Archive for December, 2007
Baru sampai dari hospital
Makan bubur sekejap, terus online sementara Ammar Zikry ada opah,atuk,opah,atuk (tatau yang mana satu amek nama panggilan yang mane satu..keke)
Nanti nanti saya cerita panjang panjang
Dari mula sampai ke sudah
Ammar Zikry selamat di’keluar’kan pada 14 Disember 2007, jam 9.50 pagi
Nota baby : Tak tau part mana ikut ibu, part mana ngikut ayah.Selamat menjadi watak utama dalam blog ibu
Bit of background..
After a few checkup, I was told that my bub is presenting breech posterior (facing towards my front with its back along my spine).
Everyone said that bub still had time to roll over but it was very unlikely this far into my pregnancy.
I have jumped on the net and had a read through some sites that talk about this and the complications that can be had during labour (vaginal delivery).
Needless to say it has not put my mind at ease any.
I would prefer to go caesar operation because I can feel that it turns out to be my only option then so be it.
What i’m trying to say is : I must take it as it comes, don’t put my heart on something because my child’s life is way more important than doing what people tell me to do.
Good luck to me. Enjoy my last week or day of pregnancy. It’s over so soon!
(Entri ineh ditulis semasa saya sedang bengong.Saya pun tidak faham apa yg saya cuba cakap.Tapi lebih kurang memotivasikan diri saya lah…haih..)
Perasaan saya bercampur baur sejak dari awal minggu ineh
fizikalnya,saya sihat alhamdulillah
cuma berat badan saya yang berkurangan 1kg (tinggal 56kg saja)
pembesaran sikecil jua semakin merosot
masa awal awal dulu, efw(estimated fetus weight) nya selalu lebih dari average
(agak tembam montel berlemak gitew)
tapi sejak 2 minggu lepas sehingga ke hari ini
efwnya sangat rendah berbanding average
tiada ruang utk membesarkah?
Nutrien tak cukupkah?
Kepalanya masih seperti minggu2 dahulu..besar berbanding usia..hik
(pasti sukar mencari songkok utk hari raya pertamanya)
sejak peristiwa hari isnin tempohari
doktor mencadangkan tarikh yang lebih cepat
kerana bimbangkan pergerakan sikecil yang agak frantic
saya dan suami mula menimbang2kan tarikh yang lebih cepat
bila beritahu kedua dua keluarga
mereka risaukan si kecil masuk inkubator pula jika terlalu kecil
saya pula seolah olah tak boleh berfikir sorang sorang
suami sibuk dengan migration PO (email Post Office customer)
pulang pagi hari masa saya sudah pergi kerja
mcm bekerja shift sahaja, tidak bersua muka
sudahnya saya beritahu suami
saya ikut sahaja bila bila yang dia rasa patut
saya suruh dia ikut naluri(instinct)nya
dia kata dia tiada naluri,dia cuma mempertimbangkan cutinya yang sudah negative
dan minda yang sudah di set –>tidak sabar mahu melihat junior
naluri saya, saya percaya sikecil sudah boleh survive
cuma, efwnya yg kecil, (2.714kg) (saya menjangkakan 4.0 kg!) buat saya sedikit gusar
(haih,berfikir banyak sepertilah pelajarannya di sekolah yg merosot)
biar apapun, saya harap dia sihat dan selamat
oh ya,saya sudah mula bercuti panjang
rehat rehat di rumah,basuh baju,tengok tv,tido,baca harry potter,tido, sidai baju
dan berinternet
streamyx dirumah saya sudah diactivatekan, saya suka..
hadiah berpantang dari si dia
dia nak suruh saya berpantang di kl
sebab dia tak biasa balik rumah yang tiada orang (humph)
insyaAllah ibu & mertua saya akan kumari menjaga saya
agak2 marahtak org tua itu lihat saya asyik berinternet?
dan mereka pula yang kena menjaga sikecil
minggu minggu terakhir berperut besar
ada juga rasa pilu disudut hati (aiceh)
lepas ineh tiada lagi org yang sudi berpusing di dlmnya
melihat dia membesar di luar perut pula
saya pandang lama lama dari dalam cermin
biarlah…
biar stretchmark ineh menjadi kenangan…

Sekejap lagi saya mo ke hospital
Sepatutnya appointment hari Rabu ineh
Tapi perut saya sakit macam awal awal datang bulan saja
*Masa anak dara dulu
Si kecil juga bergerak macam distress saja
Saya malu nak pergi sebenarnya
Tak tau nak cakap apa pada doktor
Saya talipon dulu
Cakap saya sakit…saya cuba terangkan head to toe
Bila due, dah berapa week and all
Tapi suara doktor sangat cepat, minta saya hadir sahaja ke hospital
Tak kisah bila due, berapa weeks, schedule date so and so
Jadi sebelum saya ke hospital
Saya siapkan report untuk customer
*Sambil berpeluh peluh menahan perut yang mengembang mengempis
Ja ne…saya nak pergi dah..





