encik james karipap tanya suami saya
sejak bila jadi photographer neh?
(kalau ada kamera=photographer, ada blog=blogger .:nyehe:.)
dia jawab : sejak blog sue memerlukan banyak gambar
haish, awak, blog saya ni akan tetap segar cantek menarik kao memang daboom wpun awk tak tolong saya ambil gambar
cuma, mungkin akan kuranglah rasanya
macam makanan tanpa serbuk Maggi cukup rasa
hidup ni kan saling memerlukan
jadi blogger ni bukannya senang…bla bla bla bla
(dah..mcm nak menjurus ke arah membebel jer neh)
apapun, terima kasih wak kerana mengurangkan beban yang saya saja saja tanggung sebagai blogger
saya harap awak suka saya, saya suka shopping, ziki suka, pembaca suka =)
hujung minggu lepas saya sekeluarga melawat baby Dhiya’ul Hafeez
sangat lah shomel anak buah saya neh
saling tak tumpah macam auntie sue ibu dan ayahnya
mata ibu, putih cam ibu, hidung mancung, dagu ayah…..purrrrrfect
kalau lah hafeez ialah hafeeza, dah lama aunti sue cuppp taww…
zikry? tertonggeng tonggeng reverse dan forward
dia tak pandai menggerakkan tangannya utk bergerak
tp dia pandai menggerakkan bontot secara melompat
haish,korang tak terimejin punyalah
meh dtg rumah tgk sendiri =)
gambar2 di bawah ditangkap oleh ayahnya semasa iki bergolek depan TV
ibu? saya? saya sibuk buat bunga telur tempahan teman
hari ahad kami ke ulu yam bersama teman teman
saya tak bawa pelampung dan seluar mandi zikry
kerana tak bercadang nak biarkan zikry mandi air terjun
baju spare saya pun tak bawa
kerana air terjun sojuk, saya tak suka air sojuk
zikry pun maybe tak suka, sbb dia anak seiras saya
sudahnya ayahnya bolenkan nya juga
nak beri zikry momento pertama di air terjun =)
mari kita lihat gambar…zass…

lepas saja saya celup zikry dalam air
dia menangis sungguh sungguh
kan saya dah kata, dia tak suka air sojuk
gambar saya dan aunti2 zikry
ulang kali saya tunjuk pada suami
“abg, abg, comel comel mommy & auntie zikry dlm gambar ni kan? mesti zikry suke bergambar dgn kitorang”
awak tau kan, jawapan default ialah ha’a
tapi dia jawab “hm…i can see it from zikry’s face”
saya bawanya naik, bersiap2 dan makan
dia marah..
marah dengan ayahnya yg sibuk ambil gambarnya
entah bila gambar ni di snap
yang pastinya saya & zikry dua dua terbeliak
hah, ngeri sungguh org neh
nasibbaik zikry tak menangis..hihi..
orang tu sape? owh..itu kawan saya
saya tak minta kebenarannya pun tempek gambarnya..hak hak
zikry tak puas hati di agah dari luar
dia rasa nak picit2 org di luar itu
special utk aunti ratna yang shantek manis
prektis pegang zikry ye
tak lama je lagi nak pegang anak sendiri =)

terus sambung cerita di opis ye
ada sambutan harilahir officemate hari isnin lepas
saya tempah cupcake istimewa utk mereka
kerana bulan ini bulan yg istimewa utk mereka
jadi segalanya perlu yang special kan?
ramai yang tertanya tanya
bagaimana rupa saya yang sopan santun neh
banyak2 gambar candid, hanya sekeping ni nampak muka depan
yang lain hanya sipi sipi
*kan saya ulang2 kata yang saya ni pemalu
zikry sibuk
sibuk main air liur
siap berbunyi2 ptuih ptuih
kalau kita tanya soalan, atau berbual dengannya
dia jawab sungguh2, siap hangguk kepala dan sembur2 air liur
oh ye, ni aktiviti terbaru zikry
pagi2 tgk MHI
sementara ayah & mommy bersiap
ralit dia tengok ally iskandar dan abby fana
suami kata, kalau org tu tiada keyakinan diri
dia perlu sebut berkali kali supaya org ingat
saya sentap
dia maksudkan saya kah?
jadi saya tanya dia
“abg maksudkan sayakah? kan saya selalu ckp saya sopan santun dan shomel?”
dia “hahaha……….hahaha”
dia tak jawab, dia gelak sambil senyum sumbing?
shaih!
Related posts:


























alang, ulu yam kat mane? mesti tempat tu bnyk bulu ayam.
alang..nnti kalo zikry dh besar,die tgk balik blog nie..die mesti komplem,nape le die x membesar lagi masa dipeluk gadis2 yg comel..
ayg,ulu yam tu kat batu caves.kalau ayg dtg kl, kita gi nak?
angah, ya ya.pasti dia ajak mommynya pergi lagi kan ngah?
angah perasan tak,mukanya macam muka fedap?