Archive for January, 2008
Saya sekeluarga baru sampai dari kampung
Di kampung tiada talian internet
(pis Kak Luna, ampun maaf dipinta sbb tk dpt check shoutbox)
25 Januari (Jumaat), Kak yong & suami (saya) sampai jam 1.30 pagi
Huish, perjalanan dari KL -KK sampai 5/6 jam dek kerana bas 2 tingkat terbalik di tgh lebuhraya
Sebaik sahaja mereka sampai tak sempat duduk duduk,minum air
Dah kelam kabut menyiapkan buaian dan doorgift utk tetamu
Mujur juga bunga telur dan tempat telur sudah disiapkan sepanjang minggu lepas
Sudahnya, sampai ke subuh kami tak tidur
Dan hasilnya…buaian utk Ammar Zikry
Tempat telur kecil ni, ibu buat sambil riba Zikry
Mujur Zikry tak terlekat glue gun, tak berselirat reben, tak terpintal dengan tali gift

Saya tempah vanilla cupcake with rattle deco utk manisan majlis ini
RM2 seketul, tapi sekali masuk mulut dah habis (dlm gambar nampak besar)
Rasa nak makan dengan kertas dia sekali, haish!

Gambar semasa marhaban
Semangat sungguh pakcik2 itu bermarhaban (dari pukul 11 sampai pukul 1 non stop!)
Dan Zikry pun lena tidur di tengah2 lautan jeritan itu
Gambar masa gunting rambut
Mencabar sungguh atuk2 tu nak gunting sedikit rambut Zikry
Sebab rambut Zikry mmg sedikit..

Ptg Jumaat ribut kuat sampai patah tiang kanopi
Mujur pagi Sabtu sempat org kanopi tu gantikan dgn yg lain
Dapatla tetamu menjamu selera lauk kurma kambing

Selepas majlis selesai, sempat bergambar bersama
Tok Ayah cukurkan rerambuts Zikry

Zikry sesudah cukur sideburn
Ikutkan hati, saya mmg nak cerita panjang2
Tapi masa 24 jam saya rasa tak cukup utk dibahagi2 pada suami, Ammar Zikry, kawan2, update blog & baca blog kawan, Spa Q
To all : Doakan saya tabah sbb tak cukup tidur ye
Ceriti pantang
Setelah 35 hari berpantang makan telur,ayam,ais etc.etc di KL, saya akan pulang ke kampung hari ini
Bagi menggenapkan pantang sehingga 44 hari
Haritu saya udah beritahu suami dan ibu, saya berpantang sehingga 30 hari sahaja
Tapi semua org buat tak tahu dan masih masakkan saya lauk org berpantang (Haish)
Insya Allah pada 26 Januari 2008, ada kenduri aqiqah & cukur sideburn jambul Ammar Zikry
Buat semua kawan kawan yang berada dekat dengan kawasan Kuala Kangsar
Kecil halaman rumah, stadium Ipoh kami tadahkan menjemput kalian datang ke majlis tersebut
Cerita ceriti pasal berpantang
Sungguh, saya over sangat suka utk bercuti 2 bulan
Sangka saya ada banyak yg boleh saya lakukan
Rupanya cepat sungguh masa berlalu
(Atau saya yang bergerak dengan lambat?Kes lepas operate tak buleh jln laju laju)
Sebaik sahaja pulang dari hospital selepas melahirkan
Saya cuba menghabiskan buku ni
Buku ‘Pregnancy Childbirth and the Newborn’ hadiah dari bos
*Sukahati je cakap hadiah, ntah2 dia pinjamkan je?
Atau dia tolak dari gaji saya? Hah? Betulke?
Walaupun ada ibu yang menjaga makan minum baju dan bayi saya
Tetap saya tak cukup masa dan tenaga utk habiskan baca buku itu dalam tempoh yang ditetapkan
(Saya sudah tetapkan, lepas habis baca buku ini baru sambung buku berikutnya)
Hari ke 6 selepas bersalin, saya dah gatal kaki nak ke Tesco Ampang
Sambil shopping barang dapur utk ibu saya masak saya melantak
Saya singgah kedai buku Popular utk beli buku ‘What to Expect During First Year’
Dan sampai malam tadi, saya baru sampai bab mandikan baby
(Kes baca satu baris, dah tertidur)
Kalaulah ibu saya tidak mandikan baby
Selepas Ammar Zikry berumur sebulan, baru Zikry mandi
(hehe..ala dia bukan main kotor )
Semasa Ammar Zikry berumur 5 hari
Dia jaundiced tahap rendah
Bos saya dtg melawat sambil tanya bila boleh masuk kerja dan bawa herba mandian utk bayi dan saya
Katanya Herbal Bath Daifonai ini baguih utk wanita wanita lepas bersalin dan menjadi amalan masyarakat Cina
Air mandian utk penyakit kuning ini, sangat kuning
Kuning sungguh Zikry setiap kali lepas mandi
(Tuala dan changing mat pun bertukar warna kuning)
Seminggu selepas itu Kak yong datang bawa akar kayu, bengkung dan bahan utk air mandi saya
Dibeli dari Kuala Pilah (jauh sungguh, eh Kuala Pilah rasanya)
Air akar kayu ini sungguh hitam
Rasanya macam…em macam kayu yang direndam
Kayu apakah? Saya tak tahu, saya minum saja
Dan air mandi ini, sungguh wangi
Saya belek2 juga, daun apalah yang saya mandi ineh?

