Archive for March, 2008
Sebelum kahwin, kami dah bertengkar berbual bual
Mengenai raya mahu balik rumah siapa?
Saya beri cadangan :
Raya pertama rumah saya
Raya kedua rumah mak mertua awak
Raya ketiga balik rumah saya
Raya ke empat,kita jenguk pak mertua awak…
Tapi ditolak bulat bulat..haish..
Untuk pilihanraya umum pula, kami belum pernah membincangkannya
Nak balik mana dulu?
Pilihanraya ada satu hari saje weh…
Mujurlah tempat membuang undi kami tak jauh sangat
Cuma kerana ‘peti undi’ (read:Zikry) saya agak besar
Saya menyokong suami sahaja pergi mengundi
Lepas undi balik terus ye bang!
Dan saya di rumah menjaga peti undi sambil menonton tv
Pagi ni Firwan msg beritahu yang Sya sudah selamat melahirkan bayi keduanya
Qistina nama yang Sya suami isteri pilih
Iffah dah panggil ‘Baby Ina, Baby Ina’
Seronoknya Iffah dpt adik…
Bila lah Zikry nak dapat adik
Bertanya khabar cik Watie kita di kampung
Baby Armand kena prolonged jaundice
Selang 2 hari ambil darah di klinik
Kasian Armand, semoga Armand sihat dengan cepat
Dan membesar bagaikan johan!
Zikry?
Kalini tak ada gambar Zikry sebab muka dia penuh dengan ruam susu
Bila saya pergi klinik, doktor kata it’s inherited in a gene
Cis, maksud doktor, ruamnya kah? Atau garangnya?
Ada seplastik ubat dan barang mandi utk kegunaan hariannya
Lepas ruam Zikry dah elok nanti
Saya tempek gambarnya banyak2 ya!





