Archive for May, 2008
jadi blogger ini bukannya senang
(korang,korang perasan tak yang saya sangat sukakan kareer ini?)
walaupun duka, tak muleh letak kisah duka
sebab nanti urang baca kisah lemau lemau, dan lari mood sume orang
(hiks, caringnya blogger ni)
bayangkan ye..
saya berjalan, dan dari jauh ternampak cahaya samar2
saya teruskan jua berjalan dengan penuh shopan santun gitew
tertanya tanya, ada event ape pasang bunga api yang cantik merelip relip?
atau sekadar lampu jalan TNB yang perlu dibayar RM12 sebulan?
apapun cahaya itu, saya teruskan jua perjalanan sbb saya suka eksesais
bila saya sampai, saya asyik melihat lihat cahaya bunga api
tanpa sedar, serpihan serpihan bunga api itu terkena bebaju (banyak lapis ke pakai baju?)
dan lama lama terkena epidermis kulit
dan buat saya lamaaa terfikir “lama lagi ke saya nak berdiri je kat sini? takde ke khemah utk berteduh ke ape?takde ke air air oren?”
sesungguhnya wak, saya pun tak mahu sembang saja sampai tua (kalau sempat tua)
tapi itu saja yang saya terel
cuma saya terlalu occupied utk aktiviti lain
oh katil kecil kami tu hampir2 tak muat utk kami bertiga
saya co-sleeping iki sbb bila saya balik kerja pukul 8 mlm, iki sudahpun tidur
tak sampai hati nak letaknya dalam playpen
sebenarnya malas nak kemas baju2 dalam playpen tu
dan nak peluk ciumnya sepanjang malam
jadi kami berkongsi katil
dan malam tadi, saya jatuh katil rasanya (rasanya?)
sebab tidur di bucu bucu
dan pagi ni sakit segala badan
peliknya, saya ingat ingat lupa
betulke saya jatuh?
sebab yang paling kuat dalam ingatan saya hingga ke pagi ni dan pagi pagi seterusnya
“saya mahu bersembang dengan awak sampai ke tua, because that’s the only things i’m best at”
“kalau boleh, saya tak mahu bunga api itu padam walaupun ianya sedikit melukakan“
korang, because I am a blogger
kenalah update setiap hari tak gitew?
jadi pada jam 6.30 pm hari isnin yang blues,saya masih berada di ofis mengupdate blog menyiapkan kerja kerja yang belum siap
oh ye, amaran awal, entry ni agak kelam kelambu kerana saya combinekan semua cerita dalam satu entry
yelah, blogger kan kerjaya sendiri tidak bergaji
jadi tiada peraturan bertulis mengenai sesebuah entry kan?
asalkan tidak ada any words that could lead me to the Akta Hasutan 1948 sahaja
awal pagi sembang sekejap dengan cik huda yang selalu busy
saya jemputnya utk kenduri pertunangan kakak ipar
tapi dia kata ada piknik keluarga pada tarikh berikut
dan dia sudah janji, mahu datang kenduri perkahwinan kakyong
sebagai mengqadakan dia tk dpt dtg majlis perkahwinan saya tempohari
(masa itu dia ada interview PTD)
mujur dia tak ckp nak qada’ majlis perkahwinan saya masa perkahwinan aniki 25 tahun lagi..
hiks…(tak terimejin cemane iki kawin)
saya juga baca emel tentang kesibukan sya
haritu 18 dan 19 May, sya, suami dan anak anak tidur di rumah saya
ala, sekejap saja, rumah saya sepah sepah tapi mesra gitewla
harap harap sya selesa
nanti bila sya dtg semenanjung malaysia, singgah lagi rumah sue ya!
ini quote dari emel sya:
sue – thanks a lot yaa..banyak menyusahkan sue…seperti kata syazwan, ape guna kawan kalau bukan utk disusahkan..terima kasih banyak2..zikry gak..pinjam kan buai utk qistina…atas nasihat panduan, tempat tinggal free, belanja makan, dan segala2nye…
okies..take care semua…lama rasanye tak update fotopages, friendster..tak de masa..sgt ajaib ngan sue, siap leh berblog2…:)
saya tak dpt lupa, sya letak qistina dalam buai zikry sbb nak baca blog saya
bila saya kata,mehla sembang direct dengan saya
dia kata best lagi baca blog (bolehkah?)
sya, sebab tu la sue update blog
nanti nanti bila sya dtg rumah sue, bolehla sya baca .:nyehehe:.
sempat iki bergambar bersama kakak Iffah

