Saya belum pulang kerja lagi
bercadang nak buat scrapbook utk anakanak
tapi tak sempat2 hingga ke hari ni
jom kita jenguk aktiviti zikry di rumah
ni semua gambar2 sepanjang bulan June
semasa dia masih mahu dibuai
sekarang dia tak suka masuk buaian
oh..mungkin ini ialah gambar nya yg terakhir didalam buaiannya?
lepas ni mommy lelong lah buaian iki ye?
zikry tidur lena menggunakan memakai baju berlubang2
nampak tak hujung buntut turtlenya?
turtle ni asyik interframe je..

zikry dah mula main dengan kakinya
orang tua tua kata, dah nak dpt adik
hah? apa? sekarang ke?
banyak lagi, kalau main air liur, rambut ibu gugur
(memang gugur pun, kesan perubahan hormon)
jangan cium tangan baby, nanti dia meminta minta
masa saya dok bercerita kisah kata kata org tua itu
along juhainie buat2 tanya soalan pandai pada saya
“ye ke kak sue, kalau baby hisap ibu jari kaki dia apa pulak tandanya?”
itu tandanya….
“ko tak reti reti kasi anak ko makan?? dia dh makan jari kaki dia dah”
perut zikry juga sudah besar
sebesar perut ayah dan ibu
perut memang kena besar, lambang kemegahan kata ayah
kan saya cakap zikry hanya diam di atas car seat?
jadi dia tak perlu duduk2 di sofa untuk menonton TV
dia gembira bermain dengan softoys nya di atas car seat
(ni cam sama kes dengan u-ul sukakan beskalnya saja)

kadang kadang senyuman zikry
nampak pelik
nampak nakal
nampak mcm dia sedang berkata “hehehe..im a big boy now”
(itu bukan berkata la, itu gelak…ceh)
kalau dia gelak besar, dia gelak dengan besar
happy sangat2 dia ber ibu kan saya bermain dengan org yang mengagahnya
zikry lah buah hati mommy
oh, menjawab soalan ayang
masa zikry dalam perut, saya nak jadi mommy zikry
tapi ayah zikry tanak jadi daddy
dia nak saya jadi ibu
(tp ibukan pasangannya bapa, jadi dia patut jadi bapa lah kan?)
jadi sekarang ni, keadaan agak huru hara
saya bahasakan diri mommy
suami suruh zikry tidur dengan ibu
zikry nangis jerit2 momma
kadang2 bila time mood saya baik, saya bahasakan diri ibunda dan anakanda
sungguh….
dan suami geleng kepala “gile hapa”
ceh…
Related posts:











macam2 nama u la sis, tang anakanda dan ibunda tu tak tahan.
ha, ibunda n anakanda tu best. wan jd ayahanda la kan. nanti adik iki panggil iki kekanda. iki panggil adik iki adinda. alang telah memartabatkan kesusasteraan melayu semula melalui keluarga alang. kompem akan ada antara anak2 alang yg jd professor, pakar dlm sastera
oh, ya. alang, alang berangan, iki besar nanti jd ape? doktorkah? majistretkah? peserta af kah? ayang rase iki ade bakat jd artist la, sbb nanti besar mesti ensem. (kecik2 pun dh pandai senyum ada makna)
Ha.. Iki Cumel….. bila mau datang jumpa autie yang tak kecik2 nih?
ted,bila nak mai jumpa kakanda?
ayg,ya ya..cigu BM kita dulu mesti berbangga dengan alg.siapa?cigu nazeri kan?alg ingat lagi,ms alg dtg skolah, alg kata cigu nazeri makin hensem.dia mcm marah je.tp,itukan ayat sapaan,contohnya “ayg makin lawa la”, “alg makin kurus la”, “angah makin cunla”. kan yang?
coco butter, tunggu iki besar sikit,iki naik transnasional ke muar.