Saya belum boleh makai bengkung
Tanya pada ibu yang sudah 3 kali operation
Katanya selepas 5 atau 6 bulan baru buleh makai bengkung
Huwahh..mana pula saya nak sorok lemak2 neh?
Oh ye, nak berkongsi kisah gembira
Semalam saya ke klinik utk lawatan sebulan Ammar Zikry
Berat saya sudah 49kg!
Saya sungguh teruja dan sms suami
Dia tanya balik, 49kg itu makin ringan atau makin berat? (Apakah?)
Haih….utk pengetahuan rerakan, sejak saya praktikal pada May 2005
Berat saya tidak pernah dibawah 50kg
(Pengakuan ikhlas si tembam kuat makan, mata diblurkan)
Chaiyok, lagi beberapa kg utk diturunkan
Nota kecil comel : Coming soon..ramai yang akan melalui tempoh berpantang kan. Jadi, selamat menimba ilmu ye! Jangan jadi macam saya, tak bersedia utk berpantang dan banyak yang saya tak tahu
Tembam suda?
Ammar Zikry sihat alhamdulillah
Ibu dia pun makin gemuk kuat makan sihat
Dah pun berumur setahun sebulan pada 14 Jan 2008
Ayah tk nak celebrate sbb dia kata tk ada org celebrate birth-month
Ibu nk beli kek tapi Zikry belum pandai makan kek
Gambar di atas di ambil pada 29 Dec 2007
Dan 2 keping gambar di bawah pada 13 & 15 Jan 2008
Lihat, perbezaan tahun benar benar memberi kelainan di pipi kan?

Ceriti tahun baru

Lepas kami makan kenyang2, baru pusing2 tengok baju selendang,tikar,carpet,bunga telur (Apakah?)

Ammar Who?

Untuk soalan “baby nama apa?”
Jujurnya,saya lebih senang menjawab menggunakan text(samada SMS atau YM)
Kerana bila saya menjawab secara lisan
Orang akan angguk angguk dan tanya balik “Aiman…aiman ape tadi?”
Atau “ooo…Ahmad Zikry, sedap nama tu”
Cara sebutan saya salahkah sehingga org selalu salah faham dengar?
Nurul Hanis tak puas hati kerana saya tidak namakan baby ‘Harriz’
Jika Harriz, dekat dengan namanya
Tapi, saya sudah jelaskan, namanya Nurul Hanis Al Husna binti Mohd Fikri
Lihat, dekat dekat jua kan (Fikri dan Zikry)?
Dan setiap kali sebut Zikry, org akan kata “semoga dia selalu berzikir”
Masa Wak Leha namakan anaknya Fikri (bapa Nurul Hanis)
Adakah semua org mendoakan supaya Fikri selalu berfikir?




