantin, kami tak kasi tukar baju lagi sebab nak amek gambar dengan pengantin
(Pengantin mestila pakai baju pengantin)
(Orang mengandung, makai baju mengandung…ihiks)

Petang Ahad kami terus pulang ke KL
Sepanjang perjalanan itu perut saya berputar putar dan keras
Si kecil pun bergerak dengan kerap
*Selalunya dia kurang bergerak
Menahan perut yang keras sampai berpeluh peluh
Malam hari pun menahan perut
Tidaklah sakit sangat,cuma kurang selesa
Macam menstrual pain ituh
Si dia ajak saya ke hospital, tapi saya susah nak terangkan sakit yang macamana pada doktor
Jadi saya ngambel keputusan utk nyambung tidur

Tengahari Isnin, saya ke HUKM berjumpa doktor
Menjalani ujian Cardiotocograph (CTG) iaitu ujian untuk fetal heart rate(FHR)
Selepas diskusi dengan Prof Tan
Dan membelek belek diari hariannya
Dia mencadangkan samada 14 Dis atau 21 Dis
Kerana hari hari lain dia ada hal lain
Saya kata nanti 13 Dis saya fikirkan, dan sebelum tengah malam saya SMS bagitau ketupusan saya
Haih..

Gambar pada 13 Dis
Saya masih ada masa untuk mengubah keputusan
Kadang rasa tak puas ‘berperut’
Dan kadang rasa sungguh penat mengandungi
Bercampur baur perasaan macam nasi campur..

Dulu dulu semasa mengandungi,saya pernah kata saya akan tuliskan senarai barang2 yang diperlukan utk menyambut kehadiran urang baru.
Harini baru saya berkesempatan

  1. Pada bakal bakal ibu yang membaca,boleh buat panduan
  2. Pada mereka yang laaaaambat lagi nak menjadi ibu,bila masanya tiba nanti, boleh selak balik entri saya ineh
  3. Pada lelaki2 bujang, jangan sengih2. Awak kena tahu jua, nanti termangu mangu bila tiba masanya.

Saya selitkan sekali pendapatan saya dalam bentuk italic
Saya cuma senaraikan yang mana saya rasa useful (selepas seminggu melalui alam motherhood)

BEDDING

  • Baby cot/Playpen
  • Mattress, Comforter, Baby Pillow & Bolster
  • Pillow & Bolster Case (nanti nak tukar2 utk basuh)
  • Mosquito Net
  • Infant Car Seat (guna utk bawa sikecil keluar hospital dan travel -ke klinik ke,balik kg ke)
  • Stroller (Sepanjang seminggu ni saya belum pakai sebab tak sampai hati nak bawa si kecil keluar)

BABY WEAR

  • Binder (5 pieces)
  • Mitten & Booties (5 pieces)
  • Newborn Long/Short Sleeves Shirt (6 pieces- senang tak perlu basuh tiap2 hari. 1 hari = 2 helai)
  • Romper (3 pieces – buat pakai masa siang hari)
  • Blanket with Hood (buat tutup kepala baby masa di hospital sbb hospital sejuk& buat bedung baby malam hari)
  • Napkin (buat bedung baby,buat lapik itu ini,buat lap itu ini)
  • Pampers New Born (lebih lembut dan sesuai utk bahagian pusat baby yg belum jatuh)

FEEDING

  • Feeding Bottle (4 oz (3), 2 oz (1) -buat yang bercadang utk breastfeed pun perlu sediakan bottle sebab kdg2 susu lambat keluar dan incase nak pam susu,bolehla simpan dala freezer.Yang 2 oz tu untuk isi air masak utk cuci mulut baby lepas menyusu)
  • Pacifier (cari yang newborn punya-guna utk satisfies baby’s need to suck & to promote jaw development to him)
  • Sterilizer
  • Nursing Bag

BATHING

  • Baby Liquid Soap
  • Baby Towel
  • Baby Powder
  • Baby Oil
  • Baby Lotion
  • Plastic Bath Tub
  • Changing Mat (untuk tempat tukar diapers dan menyiapkan baby lepas mandi)

HEALTH CARE

  • Baby Wipes (beli banyak2,banyak nak pakai)
  • Tissue (beli berkotak2 banyak benda nak lap)
  • Cotton Wool/Facial Cotton Pad (untuk sapu ubat tali pusat, untuk cuci2 baby)
  • Cotton Bud (pun sama kegunaannya, untuk membersihkan baby)
  • Nail Cutter
  • Thermometer
  • Nasal Cleaner
  • Minyak Telon
  • Anti Rash Cream
  • Nappy Liner (untuk diletakkan pada diapers, supaya baby rasa kering kalau dia wee wee-kalau poo poo takleh buat apa..hihi)

MOTHER CARE

  • Breast Pump (elok yang manual sbb yang battery operated cepat rosak)
  • Breast Pad (sangat useful kalau tidak habis bra basah, tak boleh pakai tisu,tisu akan melekat)
  • Nursing Bra (cari 6-7 helai, kalau bra biasa, susah nak menyusukan)
  • Maternity Pad (cari yang jenis lekat, bukan yang perlu disangkut pada tali)
  • Undies (yang besar & longgar -utk yang operation sbb risaukan tempat incision, kalau dapat yang utk maternity/pregnancy, lebih elok)

Serasa rasa itu sahaja yang saya perlukan sepanjang seminggu menguruskan si kecil
Kalau kalau ada, saya tambah

Lepas ni boleh buang list yang dalam kertas
Si kecils yang seterusnya, saya refer di sineh saja :)

9:50 am, hari Jumaat 14 Disember 2007, 4 Zulhijjah 1427
Ammar Zikry di’keluar’kan dari perut ibu, 3.02kg
‘EM LSCS Breech Presentation’ – (Emergency Lower Segment Caesarian Section)

Harini, pagini Zikry genap seminggu
Bila ibu beritahu ayah, ayah kata “Dato K pun boleh bankrupsi kalau anak anak dia celebrate birthday tiap2 minggu”

Sepatutnya operation saya di’scheduled’kan harini (21 December 2007)
Tapi sebab keadaan bayi yang distress minggu lepas, EM LSCS pun diteruskan
Apa pun, alhamdulillah dia sihat.. dan minum susu dengan banyak

Sampai ke harini saya ingat lagi mcmana susahnya mengeluarkan anak
Apa,yang no 2?
(Saya belum boleh berfikir mengenai itu, sakit yang ini belum surut)

Nota kecil : Nanti2 saya cerita pengalaman melahirkan ya. Muka Zikry jadi merah2, sbb rumah takde aircond macam hospital..hehe

Related Posts with Thumbnails