sekali imbas, macam adik beradik lain mak lain bapa je kan
Iffah dah hampir 2 tahun
jenuh kak sue dia jadi horse (again, kak sue?)
zikry belum pandai jadikan mommy dia horse
kalau dia dah pandai main nanti, habisla dia paksa mommy dia jadi semua binatang dalam Zoo agaknya
(panda?ikan lumba lumba?ular sawa?isk..)
sehari sebelum ayah bertolak ke shanghai
mommy belikan megi,berus gigi,ubat gigi, air kotak, coklat etc etc di Tesco
sangat la happy si kecik ini jalan jalan
tersembur sembur air liur dia menyembur bersembang
aih, kata pegi Tesco, napelak gambar dlm kete?
hihi..ni sementara menanti aunti sya & uncle firwan sampai
gambar nye pudar pudar kelam gitew sbb menggunakan henfon fink..hiks

Hari sabtu, mommy dan ayah bawa zikry jalan jalan di Prince hotel
saja saja, cuci mata, makan makan, ambil gambar
senyum senyum lah mommy bergambar
*gambar dari tepi, tak nampak lelemaks sangat..hiks

di pintu lift, sempat mommy paksa suruh ayah snap gambar sign ineh
no durian?
baby yang tembam, bulehkan?
sekeping dua tiga gambar mommy dan zikry
ayah tiada dalam gambar, sibuk pegang kameranya

hah,banyaknya gambar zikry yang mahu saya apdets
runsing pula rasanya
kita beralih ke gambar lain la pula
sempat saya snap gambar signboard ini semasa suami membayar parking

sebelum ayah berangkat ke shanghai
sempat dia membuli mengambil gambar zikry, buat hilang rindu katanya
kenapa saya nampak mcm kena buli?kenapa?
habis kisah jalan jalan dan kes buli, terus saja kisah zikry di kampung
sepertimana yang diberitahu dalam entry sebelum sebelum ini
saya dan zikry pulang bercuti di kuala kangsar (rumah mertua) dan sg siput (rumah sendiri)
luangkan masa seminggu melayan zikry yang suka melekap
ini gambar zikry dengan afiq daniel
afiq ni pangkat anak sedara zikry, tapi saya tetap bahasakan afiq sbg abg afiq
dia dtg rumah saya nak kolat (coklat)
zikry tersenyum2 baru lepas mandi
rambut yang sedikit pun belum sikat
zikry dengan maksu nina yang suka jerit jerit

owh, bapa saya membawa zikry ke port dickson
di bawah ini gambar zikry dengan siapa ntah
kalau ada pembaca blog saya ialah org ini….em… “hi :)”
*maafkan anak saya yg suka terloncat loncat itew ya

balik dari pd, saya lihat zikry peluk power rangers
hah?dapat power rangers?
tok abah belikan ye?
*nape tak minta nautica ke, toyota rush ke?, cash ke?
masa jalan jalan rumah tok cu, zikry test pegang stereng BLM opah cu
kalau zikry dah penat sangat, dia tak kisah atas sape sape pun dia tidur
zikry dan buchik(ibu chik, adik dia jadi bucu-ibu cu) masa kami melawat rumah putrajaya

