Mommy iki mengupdate lagi sebelum pulang ke kampung
Untuk semua pembaca di luar sana (aicehh..mcm buat ucapan di atas pentas)
jika mahu beli baju, tunggu sehingga saya pulang dulu ya!
saya akan berada di kampung pada 19 May hingga 25 May
kerana ayah iki ke shanghai, jadi saya tidak mahu tinggal berseduaorangan dengan zikry
boleh meroyan saya melayan karenah iki yang sentiasa mahu melekap
jadi saya mahu berkongsi rasa royan itu dengan ibu dan bapa mertua saya, insyaAllah
lagipun lama rasanya saya tak pulang ke kampung
saya ambil cuti seminggu utk atuk nenek, sekaligus saya, meluangkan masa dengan iki
tengok, iki sudah 5 bulan pada 14 May lepas
saya bawanya utk lawatan ke klinik
ada injection yang seterusnya
gambar di bawah, semasa iki di klinik
nampak?dahinya merah2? itu bukan rashes mahupun gatal gatal
itu iki gatal tangan mencengkam dahinya dengan kuat
kalau dia geram, di cengkam perutnya
dicengkam telinganya sampai berdarah darah (kena kukunya)
saya sudah cabut mittennya
kerana bayi seusianya mahu bermain dengan otot otot tangan
(betul ke apa saya tulis ni)
dia mahu belajar memegang, merasa, mencengkam?
kalau tak percaya, semasa dia menjerit2 itu
cuba letakkan lengan anda, pasti akan dicengkam sekuat tenaga kecilnya
entah dari mana datang garangnya itew…sigh..
owh, lihat ni diskusi saya dan aunti yujiea iki
yang dalam kurungan itu bisik hati mommy
yujiea: iki
yujiea: sebijik mcm muka awak
diyaluna: maksud awak
diyaluna: hidungnya yang separa mancung?
yujiea: semua
yujiea: sgt mirip dlm gmbr avatar tu
yujiea: ekekke
yujiea: iki sgt comel
yujiea: sy gelak tgk gmbr2 dia
yujiea: comel sgt laa awk
diyaluna: awak kata saya comel?
yujiea: bkn
yujiea: anak awak
yujiea: awak biase2 saje (biase biase?)
diyalua: tapi kan awak kata muka kami sama
yujiea: ekkekek
yujiea: ya..
yujiea: aih tak perlulah panjangkan hal ini..
yujiea: ok?
diyaluna: maneleh
yujiea: sy ckp iki yg comel
yujiea: awak merasa tempuasnya?
diyaluna: tempias maksud awak?
yujiea: ya ya
diyaluna: kite kena setelkan hal ni
diyaluna: saya hanya berpuas hati
diyaluna: kalau awak kata saya comel
diyaluna: sbb iki ngikut saya
yujiea: tak perlu lah
yujiea: mane2 wanita juga setuju
yujiea: hmm
yujiea: sy berpendirian wak..
yujiea: takperlulah ckp utk memuaskan ati awak
diyaluna: tapi…saya logis orangnya
diyaluna: sebentar tadi awak kata iki ikut saya
diyaluna: kemudian iki comel
diyaluna: jadikan, secara logiknya
diyaluna: saya comel?
yujiea: tidak lah
yujiea: mcm begini..
yujiea: kalo sy ckp..
yujiea: awak lapar…
yujiea: iki lapar..iki makan..
yujiea: adakah awak pun makan?
yujiea: hah
yujiea: gemane?
yujiea: jawab wak
yujiea: jawab la
yujiea: ya
yujiea: awak pasti sudah setuju kan dgn hujah sy
Diya Luna: awak
Diya Luna: em…
Diya Luna: saya akan makan makanan dia
Diya Luna: (emoticon lapar)
Diya Luna: jangan main main
Diya Luna: jika saya lapar
Diya Luna: i can be a different person
yujiea: hahahahaha
perbualan mengarut ngarut itu habis disitu
saya sebenarnya tidak kisah iki comel ataupun tidak
asalkan org cakap saya comel
asalkan iki sihat, tidak sakit, tidak meragam
biar dia jadi anak yg mendengar kata
boleh jua sedekahkan yasin mahupun fatihah bila saya dan suami tiada lagi di dunia ineh
insyaAllah, anak itu amanah Dia
mungkin saya tak dapat beri semua yang terbaik di supermarket untuknya
stroller biasa biasa saja
playpen asalkan boleh letak baju lepas basuh tidur
baju, asalkan ada baju tak bolen gitew saja
tapi kami beri yang terbaik semampu bank account kami
dia buah hati kami
my eldest son, Ammar Zikry
(korang, korang perasan tak saya asyik sebut sebut iki as eldest, meaning mahu tambah branchkah?)
Related posts:






tambahla cik kak oi…bizi je manjang sejak ada iki ni.hahaha
tambah la sementara masih muda,bergetah,bercomel,berdaya saing dan bermacam2 lagi nih…
lama x dtg sini..dah beso upe nye budet tuh….mmg muke mcm mak nye la….