Archive for May, 2008
Saje saje mengisi petang hari Jumaat
(perasan tak saya selalu mengulau?)
Sambil edit edit Online Store saya
supaya senang mommies bershopping
sebab buat masa sekarang, semua baju terabur
pening kepala ibu2 yang mahu sopping
Meh apdets cerita aniki
Gambar di bawah masa aniki tengok tivi dari celah2 kain buainye
Makin besar,dia makin tanak dok dalam buaian
Dia nak berdukung kesana kumari
kalau pendukung cita cita nya tu berhenti, dia menjerit
Kenapa gambar2 di bawah tidak shantek?
kerana diambil menggunakan henpon pink lah
bila gelap malam tidak shantek, bila siang terang mentari, pun biasa biasa saje
buleh la kan, asalkan dpt bezakan
yang mana aniki, yang mana mommy
Bergambar di kedai DeClassaFlora, semasa meneman umi Zikry membuat persiapan
untuk majlis pertunangannya
Ha?mommy shomot?
taklah..mana ada…kurang shomel sajaaaa….hiks
Zikry pandai apa?
Zikry pandai menjerit, jerit jerit, jerit dan jerit lagi! dan lagi!
Ibu? Anakku….karang Tuhan tarik nikmat suara karang, cakap nangis slow slow…
Assalamualaikum w.b.t
Pertama tamanya (ade ke ayat pertama tamanya?) saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada mereka meraka yg sentiasa di sisi saya
(secara fizikal maupun virtual)
dan mengingati tarikh2 penting saya (dalam kes ini ialah anniversary)
muah muah kepada :
- mak mertua saya yang bertanya “hari ni anniversary, mau ke mana?”
suami reply “kemas rumah dan basuh baju”
saya di dalam hati “duduk rumah la kan maksudnya?” - noor liza kawan sekolah rendah saya yang melihat lihat kotak hantaran saya di http://invitation.fotopages.com
dia bertanya “sue, harini awak genap setahun kawin ye?”
saya “mana liza tau? eh ijam yang gosip2 ngan saya masa skolah rendah tu dah kawin ke?”
saya lagi “thanks liza” - kak zana siap call “sue, udah setahun….”
saya “ye la kak zana, zikry dah setahun…sudah nakal dia (zikry kan lahir tahun 2007)”
kak zana “bukanla, dah setahun kawin laa”
saya “ya ya, sudah setahun…kak zana, nak balik amik anak dah ni”
kak zana “huh, cakap sekejap pun tak buleh. ok lah”
saya “kak zana, patutnya saya cembang lama lama ngan kak zana masa belum ada anak dulu kan, skrg ni tak cempat sembang2
“ - ayg “hah? dah setahun ke alg? semoga alg tidak gemuk”
- angah “setahun ke alg?kanke alg baru kawin haritu?dah setahun?”
- yan “ko dah setahun kawin sue?best tak?”
saya “ko tanya part mana yan?” - ian “OMG! It’s a big achievement!So, anything special last night?”
saya “ian, me myself already special, no need anything special”
macam biasa memainkan watak materialistik, 2 minggu sebelum tarikh 4 May saya dah meroyan minta hadiah
Konon2 nak survey, sekali saya terpaksa suami utk beli terus
Hp lama?saya jualkan kerana ianya terlalu pink
Yang ini pink muda…
Tapi phone lama ada 3G, yang ini tiada
Phone ini boleh dishake shake utk menukar lagu
Dan boleh merekodkan step yang saya ambil setiap hari
(Asalkan saya letak phone di dalam poket seluar)
Ini membolehkan saya mengira kalori yang dibakar setiap hari
Apapun, bottom line kenapa saya suka phone ini
It’s pink! Light pink! Nyammy…

Untuk suami, saya katakan, hadiahnya ada dalam buaian
itu la..anak itu…itulah hadiah saya pada dia
Mula nya saya plan mau letak anak pakai baju shantek2 dan duduk di sofa sambil pegang kad
Tapi anak itew lebih tahu apa yang dimahukannya
Mood yang sekarang amat hangin, asyik menjerit jerit
Semua serba tak kena
jadi saya pakaikan baju jarang2 sama macam kain buainya
Baru dia mood baik dan sengih2 sambil sembang bahasa dia
lari semua plan saya (jgn harap semua plan anda akan menjadi jika anda munyai anak kecit)
Untuk si dia, saya belikan ineh..
Dia diam…pandang saya dan hadiah lama… lama…
kemudian berkata “dah sampai masanya abg monitor penggunaan credit card mu”
saya”HAH??cis..”
Oh ya, Saya dan suami hanya makan di McDonald untuk anniversary tahun ini
kerana perlu cepat ngambili anak di rumah pengasuh sebelum jam 7 mlm
Mungkin nanti nanti bila jubli perak atau jubli emas, kami akan sambut dengan lebih meriah
anak pun sudah besar pada ketika itu, kan
suami mahu belanja benda yang saya perlukan
lantas saya ajak dia shopping beras di Giant Cheras Leisure Mall
MAHALnya harga beras sekarang!!
(realistiknya saya dalam memilih hadiah
)
Love at first sight is easy to understand; it’s when two people have been looking at each other for a lifetime that it becomes a miracle.
Ammar Zikry is a miracle in our life, he is!
Nota anniversary : It is a amazing that ‘our miracle’ can miserably shrieking, screaming and crying for half an hour. Sigh..
Nak stori mori kisah saje saje buang masa terluang
saya sebenarnya sangat busy
sampaikan bila saya cuba pejam mata masa susukan anak
ada rasa sakit dibelakang telinga
skrg sudah jam 2 pagi, saya masih ngonline dan ngapdet blog
saya akan masuk tidur bila anak mahu susu nanti
Cerita tentang buah hati mommy yang seketul ini
Aniki dah rajin berpusing dan meniarap
Sampaikan time tidur pun berpusing diluar sedar
bila dia sedar,dia menangis minta saya betulkan dia kembali on his back
boleh tak?
Dia dah rajin ketawa kalau diacah
Lihat, gambar nya tersenyum nampak gusi
ini gambar keduanya tertawa (gambar pertama)
Cuba lihat wajahnya betul2
Dia dapat mata tak berapa bundar saya, hidung tak mancung saya, mulut muncung dan tak berenti bercakap saya, pipi tembam saya dan kulit tak berapa cerah saya
Ada satu saja yg ikut ayahnya, iaitu eyelashes panjang dan lurus
haih…tidaklah ayahnya jauh hati sangat…hihi…
(itu, bulu hidung pun ngikut abg la bang..betul…)
Aniki kan abg besar?
Sudah besar,pasti pandai memegang botol sendiri ye dak?
Lepas ni boleh mandi dan basuh botol sendiri ye yang
(Tak perlu sediakan susu sbb aniki breastfeed,ibu yang preparekan susu)
Zikry minum susu sambil tengok TV dekat foodcourt supermarket…
Siang tadi saya sekeluarga bersama mentua ke Jalan TAR
mencari barang2 utk majlis pertunangan kakak ipar
oh ya, dikesempatan ini, saya ingin menjemput semua pembaca
hadir ke majlis makan makan di taman seroja, kuala kangsar
Sile kol/sms saya ya di no kosong satu dua 5880 515
Teruja sungguh ibu iki nak gi jalan jalan
(Umurnya baru 4 bulan 2 minggu)
Tapi bebaju iki saiz 6-12 months, seluarnya saiz 12-18 months
iki dok main main ngan atuk,ibu tak perasan seluarmu londeh nak
Takpelah,shomel saje dimata ibu
(tahan lama seluar iki ye ki..hihi )
Masuk saja stroller,dia termenung fikir masa depannya
ms opah,ibu dan umie cibuk window shopping di sayangyou
ayah tidur kat kerusi luar kedai
(kes smlm balik kerja pukul 5 am)
“sian ayah,tolong jagakan anak sekejap yah..”
Aniki budak baik,tak susah nak bawa dia jln jln
asalkan ada skill memujuknya supaya tidur
sbb dirumah dia perlu dibuai utk tidur
jadi,agak challenginglah task menidurkan aniki tanpa buai
boleh juga cadangkn task tu termasuk dlm task ut peserta Amazing Race kan?
Kesian anak ibu tertidur kepenatan
walaupun hidup saya kelam kelambu
blog tak berupdate,rumah tak berkemas,tidur tak bangun2 cukup
stok baju terabur satu rumah, sidia pakai baju tak bergosok
Ammar Zikry lah racun, dan dialah penawar (ckp anak racun?)
bila tengok dia gelak, hati rasa gembira yang bukan di buat buat
bila dia menangis, hati rasa bising (oih.telinga la rasa bising)
2008 ni ramai yang akan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati masing masing
Tahniah, semoga dikurniakan kebahagiaan dalam rumahtangga
dan mendapat anak yang sihat dan soleh..
Amin..
Nota buah hati: Baru kuperasan,tiada gambar ku lagi dalam kamera itew, penuh dengan gambar anak…uwaa…
Halu halu
Saya tak cukup jari jemari tenaga utk melaksanakan semua kerja
Rumahtangga tak terurus, semuanya main campak campak
Tempahan bunga pahar masih ongoing
Stok baju sudah masuk, tapi belum di update
Untuk mommies2 yang lebih suka dtg ke rumah berbanding beli di online
Sila kontek saya yang kepochi ni utk temujanji ya!
Mari kita cuci mata lihat babies yang hensem2 ini
Mommy mereka beli baju hero2 mereka di Luna Store
Tahun ini ramai baby boy, hanya mereka yang terpilih sahaja dpt baby girl..humphh..
Boy atau pun girl, tahniah ya!
Mari kita belikan baju utk mereka, walaupun ibunya pakai baju masa student saja
Tengok, Aydan Syaza dengan baju Calvin Klein nya
Seriusnya dia tengok kamera
Isk isk…nanti datang rumah aunti lagi ye, boleh main dengan aniki
haritu masa aydan datang rumah
dia badmood bila ibu dia asyik dokong iki
cian aydan….
Yang bawah ni HarizĀ Airy Adha
Lahir on 20 December 2007, masa hari raya aidiladha
Bulat mata dia
orangnya cerah,sesuai dengan GAP romper oren
bila la hariz nak mai rumah aunti ni?
ajak mama dengan aunti liza taw…
Aniki? macam biasa, sihat walafiat
2 keping gambar di bawah ni masa dia demam last month
Dia memang cepat demam
Sekarang ni kurang sikit, lepas ibu dia fully breastfeed
Harapnya aniki akan sentiasa sihat, cemerlang dan terbilang
Macam geng2 dia kat atas tu..





