saya teringat ada request dari kawan
teringin nak tgk gambar zikry mandi
isk,ngarut ngarut saja permintaan teman temanku ineh
*ngarut2 pun ada jua gambarnya…
eksklusif gitew…zikry buah hati mommy dan ayah mandi
Jangan ada yg minta gambar iki bebukan lagi ye
Tengah uk uk ke…isk…
Nota bath tub iki :mak aii…penatnya jadi blogger
boleh migrain kalau hari hari apdet blog camni
Title entry ialah rusak kerana saya tidak dpt memikirkn title lain
Saya menaip menggunakan laptop yg sudah rosak huruf ‘r’,'t’,'f’,'g’ dan ‘v’
Boleh bayangkan kesusahan saya menaip blog menggunakan on-screen keyboard?
(Ya,semlm saya chatting dgn huda tanpa huruf2 di atas, mcm ayam berbual dgn gajah)
Bila penting jadi penin
Bila Ammar Zikry jadi Amma ziky
Bila menggunakan jadi menunakan
Bila kenangan jadi kenanan
Bila take care jadi ake cae
Esok la saya sambung blogging guna rete ofis
Nighty Nite
*Oh ye, bila ada yg bertanyakan pekerjaan saya, I am proudly announce that I am a blogger
*Maklumlah, career ini agak popular kebelakangan ini :hidung kembang:
Mommy iki mengupdate lagi sebelum pulang ke kampung
Untuk semua pembaca di luar sana (aicehh..mcm buat ucapan di atas pentas)
jika mahu beli baju, tunggu sehingga saya pulang dulu ya!
saya akan berada di kampung pada 19 May hingga 25 May
kerana ayah iki ke shanghai, jadi saya tidak mahu tinggal berseduaorangan dengan zikry
boleh meroyan saya melayan karenah iki yang sentiasa mahu melekap
jadi saya mahu berkongsi rasa royan itu dengan ibu dan bapa mertua saya, insyaAllah
lagipun lama rasanya saya tak pulang ke kampung
saya ambil cuti seminggu utk atuk nenek, sekaligus saya, meluangkan masa dengan iki
tengok, iki sudah 5 bulan pada 14 May lepas
saya bawanya utk lawatan ke klinik
ada injection yang seterusnya
gambar di bawah, semasa iki di klinik
nampak?dahinya merah2? itu bukan rashes mahupun gatal gatal
itu iki gatal tangan mencengkam dahinya dengan kuat
kalau dia geram, di cengkam perutnya
dicengkam telinganya sampai berdarah darah (kena kukunya)
saya sudah cabut mittennya
kerana bayi seusianya mahu bermain dengan otot otot tangan
(betul ke apa saya tulis ni)
dia mahu belajar memegang, merasa, mencengkam?
kalau tak percaya, semasa dia menjerit2 itu
cuba letakkan lengan anda, pasti akan dicengkam sekuat tenaga kecilnya
entah dari mana datang garangnya itew…sigh..
owh, lihat ni diskusi saya dan aunti yujiea iki
yang dalam kurungan itu bisik hati mommy
yujiea: iki
yujiea: sebijik mcm muka awak
diyaluna: maksud awak
diyaluna: hidungnya yang separa mancung?
yujiea: semua
yujiea: sgt mirip dlm gmbr avatar tu
yujiea: ekekke
yujiea: iki sgt comel
yujiea: sy gelak tgk gmbr2 dia
yujiea: comel sgt laa awk
diyaluna: awak kata saya comel?
yujiea: bkn
yujiea: anak awak
yujiea: awak biase2 saje (biase biase?)
diyalua: tapi kan awak kata muka kami sama
yujiea: ekkekek
yujiea: ya..
yujiea: aih tak perlulah panjangkan hal ini..
yujiea: ok?
diyaluna: maneleh
yujiea: sy ckp iki yg comel
yujiea: awak merasa tempuasnya?
diyaluna: tempias maksud awak?
yujiea: ya ya
diyaluna: kite kena setelkan hal ni
diyaluna: saya hanya berpuas hati
diyaluna: kalau awak kata saya comel
diyaluna: sbb iki ngikut saya
yujiea: tak perlu lah
yujiea: mane2 wanita juga setuju
yujiea: hmm
yujiea: sy berpendirian wak..
yujiea: takperlulah ckp utk memuaskan ati awak
diyaluna: tapi…saya logis orangnya
diyaluna: sebentar tadi awak kata iki ikut saya
diyaluna: kemudian iki comel
diyaluna: jadikan, secara logiknya
diyaluna: saya comel?
yujiea: tidak lah
yujiea: mcm begini..
yujiea: kalo sy ckp..
yujiea: awak lapar…
yujiea: iki lapar..iki makan..
yujiea: adakah awak pun makan?
yujiea: hah
yujiea: gemane?
yujiea: jawab wak
yujiea: jawab la
yujiea: ya
yujiea: awak pasti sudah setuju kan dgn hujah sy
Diya Luna: awak
Diya Luna: em…
Diya Luna: saya akan makan makanan dia
Diya Luna: (emoticon lapar)
Diya Luna: jangan main main
Diya Luna: jika saya lapar
Diya Luna: i can be a different person
yujiea: hahahahaha
perbualan mengarut ngarut itu habis disitu
saya sebenarnya tidak kisah iki comel ataupun tidak
asalkan org cakap saya comel
asalkan iki sihat, tidak sakit, tidak meragam
biar dia jadi anak yg mendengar kata
boleh jua sedekahkan yasin mahupun fatihah bila saya dan suami tiada lagi di dunia ineh
insyaAllah, anak itu amanah Dia
mungkin saya tak dapat beri semua yang terbaik di supermarket untuknya
stroller biasa biasa saja
playpen asalkan boleh letak baju lepas basuh tidur
baju, asalkan ada baju tak bolen gitew saja
tapi kami beri yang terbaik semampu bank account kami
dia buah hati kami
my eldest son, Ammar Zikry
(korang, korang perasan tak saya asyik sebut sebut iki as eldest, meaning mahu tambah branchkah?)
Selamat kembali mula bekerja!
selamat memulakan hari bekerja dengan penuh semangat ya
hujung minggu saya dihabiskan dengan membelek si anak
di bawah ini Ammar Zikry melekap pada ibunya
tak mahu turun, tangan pun asyik melekap saja
(boleh zikry beritahu, macamana ibu nak mandi, masak etc etc?)
gambar pun di ambil menggunakan handphone
bulat matanya bila saya nampak saya pegang handphone/camera sbb dia tau ibunya gila mengambil gambarnya

Mari kita cerita kisah hari Jumaat lepas
anak pengasuh zikry eksiden, jadi pengasuh minta saya ambil aniki lebih awal
saya ambil aniki dan bawa ke opis
bertukar ganti orang yang dokong iki
kukik kukik dia gelak bila di agah
memang tak boleh bawa dia ke tempat kerja
sebab saya tak boleh bekerja, dia minta dilayan saja
melayannya pun satu kerja jua
dia suka dengar lagu di handphone mommy
masalahnya bila ada org call, lagu tu berhenti kerana mommy perlu angkat phone
dia akan menjerit jerit marah
upss…salah saya.saya yang belum ajar nya utk bezakan radio dan handphone
hari jumaat lepas hari terakhir yan di ZEN
tengok gambar di bawah
tangan aniki menumbuk aunti yan kerana aunti yan mahu berhijrah
yan nak kawin tahun ni jadi dia memerlukan company yang mampu mensponsornya yuran hospital
semua org di ofis kata aniki dah ikut muka ayahnya
saya tengok lama lama, dia ikut saya
perangainya yang garang ikut ayahnya
sensitif dan kuat merajuk pun ikut ayahnya, ups saya
minggu ni zikry dah kurang fussy nya berbanding minggu lepas
suami kata, kalau kami ada 3 anak
malam malam kami makan bubur, bubur nasi yang baby makan
bezanya, baby punya tak bergaram
kes tak sempat masak, penat letih balik kerja
Jom cerita aktiviti hari minggu
Aniki ke Cheras Leisure Mall dengan mommy & ayah
Nak cari car seat sbb ayah nak pegi Shanghai minggu depan jadi mommy tinggal sorang2 kena ambil dan hantar zikry di rumah pengasuh
Sampai sampai di Kiddy Place, ada banyak offer rupanya
maka rambanglah mata mommy, dan diborongnya toys utk zikry
sebab mainan zikry sekarang ni ialah air liur dan tangannya
kalau dpt teether pun, dia bukannya gigit, dia hisap sedut sedut
mungkin kami boleh mengalihkan perhatiannya kepada benda mainan lain?
Zikry yang tersengih2 di depan kamera
entah sejak bila dia mesra kamera
nampak kamera saja, terus sengih senyum tak nampak gigi
Zikry dah ada 3 turtles, 2 ibu beli di Pulau perhentian tempohari
dan satu lagi, turtle yang pandai ketawa “hik hik hik”
Upss..dah petang, saya nak balik ambil Zikry…
zikry oh zikry… janganlah meragam malam ni




























