Perasaan saya bercampur baur sejak dari awal minggu ineh
fizikalnya,saya sihat alhamdulillah
cuma berat badan saya yang berkurangan 1kg (tinggal 56kg saja)
pembesaran sikecil jua semakin merosot
masa awal awal dulu, efw(estimated fetus weight) nya selalu lebih dari average
(agak tembam montel berlemak gitew)
tapi sejak 2 minggu lepas sehingga ke hari ini
efwnya sangat rendah berbanding average
tiada ruang utk membesarkah?
Nutrien tak cukupkah?
Kepalanya masih seperti minggu2 dahulu..besar berbanding usia..hik
(pasti sukar mencari songkok utk hari raya pertamanya)
sejak peristiwa hari isnin tempohari
doktor mencadangkan tarikh yang lebih cepat
kerana bimbangkan pergerakan sikecil yang agak frantic
saya dan suami mula menimbang2kan tarikh yang lebih cepat
bila beritahu kedua dua keluarga
mereka risaukan si kecil masuk inkubator pula jika terlalu kecil
saya pula seolah olah tak boleh berfikir sorang sorang
suami sibuk dengan migration PO (email Post Office customer)
pulang pagi hari masa saya sudah pergi kerja
mcm bekerja shift sahaja, tidak bersua muka
sudahnya saya beritahu suami
saya ikut sahaja bila bila yang dia rasa patut
saya suruh dia ikut naluri(instinct)nya
dia kata dia tiada naluri,dia cuma mempertimbangkan cutinya yang sudah negative
dan minda yang sudah di set –>tidak sabar mahu melihat junior
naluri saya, saya percaya sikecil sudah boleh survive
cuma, efwnya yg kecil, (2.714kg) (saya menjangkakan 4.0 kg!) buat saya sedikit gusar
(haih,berfikir banyak sepertilah pelajarannya di sekolah yg merosot)
biar apapun, saya harap dia sihat dan selamat
oh ya,saya sudah mula bercuti panjang
rehat rehat di rumah,basuh baju,tengok tv,tido,baca harry potter,tido, sidai baju
dan berinternet
streamyx dirumah saya sudah diactivatekan, saya suka..
hadiah berpantang dari si dia
dia nak suruh saya berpantang di kl
sebab dia tak biasa balik rumah yang tiada orang (humph)
insyaAllah ibu & mertua saya akan kumari menjaga saya
agak2 marahtak org tua itu lihat saya asyik berinternet?
dan mereka pula yang kena menjaga sikecil
minggu minggu terakhir berperut besar
ada juga rasa pilu disudut hati (aiceh)
lepas ineh tiada lagi org yang sudi berpusing di dlmnya
melihat dia membesar di luar perut pula
saya pandang lama lama dari dalam cermin
biarlah…
biar stretchmark ineh menjadi kenangan…
Related posts:



