Sumaiyah datang KL lagi
Sejak sekolah di Tadika Rose nih, dia semakin bijak
Cakap pun udah ala ala org tua
“Kawan adik yang nama Nadira tu dah pindah KL,Kuala Lumpur tuuu…KL singkatan dia”
“Ye ke?Kak Sue dok KL la ni,tp tak jumpa pun Nadira?”
“Ohh..KL belah sana la tu,Kak Sue belah sini sikit”
Amboi…bijak macamni, bolehla join group Kak Bedah Adi Putra tu
Sekejap je Sumaiyah dtg, tak sempat berbual panjang2
Dia dtg menjenguk Ammar Zikry
Terkebil2 Zikry dipangku Kak Ina (*nickname Sumaiyah.Apakah?)
Balik dari kerja, kami sekeluarga terus ke Pusat Perubatan Annur
Melawat Puan Watie & baby Armand 
Mula mula nurse tak benarkan bawa baby masuk dlm bilik
Sebab ramai sangat pelawat (Saya,suami,keluarga &mertua Watie)
20 minit sebelum pulang, saya menipu minta bawa baby dalam bilik
“Semua visitor dah balik kak,malam dah ni.Tinggal saya, suami dengan sikecil yang meragam“
Si kecil saya meragam sebab time tidur dia diganggu gugat
Dengan kemahuan ibu bapanya yang mahu melawat teman
Haih…dari jam 7 hingga jam 10 dia meragam mahu di baling2 timang2
Sampai lenguh lemak2 otot2 ayahnya menimang!
Ibu sibuk melihat baby baru, Armand (betulkah begini ejaannya?)
Si dia pernah komplen,saya sukakan barang org lain daripada barang sendiri
Bila saya kata mahu ke Meru menjenguk Hani Syafini
Dia kata “hemph..yang seketul ini pun tak tertengok”
(Mulut muncung ke arah si kecil)
Ehem ehem,pembetulan
Ianya bukan sikap sukakan barang org lain
Ianya adalah sikap yang suka berkasih sayang sesama insan, okkay..hihi..
Dulu lepas saja kawin, saya mual2
Tak mahu mampu masuk dapur
Terbayangkan senduk rinjing pun nak muntah (org banjar faham kah apa itu senduk rinjing?)
Bau nasi sedang di masak, boleh menyebabkan saya mengeluarkan isi usus besar
Sekarang, selepas si kecil keluar dari perut
Barulah saya menjinak jinakkan diri dengan kuali, dapur gas, sinki etc. etc.
Oh ye, sebelum saya masuk dapur
Saya sudah paksa minta suami jangan condemn makanan saya
Lalu dia pun berjanji…
Dan beberapa hari selepas itu saya masak ikan goreng dan sayur
Dia “Em..sedap sayur ni. Sue dah pandai giler ah boleh jadi chef masak sayur”
“Yeke, ye ke..ha,tambahla nasi lagi”
*Kembang kuncup saya dipuji
Dia menyambung “Hmm…ikan goreng pun sedap”
………………………emmm………………………..
(Kenapa saya rasa mcm ada yg tak kena, mcm dia dipaksa mengeluarkan kenyataan palsu saja?)
Related posts:







haha, agak2nya la kan?puji ke terpaksa puji?hehehe