Saya sekeluarga baru sampai dari kampung
Di kampung tiada talian internet
(pis Kak Luna, ampun maaf dipinta sbb tk dpt check shoutbox)
25 Januari (Jumaat), Kak yong & suami (saya) sampai jam 1.30 pagi
Huish, perjalanan dari KL -KK sampai 5/6 jam dek kerana bas 2 tingkat terbalik di tgh lebuhraya
Sebaik sahaja mereka sampai tak sempat duduk duduk,minum air
Dah kelam kabut menyiapkan buaian dan doorgift utk tetamu
Mujur juga bunga telur dan tempat telur sudah disiapkan sepanjang minggu lepas
Sudahnya, sampai ke subuh kami tak tidur
Dan hasilnya…buaian utk Ammar Zikry
Tempat telur kecil ni, ibu buat sambil riba Zikry
Mujur Zikry tak terlekat glue gun, tak berselirat reben, tak terpintal dengan tali gift

Saya tempah vanilla cupcake with rattle deco utk manisan majlis ini
RM2 seketul, tapi sekali masuk mulut dah habis (dlm gambar nampak besar)
Rasa nak makan dengan kertas dia sekali, haish!

Gambar semasa marhaban
Semangat sungguh pakcik2 itu bermarhaban (dari pukul 11 sampai pukul 1 non stop!)
Dan Zikry pun lena tidur di tengah2 lautan jeritan itu
Gambar masa gunting rambut
Mencabar sungguh atuk2 tu nak gunting sedikit rambut Zikry
Sebab rambut Zikry mmg sedikit..

Ptg Jumaat ribut kuat sampai patah tiang kanopi
Mujur pagi Sabtu sempat org kanopi tu gantikan dgn yg lain
Dapatla tetamu menjamu selera lauk kurma kambing

Selepas majlis selesai, sempat bergambar bersama
Tok Ayah cukurkan rerambuts Zikry

Zikry sesudah cukur sideburn
Ikutkan hati, saya mmg nak cerita panjang2
Tapi masa 24 jam saya rasa tak cukup utk dibahagi2 pada suami, Ammar Zikry, kawan2, update blog & baca blog kawan, Spa Q
To all : Doakan saya tabah sbb tak cukup tidur ye
Related posts:






zikry chomel…..sudah motak sepeti mauuuiiii
kehkehkeh
semoga menjadi anak yang soleh ye
-cik jah
hahaha, zikry dah botak pun..mamanya kene cukup rest t leh lwt2 blog org..hehehe..nway, buai tu lawa la n sila post cupcake pada saya ye jika ada lebih..nyum nyum..
pst, rela bg bahulu dari cupcakes..hehe
cikjah,
maui botak mcm zikry ye cikjah.
zikry tak suka la cikjah memutarbelitkan fakta :p
ted,
ibu dia meroyan nak online ms dia tidur (masa dia jaga,takleh buat ape la makcik).
sudahnya, kerja rumah semua tak siap..isk..