Lagi 4 hari Ammar Zikry akan berumur 4 bulan
Berapa kg lah anak mommy ni ye (Sukahati, kejap jadi ibu, kejap jadi mommy)
Zikry baru pandai gelak bila org acan
Terkekek kekek ketawa bila mommy buat bunyi kentut kat perut dia “Poottt”
Dah senang sikit menjaganya berbanding bulan pertama & kedua
Zikry hanya menangis bila saya paksa baring
Atau tinggal sorang2 dalam bilik masa saya tidur buat kerja rumah
Hobi?Dia suka tengok TV
Dari berita bawa ke sinetron ke drama opera cina
Semua dia layan…
Dan dia pandai berlakon menangis
Walaupun sebenarnya tak ada apa apa yang berlaku
Dia saja saja buat bunyi nangis, ceh!
Ibu pakaikan Zikry dengan romper baru
Dia buat biasa biasa saja, mcm tak ada apa yang berlaku
Habis2 dia termenung atas sofa
Masa dia kecil ni lah, ibu nak pakaikan itu ini
Dah besar nanti, dah pandai memilih
Nak pakai apa, nak makan apa, suka kat sapa
Esok harinya kak Sumaiyah dia dtg KL
Sampai ke bilik tidur, kak Ina dia ikut nak tidur sama
Sudahnya kami praktis tidur 4 org, 2 org dewasa, 2 kanak kanak
Macam ok je kan bang kan? Hiks..
Zikry dengan yellow romper
haish la anak, kenapa tak senyum ni?
Ibumu kan sering tersenyum manis?
part senyum, zikry tak ikut ibu ye?
sampai senget2 kak ina dukung iki…
Esok harinya, sebelum keluar jenjalan
Saya ajak sidia bergambar
Zikry dah buat muka boring dengan ayah dan ibunya
Makin lama saya makin comot
Whitehead,blackhead semuanya ada kat muka ni
Duit asyik spend utk baju Zikry je..isk isk
Oh ye, Luna Store baru di update dengan barang barang baru
Selamat menjengah!
Related posts:






